Monday 7 July 2014

lagi review mentua aku sporting

Di review oleh: Yatie Aliff
Tarikh review: 22 jun 2014
Tajuk: MENTUA AKU SPORTING
Penulis: RABIHAH NUR RIDHUAN
Novel Terbitan: Buku Prima
ULASAN :
Novel ini mengisahkan konflik keluarga yg berunsurkan dendam. Di sebabkan dendam org sekeliling pun menjadi mangsa. Dendam Kamal pd Hanita dilepaskan pd Hannah ank mereka. Hannah menjadi mangsa kekejaman papanya dr kecik hingga dia besar.
Kamal sering melabelkan Hannah sebagai ank haram. Kamal & Hanita seolah-olah tdk boleh menerima kehadiran Hannah. Bila Kamal di penjarakan, Hannah telah dijaga oleh makcik Norsiah.
Di sebabkan dendam yg masih ada.. Kamal telah menjual Hannah utk dijadikan pelacur. Dgn berkat doa & izin Allah.. Hannah dpt menyelamatkan dirinya. Hannah melarikan diri & bekerja sebagai org gaji di rumah Tan Sri Ghazali.
Hajah Salamah yg mengambil Hannah berkerja disitu. Tan Sri Ghazali mempunyai 2 org cucu lelaki iaitu Rayyan & Hanif. Rayyan sangat membenci Hannah... kerana Rayyan menganggap Hannah adalah seorang pelacur.
Rayyan & Hannah telah di perangkap oleh Hanif... dan mengakibatkan mereka di paksa berkahwin. Rayyan beranggapan Hannah yg merancang semuanya. Lalu Rayyan melayan Hannah dgn buruk.
Hajah Salamah menjadi penyelamat dlm rumahtangga Rayyan & Hannah. Hannah beruntung kerana mendapat ibu mentua yg sporting seperti Hajah Salamah. Hajah Salamah tdk pernah mempersoalkan status Hannah. Malah dia melayan Hannah dgn baik.
Bila rumahtangga mereka menuju kebahagiaan... Kamal, papa Hannah & Hanif muncul utk memporak perandakan hidup Rayyan & Hannah. Kerana dendam yg blm terbalas... Kamal mengugut Hannah dgn bermacam agenda. Hannah yg tdk dpt menanggung tekanan seringkali di anggap suka berhalusinasi dgn masa lampaunya.
Kejadian demi kejadian membuatkaan Hannah menjadi tertekan... di tambah pula Rayyan menuduh Hannah ada skandal dgn Hanif. Ini semua adalah rancangan jahat Kamal, Hanif & Ireen bekas tunang Rayyan.
Tentu anda semua nak tau pengakhiran cerita ni kan? Jadi pada yg blm baca... silalah beli & baca. Pengakhiran yg menemukan kebahagian buat Rayyan & Hannah... cerita penuh konflik & kita akan merasa sakit hati pada watak Kamal.
Tahniah buat penulis.. saya jatuh cinta dgn karya Rabihah Nur Ridhuan ni bila saya baca novel AKU BENCI KAU... semoga berjaya dimasa akan datang!!!
— with Rabihah Nur Ridhuan.
L

No comments:

Post a Comment