Tuesday 10 June 2014

MENTUA AKU SPORTING

SINOPSIS

Disebabkan dendam membuatkan hidup Hannah terhimpit. Siapa sangka seorang lelaki yang dipanggil papa sanggup menjualnya ke sarang pelacuran hanya disebabkan dendam. Dendam Hanif kepada sepupunya, Rayyan pula memerangkap Hannah kepada sebuah perkahwinan yang tidak dirancang. Status Hannah yang meragukan membuatkan Rayyan menganggap Hannah yang telah memerangkap dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rayyan. Lalu Rayyan melayan Hannah dengan buruk sekali. Namun Hannah beruntung kerana mempunyai ibu mertua yang cukup sporting. Dia tidak pernah memandang kisah silam Hannah. Sebaliknya dia memberi sepenuh sokongan untuk mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga anak dan menantunya itu. Dia jugalah yang menjadi ’mastermind’ dalam setiap projek untuk memikat hati Rayyan. Dan tatkala baru sahaja Hannah mahu mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya, kedua-dua lelaki itu datang semula dalam hidup Hannah untuk melunaskan kembali dendam mereka sehingga hampir mengorbankan rumah tangganya. Dapatkah Hannah mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya? Bagaimanakah Hannah dapat menyelamatkan diri dari dendam papanya?