Tuesday, 19 June 2012

Sisa Cinta Kita Bab 7


“ Hari ini Datuk ada mensyuarat dengan Elektron Sdn Bhd mengenai tender di Sungai Chua. Selepas itu Datuk ada appointment dengan wartawan dari majalah ekonomi,” terang Fatin selaku setiausaha peribadi Datuk Hisham.
Selaku setiausaha, Fatin bertanggungjawab untuk banyak perkara. Pada asalnya tugas hakiki seorang setiausaha  adalah menukar tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini dengan penggunaan komputer jumlah masa yang di ambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan Fatin. Contohnya seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Kadang-kadang Fatin diberikan tanggungjawab mengatur katering untuk pelbagai majlis yang di adakan di pejabatnya.
Datuk Hisham mendengar dengan teliti tugasan yang akan dilakukannya pada hari ini.
“ Ada apa lagi?” Tanya Datuk Hisham.
Fatin melihat buku catatan yang sering dibawanya untuk mencatat perkara penting yang perlu disampaikan kepada Datuk Hisham.
“ Oh ya Yayasan An-Nur ada menghubungi kita. Mereka bertanya sama ada Datuk berminat atau tidak untuk menderma di Yayasan mereka.”
Datuk Hisham sememangnya cukup dikenali dengan kemurahan hatinya menderma untuk membantu meringankan bebanan mereka yang menghadapi kesusahan. Namanya sering terpampang di dada akhbar tentang keikhlasan hatinya itu. Tetapi ada sesuatu yang tersembunyi yang pihak lain tidak mengetahui selain mereka yang rapat dengannya tentang tujuannya menderma sebenarnya.
“ Ada apa-apa keuntungan jika saya menderma dengan mereka? Saya tak naklah menderma for nothing. Lagi pun bukan senang saya nak cari duit senang-senang  je orang lain dapat.” Katanya tanpa ada riak bersalah.
Fatin yang sememangnya sudah faham benar dengan perangai Datuk Hisham itu meneruskan bicaranya.
“ Katanya mereka akan adakan press conference untuk Datuk.”
Sejak dari awal lagi dia sudah bertanyakan tentang hal itu kepada pihak Yayasan. Dia tahu benar dengan sikap Datuk Hisham yang tidak akan sesekali menderma kalau tidak diadakan sidang akhbar tentangnya.
“ Berapa orang wartawan yang di panggilnya? Kalau setakat seorang dua baik tak payah.”
Kali ini Datuk Hisham mahukan liputan yang lebih. Biar namanya semakin glomour dan makin di pandang mulia oleh semua.
“ Itu saya tak pasti Datuk.”
Datuk Hisham mengeluh lemah.
“ Awak hubungi semula Yayasan An-Nur. Beritahu mereka press conference itu mesti dihadiri oleh ramai wartawan yang membuat liputan penuh tentangnya dan saya nak nama saya menjadi headline dalam berita tersebut. Kalau mereka bersetuju saya akan menderma sebanyak seratus ribu ringgit.”
Mata Fatin bulat memandang Datuk Hisham. Inilah kali pertama Datuk Hisham memberikan derma sebanyak itu. Nampaknya Datuk Hisham begitu gilakan glomour.  Dia tidak kisah tentang berapa banyak wang yang dihabiskan asalkan dia mendapat keuntungan terhadapnya.
“ Seratus ribu? Are you serious Datuk?” Tanyanya ingin mendapatkan kepastian.
Mana tahu Datuk Hisham mengubah niatnya itu. Lagi pun Datuk Hisham bukannya pemurah sangat. Tidak pernah sekali pun dia mengeluarkan duit sakunya untuk menderma kepada peminta derma yang datang ke pejabat mereka. Malah disuruhnya pengawal menghalau mereka.
“ Of course I am. Saya tak kisah menderma banyak duit asalkan saya juga mendapat keuntungan. Menderma ini tak ubah seperti juga membuat pelaburan tetapi pelaburan mempunyai risikonya manakala menderma tidak. Apabila kita menderma ramai orang yang akan kenal kita. Imej kita juga akan di lihat baik jadi ramai orang yang akan percaya dengan kita. Maka senanglah kita nak buat bisness kelak.”
Itulah tujuan sebenar Datuk Hisham menderma. Nampak benar lelaki itu tidak ikhlas untuk membuat kerja amal. Malah dia mengharapkan sesuatu daripadanya.
“ Kalau setakat menderma pada peminta sedekah di kaki lima memanglah tak akan dapat untungnya sebaliknya kita juga yang rugi. Penat-penat kita bekerja senang-senang  diaorang yang menadah itu yang mendapat hasilnya. Entah-entah pendapatan diaorang lebih banyak daripada pendapatan kita. Saya tak akan sesekali menderma kepada mereka. Walaupun sepuluh sen duit saya tak akan saya berikan kepada mereka. Buat membazir sahaja.”
Bicara Datuk Hisham itu benar-benar mencerminkan siapa Datuk Hisham yang sebenarnya. Sememangnya bukan keihlasan dan keberkatan dari tuhan yang ingin digapainya hasil menderma tetapi kepuasan untuk riak bagi mencapai apa yang dihajati. Fatin yang begitu terkejut dengan bicara Datuk Hisham itu hanya mengeluh di dalam hati. Begitulah ragam orang berada menderma hanya ingin mendapatkan nama bukan pahala.

Sisa Cinta Kita Bab 6


Qisha menangis tersedu-sedu di atas tilam. Hatinya begitu sakit dipermainkan oleh Aqif. Adakah dia hanyalah sekadar bahan mainan kepada lelaki itu? Dia makin tertekan.
“ Papa…”  Ujar Qisha dalam tangisan yang masih berlagu.
Datuk Hisham yang mendapat panggilan tersebut berasa semakin cemas mendegarkan nada suara anaknya itu.
“ Qisha, kenapa ni?”
Qisha menangis lagi. Dia bencikan Aqif. Dia bencikan semua fasilitator di sini. Dia bencikan hari orientasi di sini.
“ Qisha kena buli, papa,” adu Qisha.
Datuk Hisham merenggus kuat. Dia berasa geram mendengarkan cerita anak tunggalnya itu.  Tercabar kedudukannya sebagai seorang yang cukup di hormati apabila anaknya sendiri telah di buli. Mungkin mereka belum kenal siapa Qisha yang sebenarnya.
“ Siapa yang berani membuli Qisha? Biar papa ajar dia cukup-cukup.”
Ajarlah papa. Ajar Aqif cukup-cukup. Kalau boleh dia mahu Aqif mendapat pengajaran atas perbuatan jahat yang telah dilakukannya selama ini. Biar Aqif sedar dan insaf.
“ Senior kat sini. Qisha rasa macam orang bodoh sahaja apabila dipermainkan begini.”
“ Diaorang ingat diaorang bagus sangat ke? Siapa ajar mereka membuli orang di hari orientasi. Papa tak akan biarkan perkara ini berlarutan. Sekarang biar Qisha ceritakan kepada papa apa yang sebenarnya berlaku.”
Lalu Qisha menceritakan tentang hari orientasi yang cukup mendera fizikal dan mentalnya itu.
“ Mereka buat Qisha ni sebagai bahan ketawa mereka. Itu yang membuatkan Qisha semakin sakit hati.” Kata Qisha mengakhiri ceritanya.
“ Sudahlah Qisha. Papa tak nak Qisha menangis lagi. Papa akan adukan perkara ini ke pihak atasan.”
“ Tak payahlah papa. Qisha tak nak perkara ini dipanjangkan lagi.” Ujar Qisha lemah.
“ Kalau macam tu buat apa Qisha nak mengadu pada papa?” Marah Datuk Hisham yang begitu sakit hati dengan sikap Qisha yang suka sangat mengalah itu. Sebab itulah anaknya itu senang sangat di buli.
Qisha hanya mengeluh. Dia cukup terasa hati dengan bicara bapanya itu. Apa salahnya dia mengadu kesedihan kepada bapanya sendiri?
“ Tak pe lah papa Qisha ada banyak kerja nak dilakukan. Lain kali Qisha call papa lagi.” Kata Qisha melayan rajuk hatinya.






“ KEJAM betul Aqif. Sanggup dia kenakan kau sebegitu!” Marah Anisah.
Qisha mengeluh lemah. Dia menumpukan pandangan kepada Anisah yang baru selesai mandi. Kasihan Anisah, tidak fasal-fasal temannya itu turut terjebak dengan permainan kotor Aqif itu.
“ Tah apa yang dia dengki pada aku sampai sanggup buat aku begini. Aku rasa macam orang bodoh tau tak Nisah. Aku sanggup menahan bau busuk dan meloyakan semata-mata untuk mencari barang dia.  Aku ikhlas dan berniat baik tapi apa yang aku dapat?”
Qisha sudah mula bergenang airmatanya. Sakitnya hati mengenangkan pembohongan ini. Maruah dan harga dirinya bagaikan dipermainkan oleh Aqif sesuka hati.
“ Kau rasa aku ni bodoh sangat ke Nisah sampai jadi bahan gurauan mereka?”
Bayangan duka itu kembali menerpa di ingatannya. Betapa luluhnya perasaannya saat itu. Dadanya bagaikan mahu pecah mendengarkan bicara tanpa ada riak bersalah yang keluar dari mulut Aqif itu. Hinggakan saat ini masih tergiang-giang lagi suara itu di telinganya.
Anisah melepaskan nafas. Qisha di pandang penuh simpati. Dia tidak faham mengapa Aqif sanggup membuli Qisha sebegitu. Memang inikah fitrah dunia, mereka yang baik dan ikhlas selalu ditindas dan dianiayai dengan mereka berhati dan bernafsu jahat.
” Sabarlah Qisha. Aku sendiri pelik dengan sikap Aqif itu. Kenapa dia terlebih-lebih sangat membuli kau? Entah-entah dia sukakan kau kot!”
Lambat-lambat Qisha menggeleng.
” Bukan begitu caranya untuk memikat hati seorang perempuan, Nisah.”
Sungguh dia tidak dapat menerima nasib yang telah menimpanya. Dia tidak mengerti pada layanan buruk yang ditunjukkan Aqif kepadanya selama ini. Adakah dia hanyalah badut yang layak diketawakan sewenang-wenangnya oleh lelaki itu. Jahatnya lelaki yang bernama Aqif itu.


AQIF yang duduk di hadapan cermin tersenyum sendirian. Dia berasa cukup geli hati dengan junior yang tidak pernah diketahui nama sebenarnya tetapi dia hanya mengelarnya sebagai Cik Nyet. Hatinya cukup suka apabila dapat mempermainkan gadis yang kelihatan moden tetapi sebenarnya naif itu.
“ Hoi..teringatkan Cik Nyet ke?” Jerit Wahid yang perasan dengan senyuman Aqif itu.
Senyuman Aqif mati secara tiba-tiba. Dia pandang kepada Wahid yang sedang bersiap untuk ke padang.
“ Apa salahnya kalau aku teringatkan dia. Dia tu cun juga,” usik Aqif yang tidak pernah kering dengan idea nakalnya.  
Wahid mencebirkan bibirnya. Manakala Kamarul yang berada di hadapan pintu yang kebetulan sedang menunggu Wahid hanya tersenyum lebar.
“ Kalau macam tu apa lagi tackle lah dia!” Kata Kamarul.
Aqif tersenyum. Dia hanya sekadar suka-suka. Dia masih belum bercadang untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana wanita.
“ Tunggulah dulu. Aku dah beri tugasan kepada junior lelaki untuk mendapatkan nombor telefon Cik Nyet.”Beritahu Aqif bangga sekali.
“ Tak sangka aku kau begitu serius. Aku ingat kau hanya sengaja mahu mempermainkan dia.” Kata Wahid.
“ Aku suka sakat dia. Nampak cute je budak tu apabila marah.” Terang Aqif.
“ Cute cute juga. Tapi bodoh pun ada gak. Ada ke patut dia pergi selongkarnya tong sampah. Iskhhh….hanya orang gila je yang sanggup buat begitu.”Kata Wahid.
Kamarul mula ternganga mendengar cerita itu.
“ Iya? Aku tak tahu pun. Kenapa Cik Nyet selongkar tong sampah? Kau bagi tugasan apa kat dia?”
Aqif ketawa. Kelakar benar apabila mengenangkan peristiwa itu.
“ Aku tipu dia kononnya jam tangan aku hilang dan jam tangan itu mempunyai sentimental value. Dia pula gelabahlah sebabnya dia ingatkan dia yang terbuang dalam tong sampah.”
“ Sampai macam tu sekali dia sanggup buat. Baiknya cik Nyet. Aku tak sangka cik Nyet sebaik itu. Susah nak dapat wanita sebegitu di zaman begini.”
Hati Aqif bergetar hebat apabila mendengarkan bicara dari Kamarul itu. Ada perasaan indah yang singgah sebentar di dalam kamar hatinya namun segera dinyah pergi.










Sisa Cinta Kita Bab 5


Puas sudah Qisha mengeladah tong sampah besar yang terdapat di belakang kafeteria. Dia tidak peduli dengan bau busuk yang menusuk hidungnya tatkala ini asalkan dia dapat menjumpai semula jam tangan Aqif itu.
“ Betul ke kau buang jam itu kat tong sampah ni, Qisha?” Tanya Anisah yang turut membantunya mengeledah tong sampah tersebut.
 Pertolongan daripada Anisah cukup mengambarkan budi pekerti Anisah yang sebenarnya. Qisha berasa begitu bertuah sekali mendapat seorang teman sebaik Anisah. Cukup susah untuknya mendapat seorang teman yang sanggup bersusah bersama-sama.
Qisha yang sedang mengeledah terhenti buat seketika.
“ Betul. Aku yakin sangat. Selepas aku mengemas aku buang semua sampah di dalam tong sampah kecil. Kemudiannya aku bawa tong sampah kecil dan buang sampahnya ke dalam tong sampah besar ini.” Cerita Qisha.
“ Aku tak jumpa pun jam tangan kat dalam ni. Betul ke kau buang atau kau tersalah letak?”
“ Kau cubalah cari lagi. Jamnya berwarna silver. Jenama polo tapi aku rasa jam itu jam tiruan. Jamnya dah buruk sedikit. Dah bercalar kat skrinnya.”
“ Kalau dah buruk baik kau ganti baru. Dah tiga kali kita mengeladah tong sampah ni sampai badan aku ni dah bau sampah tapi tak jumpa pun sampai sekarang.”
“ Tak boleh sebab jam tu ada sentimental value kepada Aqif. Aku benar-benar rasa bersalah terhadapnya.”
“ Apa yang sentimental sangat? Aku ingat dia tu keras hati tapi rupanya ada jiwang juga.”
“ Katanya jam itu dihadiahkan oleh teman istemewanya sebelum dia meninggal sebagai pencetus semangatnya. Aku tak tahu nak buat macamana kalau masih tidak menjumpai jam tersebut. Aku benar-benar rasa bersalah. Kalaulah aku tak cuai…”
“ Sudahlah. Tak payah nak salahkan diri. Perkara dah berlaku nak buat macamana lagi.” Nasihat Anisah.
Qisha mengeluh lemah. Tangannya masih setia menyelongkar isi tong sampah tersebut.
“ Jangan-jangan sampah yang kau buang tadi dah di ambil oleh lori sampah.” Kata Anisah membuatkan mulut Qisha terlopong.
“ Macamana ni Nisah? Apa yang harus aku buat?” Tanya Qisha.
Namun begitu tangannya masih tetap menyelongkar tong sampah besar itu sampai separuh daripada isinya sudah dikeluarkan. Bau tengit sudah menjadi aroma yang mula sebati di dalam rongga hidungnya. Sampah yang kotor lagi menggelikan dipegang dengan tangannya tanpa ada sedikit pun perasaan kotor. Semuanya dilakukan demi untuk mendapatkan semula jam milik Aqif. Dia begitu kasihankan Aqif yang bersedih akibat kecuaiannya sendiri.
“ Oiii….Cik Nyet buat apa tu?” Jeritan Aqif membuatkan Qisha dan Anisah berpaling.
“ Mak aiii busuknya korang berdua. Sejak bila pula korang jadi tukang kutip sampah. Iskkhh bukan..tukang selongkar sampah,” kata Wahid yang sudah memicit hidungnya. Aroma busuk itu sudah membuatkan dia berasa mahu muntah. Bagaimana kedua orang gadis di hadapannya ini boleh bertahan dengan bau tersebut?
Qisha sudah bangun menghadap Aqif. Wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan semua ini kepada lelaki itu.
“ Aqif, saya minta maaf. Saya gagal mencari jam awak.”
Serentak dengan itu Aqif dan Wahid ketawa. Ketawa yang kuat bagaikan bicara Qisha itu cukup melucukan tangkai hati mereka. Anisah dan Qisha saling berpandangan.
“ Macamana aku nak cakap ye. Sebenarnya aku dah jumpa jamnya. Ini!”
Aqif menunjukkan jamnya kepada Qisha membuatkan Qisha menarik nafas lega. Hatinya begitu riang sekali. Beban yang digalas sebentar tadi sudah mula reda.
“ Alhamdullillah. Di mana awak jumpanya?” Tanya Qisha yang sudah tersenyum lebar. Begitu juga dengan Anisah.
Aqif dan Wahid ketawa lagi. Qisha semakin pelik dengan sikap mereka berdua itu.
“ Mana ada jam aku hilang.” Jawab Aqif tanpa ada riak bersalah.
Qisha mengerutkan dahinya.
“ Habis tu kau salah letak?” Teka Anisah pula.
Aqif menggeleng sambil mengangkat keningnya kepada Wahid. Mereka berdua sudah tersenyum lebar.
“ Tak! Aku sengaja nak kenakan kau. Lagi pun kau mana pernah ada pengalaman menyelongkar tong sampah begini kalau aku tak buat drama Hindustan ini. Best tak bau tong sampah ni? ” Kata Aqif yang sudah ketawa besar.
Tersirap darah Qisha mendengarnya. Dia betul-betul tidak menyangka Aqif begitu tergamak melakukan perkara sebegini terhadapnya. Perasaan marahnya meluap-luap.
Geram dengan perangai Aqif itu, dushhhh!
Satu sepakan yang maha hebat telah di hadiahkan Qisha betul-betul di betis kering Aqif.



“ AKU tak sangka Maheran, kau sanggup tikam aku dari belakang!!” Marah Datuk Hisham.
Datuk Maheran hanya berwajah selamba. Langsung dia tidak takut dengan kedatangan Datuk Hisham yang bagaikan singa lapar itu. Malah dia sudah lali dengan resam orang yang tidak dapat menerima kekalahan diri lantas menyerang pemenangnya demi untuk memuaskan rasa hati.
“ Adat orang berniaga, setiap peluang yang datang mesti di rebut. Bukankah kau yang ajar aku begitu? Kau dah lupa ke Hisham?”
Datuk Hisham mendenggus.
“ Kau memang berhati busuk!”
“ Salahkah aku membeli saham yang dahulunya dimiliki oleh arwah adik aku sendiri?”
“ Adik? Kalau arwah Mahani masih hidup aku yakin dia sendiri tidak akan mengaku yang kau adalah kakaknya. Kau dah lupa apa yang kau dah lakukan pada dia?” Tanya Datuk Hisham sekaligus cuba menyingkap sejarah lama.
Datuk Maheran menggeleng. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya seolah-olah tuduhan Datuk Hisham itu langsung tidak berkudis di hatinya.
“ Apa yang aku dah lakukan pada dia? Bukankah kematiannya itu satu kemalangan dan polis sendiri sudah mengesahkan hal tersebut. Jadi kenapa kau mahu ungkitkan lagi kisah lama?”
“ Aku tahu Maheran dan aku kenal siapa kau yang sebenarnya. Kau yang rancang semua kemalangan itu. Kau yang mahu Mahani mati!”   
“ Untuk apa aku lakukan semua ini? Dia tu adik aku darah daging aku sendiri!”
“ Sebab kau cemburukan dia. Sebab aku pilih dia bukan kau! Kau memang berhati busuk. Dan sekarang kau mahu rampas syarikat aku pula?. Kau buat semua ini sebab nak balas dendam terhadap akukan? Sebab walaupun Mahani sudah meninggal aku tetap tak pilih kau, bukan?”
Bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Hisham. Tuduhan yang sebenarnya berasas. Dia kenal benar siapa Datuk Maheran sebenarnya.
Serentak dengan itu Datuk Maheran ketawa. Besar benar ketawanya kali ini. Seolah-olah Datuk Hisham sedang membuat lawak antarabangsa kepadanya.
“ Aku tak sangka kau ni perasan juga orangnya. Kau ingat aku masih sukakan kau yang dah kerepot tu? Pleaselah. Aku ni walaupun dah tua masih ada taste,” kata Datuk Maheran dalam hilai tawanya.