Monday 7 July 2014

lagi2 review mentua aku sporting :)

Di review oleh: Junaidah Nadzri
Tarikh review: 25 jun 2014
Tajuk: MENTUA AKU SPORTING
Penulis: RABIHAH NUR RIDHUAN
Novel Terbitan: Buku Prima
REVIEW MENTUA AKU SPORTING,

Novel ini saya mula baca dekat ilham terus minat siap add penulis kat facebook lepas itu terus beli dari penulisnya Rabihah Nur Ridhuan dapat la signature & cenderahati .. hehehe. Ok ini review dari sudut pembacaan saya.

Novel ini start sebelum lahirnya heroin Hannah Sofia, ibu Hannah bernama Hanita dan ayah Kamal. Kerana sikap nak senang ayah Hannah iaitu Kamal sanggup menyuruh isterinya Hanita untuk melayan bos tempat dia bekerja iaitu Mr Robert yang tertarik dengan Hanita , pada mulanya Hanita menolak tetapi setelah dipujuk dia dengan berat hati mengikut kehendak Kamal. Tapi setelah lama melayan Robert, Hanita mula seronok & berpikir lebih baik dia tinggalkan Kamal dan terus hidup sebagai perempuan simpanan Robert. Masa Hanita meninggalkan Kamal dia siap mengaku yang anak mereka iaitu Hannah Sofia itu dia tak pasti samaada Kamal itu bapa padanya atau Robert. Itu membuatkan Kamal jadi benci dan mendera Hannah Sofia. Walaupon Hanita meninggalkan Kamal tapi Kamal yang tak tahu malu tetap meminta duit dari Hanita dan bila Hanita tak mahui memberikan wang padanya dia melepaskan marah kepada Hannah Sofia tapi semasa dia memukul Hannah Sofia yang hamper separuh mati Hanita dating membawa polis untuk menangkap Kamal tetapi Hanita tetap tidak mahu memjaga Hannah Sofia. Oleh kerana kesian jiran makcik norsiah sehingga belajar ke universiti.

Selepas menamatkan pelajaran di universiti Hannah Sofia pulang melawat Mak Cik Norsiah yang dipanggil mak, Kamal muncul untuk membalas dendam, semua harta yang Hanita wasiatkan kepada Hannah Sofia dirampas dan dia menjual Hannah kepada bapak ayam kerana nak Hannah Sofia menjadi pelacur sama seperti ibunya.

Hannah Sofia berjaya melarikan diri dari bapa ayam semasa dalam perjalanan bapa ayam untuk menghantar Hannah Sofia melacur untuk kali pertama. Hannah Sofia menyorok dalam kereta yang diparking iaitu kereta Rayyan. Rayyan tidak menyedari Hannah Sofia menyorok dalam kereta terus memandu sampai ke rumahnya. Apabila Hannah Sofia mahu kereta berhenti dia keluar dari kereta untuk melarikan diri tetapi ditangkap Rayyan yang terus menuduh Hannah Sofia cuba mencuri tetapi nasib Hanna Sofia baik sebab mak Rayyan percayakan dia sehingga beri Hannah kerja sebagai orang gaji.

Oleh sebab difitnah oleh sepupu Rayyan iaitu Hafif membuatkan Hannah Sofia dan Rayyan bersatu tetapi Hannah tidak diiktiraf sebagai isteri sebaliknya dilayan sebagai orang gaji oleh Rayyan tetapi dengan bantuan mak mentua yang sporting Rayyan dan Hannah Sofia bahagia bersama tetapi baru Hannah nak bahagia datang badai mengganggu keharmonian rumahtangga. Rayyan pulak mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada Hannah orang ketiga Irene natasya iaitu bekas tunang Rayyan yang berkomplot dengan ayah Hannah Sofia iaitu Kamal dan Hafif. Masa ini kesian sangat rasa nak belasah aje Rayyan yang percaya bulat ex tunang dia sampai masa Hannah Sofia kena simbah cat merah pon Rayyan boleh percaya cakap Irene Natasya lagi dan banyak menghabiskan masa dengan Irene Natasya sehingga kesihatan Hannah Sofia bertambah teruk dan mengalami keguguran disebabkan cuba mengejar Rayyan yang pergi bersama

Irene Natasya.

Bila P.I yang dilantik Rayyan membongkar perkara sebenar tentang pakatan memisahkan dia dengan Hannah Sofia terduduk Rayyan menyesal tak sudah bila tahu Hannah keguguran kerana dia. Kemaafan yang dipinta dari isteri terlalu sukar untuk digapai tapi dengan campur tangan mentua Hannah banyak memberi dorongan untuk Hannah bertenang dan memaafkan Rayyan.

Irene Natasya mendapat balasan atas perbuatannya pada Hannah Sofia, Hafif sempat membersihkan nama Rayyan kepada datuk mereka sebelum dibunuh dan Kamal juga mendapat balasan yang setimpal.

Best gila tak menyesal beli bukan sekarang cerita cinta biasa banyak pengajaran tentang kepercayaan suami isteri, tentang perasan dendam yang hanya membawa kehancuran.cuma apa yang jadi dekat Irene Natasya sangat menyedihkan harap cik puan penulis buat sambungan cerita Irene Natasya pulak kesian sangat dengan dia yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.
 — with Rabihah Nur Ridhuan.

lagi review mentua aku sporting

Di review oleh: Yatie Aliff
Tarikh review: 22 jun 2014
Tajuk: MENTUA AKU SPORTING
Penulis: RABIHAH NUR RIDHUAN
Novel Terbitan: Buku Prima
ULASAN :
Novel ini mengisahkan konflik keluarga yg berunsurkan dendam. Di sebabkan dendam org sekeliling pun menjadi mangsa. Dendam Kamal pd Hanita dilepaskan pd Hannah ank mereka. Hannah menjadi mangsa kekejaman papanya dr kecik hingga dia besar.
Kamal sering melabelkan Hannah sebagai ank haram. Kamal & Hanita seolah-olah tdk boleh menerima kehadiran Hannah. Bila Kamal di penjarakan, Hannah telah dijaga oleh makcik Norsiah.
Di sebabkan dendam yg masih ada.. Kamal telah menjual Hannah utk dijadikan pelacur. Dgn berkat doa & izin Allah.. Hannah dpt menyelamatkan dirinya. Hannah melarikan diri & bekerja sebagai org gaji di rumah Tan Sri Ghazali.
Hajah Salamah yg mengambil Hannah berkerja disitu. Tan Sri Ghazali mempunyai 2 org cucu lelaki iaitu Rayyan & Hanif. Rayyan sangat membenci Hannah... kerana Rayyan menganggap Hannah adalah seorang pelacur.
Rayyan & Hannah telah di perangkap oleh Hanif... dan mengakibatkan mereka di paksa berkahwin. Rayyan beranggapan Hannah yg merancang semuanya. Lalu Rayyan melayan Hannah dgn buruk.
Hajah Salamah menjadi penyelamat dlm rumahtangga Rayyan & Hannah. Hannah beruntung kerana mendapat ibu mentua yg sporting seperti Hajah Salamah. Hajah Salamah tdk pernah mempersoalkan status Hannah. Malah dia melayan Hannah dgn baik.
Bila rumahtangga mereka menuju kebahagiaan... Kamal, papa Hannah & Hanif muncul utk memporak perandakan hidup Rayyan & Hannah. Kerana dendam yg blm terbalas... Kamal mengugut Hannah dgn bermacam agenda. Hannah yg tdk dpt menanggung tekanan seringkali di anggap suka berhalusinasi dgn masa lampaunya.
Kejadian demi kejadian membuatkaan Hannah menjadi tertekan... di tambah pula Rayyan menuduh Hannah ada skandal dgn Hanif. Ini semua adalah rancangan jahat Kamal, Hanif & Ireen bekas tunang Rayyan.
Tentu anda semua nak tau pengakhiran cerita ni kan? Jadi pada yg blm baca... silalah beli & baca. Pengakhiran yg menemukan kebahagian buat Rayyan & Hannah... cerita penuh konflik & kita akan merasa sakit hati pada watak Kamal.
Tahniah buat penulis.. saya jatuh cinta dgn karya Rabihah Nur Ridhuan ni bila saya baca novel AKU BENCI KAU... semoga berjaya dimasa akan datang!!!
— with Rabihah Nur Ridhuan.
L

review mentua aku sporting

Di review oleh: BICA BIE
Tarikh review: 13 jun 2014
Tajuk: MENTUA AKU SPORTING
Penulis: RABIHAH NUR RIDHUAN
Novel Terbitan: Buku Prima
REVIEW:
PADA PERMULAAN CERITA KITA BERKENALAN DENGAN KAMAL SEORANG SUAMI YANG JAHAT YANG SANGGUP JUAL ISTERI SENDIRI …(JAHAT BETUL KAMAL INI… MULA CERITA TAK SUKA KAMAL……) HANITA ISTERI KAMAL TETAPI MENJADI PEREMPUAN SIMPANAN ROBERT ,PADA MULANYA TERPAKSA TETAPI LAMA-LAMA BIASA DENGAN HIDUP PENUH NODA ITU, SEMASA HANNAH BERUSIA 2 BULAN,HANITA TEKAD MENINGGALKAN RUMAH DAN TINGGAL BERSAMA ROBERT SEBAGAI PEREMPUAN SIMPANAN,HAL INI MEMBUAT KAMAL SANGAT MARAH…
KINI HANNAH BERUSIA 7 TAHUN,KANAK-KANAK LAGI ….TETAPI BAGI KAMAL KANAK-KANAK ITU ADALAH TEMPAT MELEPASKAN GERAM ( TAK DAPAT PUKUL HANITA DIBELASAHNYA HANNAH DENGAN TERUK…JAHAT SUNGGUH KAMAL INI… ……….KESIAN HANNAH YANG MASIH KECIK INI,DIDERA DENGAN TANPA BELAS KASIHAN…)
KEBETULAN HANITA YANG SEDANG SAKIT HATI DENGAN KAMAL TELAH MEMBAWA POLIS UNTUK MENANGKAP KAMAL..BERTAMBAH LA KESALAHAN KAMAL APABILA DITUDUH MENDERA KANAK-KANAK PULAK…
MAKCIK NORSIAH JIRAN HANNAH SANGAT BERSIMPATI DENGAN NASIB ANAK KECIK DIPELAWANYA HANNAH MENJADI ANAK ANGKAT APABILA HANNAH YANG MASIH KECIL INI TIDAK DITERIMA IBU SENDIRI ( DAH LA KENA DERA DENGAN PAPA, IBU PULAK ANGGAP HANNAH SUDAH MENINGGAL DUNIA…SEDIH KAN…)
KEHIDUPAN HANNAH BERUBAH MENJADI BAIK APABILA HIDUP BERSAMA MAKCIK NORSIAH MAK ANGKAT YANG SANGAT DISAYANGINYA,TETAPI BAHAGIA TIDAK KEKAL LAM APABILA KAMAL MUNCUL DAN TERUS MENGHANCURKAN KEHIDUPAN HANNAH, ( KAMAL INI MEMANG TERUK…) MASA KECIK DIDERA,BILA BESAR DIJUALNYA HANNAH PULAK…PAPA YANG JAHAT,BERDENDAM KONON PADA HAL SENDIRI JAHAT…
HANNAH PERLU MELARIKAN DIRI,HANNAH TIDAK MAHU JADI PELACUR..APABILA MENDAPAT PELUANG TERUS HANNAH MASUK DALAM KERETA YANG DIJUMPAINYA…
HANNAH BERKENALAN DENGAN RAYYAN BERMULA DENGAN SALAH FAHAM,HANNAH DIANGGAP SEBAGAI PENCURI ( PADAHAL SENDIRI TAK RETI KUNCI KERETA…HIHIHII)
HAJAH SALAMAH ( MAK RAYYAN ) MERASA KESIAN PADA HANNAH DANSUDI MEMBERI HANNAH TEMPAT TINGGAL DIRUMAHNYA…MAKA BERKEJA LA HANNAH DIRUMAH RAYYAN ( TAPI RAYYAN TIDAK SUKA)
SEMASA HANNAH MENJADI PEMBANTU RUMAH HAJAH SALAMAH ,HANNAH BERKENALAN DENGAN HANIF SEPUPU RAYYAN DAN TURUT BERKENALAN DENGAN IRENE NATASYA BAKAL ISTERI RAYYAN ( MACAM BAGUS JE PEREMPUAN INI TIDAK SUKA DEKAT IRENE INI)…SERTA TAN SRI GHAZALI ATUK RAYYAN..
NASIB MALANG YANG HANNAH HADAPI TIDAK BERAKHIR BEGITU SAHAJA BARU NAK SELESA SIKIT…HANNAH DITANGKAP BASAH BERSAMA RAYYAN…HANNAH SANGAT KELIRU …KESIAN HANNAH INI…( MACAM MANA BOLEH KENA TANGKAP BASAH PULAK…PADAHAL RAYYAN BUKAN SUKA DEKAT HANNAH PUN….NAK TAHU KENA BACA SENDIRI LA..)
LEPAS DIPAKSA BERNIKAH…KENA HALAU PULAK DARI RUMAH..RAYYAN MENJADI SANGAT MARAH BAGINYA HANNAH PATUT DIAJAR DAN DENDAM RAYYAN KEPADA HANNAH MEMBUATKAN RAYYAN MULA …( MULA APA YE…BACA DALAM NOVEL…!!!!!)
HANYA HAJAH SALAMAH YANG PERCAYA PADA HANNAH… RAYYAN AJE TIDAK HABIS-HABIS BERDENDAM… KERANA SAKIT HATI RAYYAN TELAH MENYEBABKAN HANNAH CEDERA…HAL INI PULAK DIAMBIL OLEH HAJAH SALAMAH UNTUK MEMBUAT RAYYAN BERLEMBUT..( BACA BAB INI BARU KENA DENGAN TAJUK NOVEL INI.. MERTUA AKU SPORTING…..BACA BAB INI PASTI ANDA PERCAYA…HIHIHIHI)
BERMULA KEHIDUPAN BAHAGIA HANNAH…WALAUPUN PADA MULANYA RAYYAN HANYA TERPAKSA ALMAKLUM ADA PERJANJIAN HITAM PUTIH DENGAN HAJAH SALAMAH..LAMA-LAMA RAYYAN TETAP SAYANG PADA HANNAH.
KEMUNCULAN SEMULA IRENE ,KAMAL DAN HANIF DALAM KEHIDUPAN RAYYAN DAN HANNAH MENIMBULKAN MASALAH…SEKALI LAGI HANNAH DIUJI… AKAN BERBAHAGIAKAH HANNAH DISAMPING RAYYAN BACANOVEL MERTUA AKU SPORTING UNTUK CERITA PENUH..

KOMEN:-

KASIH SAYANG YANG SUCI
KEBAHAGIAN HIDUP BERKELUARGA
BUAT JAHAT BALASAN JAHAT BUAT BAIK DIBALAS BAIK
BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA