Tuesday, 17 January 2017

Oh My Doctor Bab 5

Nafas tipis dilepaskan. Mata pula menjeling kepada Nayli yang sedang melintasinya. Dia pandang langkah gadis itu yang nampak longlai. Letih sangat ke berkurung dalam bilik seharian? Atau sengaja nak raih simpatinya sahaja? Bukannya dia tidak tahu yang Nayli hanya  hanya membuta sahaja di dalam bilik!
Mari duduk sini Nayli, suara Mak Su Salwani menyapa. Adrian ketap bibir lagi. Macam raja! Nak makan pun kena hidangkan! Baru sahaja Adrian mahu membuka mulutnya dia lihat Nayli sudah menggelengkan kepalanya.
"Saya tak nak makan."
Adrian mendenggus kasar. Budak kecik ni memang degil betul! Memang sengaja mahu makan penampar aku gamaknya!
Kenapa? Adrian sengaja mengeraskan suaranya. Biar budak kecik takut sikit dengannya.
Saya tak lapar," jawab Nayli sambil menunduk. Tidak kuasa memandang mata buntang Adrian. Macam nak telannya hidup-hidup.
"Tapi dari semalam lagi Nayli tak makan. Makan sikit ya. Mak su masak speacial untuk Nayli," sedaya upaya Mak su Salwani memujuk. Dia sebenarnya kasihan dengan nasib yang menimpa Nayli. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa. Kalau sudah Adrian kata hitam maka hitamlah jadinya. Tidak ada sesiapa yang boleh menukar keputusan Adrian.
Makan aku kata! tekan Adrian dengan nafas tertahan. Kalau Mak Su Salwani tak ada di sini memang sudah lama Nayli makan penamparnya.
Wajah Nayli berkerut. Menahan sakit di perut yang mencucuk. Arahan Adrian dibiarkan sepi. Seleranya sudah mati dalam keadaan dirinya sebegini. Kepala pula terasa bengang dengan persoalan yang tiada jawapannya.
Aku suruh makan! Kenapa kau degil sangat? Adrian tolak bahu Nayli sedikit kuat cuba memberi ketakutan pada gadis di hadapannya.
Saya sakit perut, pak..Nayli tidak jadi meneruskan bicaranya. Tidak mahu panggilannya sebentar nanti akan membuatkan lelaki itu bertambah berang kepadanya.
Hah? Wajah Adrian sedikit terkejut. Tangannya laju menyapa perut Nayli tetapi cepat ditipis oleh Nayli.
Adrian…” tegur Mak Su Salwani. Dia tidak suka dengan sikap lepas laku Adrian kepada bukan mahramnya.
Sakit sangat ke?
Kali ini Nayli menggeleng dua kali. Biarpun sakit di perut mencucuk tetapi tak kan lah dia nak memberitahunya kepada Adrian pula. Tidak fasal-fasal dikatakannya mengada-ngada pula.
Kalau dah tau sakit perut kenapa tak nak makan? suara Adrian semakin naik satu oktaf. Dia memang pantang dengan orang yang suka menipu ni. Kalau jadi apa-apa masak dia kelak. Lebih-lebih lagi dia tak tahu langsung asal usul gadis itu.
Saya boleh tahan lagi.
Memang kau boleh tahan. Tapi aku ni yang tak tahan. Walau aku culik kau, aku masih ada hati perut. Tak macam kau! Boleh selamba je belasah aku sampai seminggu aku terlantar di hospital! kata Adrian dengan gigi dikacip kemas.
Nayli bagaikan terhenyak padu menerima bicara yang tak ubah bagaikan belati yang sedang membelah hatinya. Benarkah dia begitu? Pantas kepala dia geleng. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia sebegitu. Ingin pukul lipas pun dia tak berani inikan pula mahu membelasah orang. Lelaki pulak tu!
Nayli pandang Adrian dari atas ke bawah. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak kanlah badan sado macam ni boleh dia belasah sampai seminggu terlantar di hospital? Ish kuat sangatkah dia? Atau lelaki ini yang lembik?
Saya tak ingat, perlahan Nayli berkata. Matanya sudah bertakung dengan jernihan mutiara. Dia tahu lelaki itu sedang menipunya. Walaupun otaknya berusia 12 tahun tetapi dia masih mampu berfikir dan menganalisis setiap maklumat yang diberikan. Kalau Adrian mahu menipunya sekalipun, agak-agaklah. Biarlah logik sedikit. 
Namun begitu dia tahu, dia pernah melakukan kesilapan terhadap lelaki ini. seba itu Adrian menculiknya. Saban hari kala dia menutup matanya dia mengharapkan bila dia buka mata pada keesokannya, semuanya kembali seperti sedia kala. Ingatannya pulih kembali. Namun harapan hanya tinggal harapan. Dan dia terpaksa menghadapi dosa silamnya tanpa dia sendiri tahu sebabnya.
Tak ingat! Tak ingat! Itu aje alasan kau kan? Tak kan baru berapa hari aku kurung kau, otak kau dah tak betul! jerkah Adrian.
Air mata yang sebentar tadi hanya bergenang sudah membanjiri pipinya. Perlukah dia berterus terang? Mahukah Adrian percaya yang kala ini dia sudah hilang ingatan?
Sudahlah tu Ad. Ad tak kesian ke kat Nayli. Diakan tengah sakit tu, lembut suara Mak Su Salwani menegur. Kasihan dia melihat Nayli yang teruk dimarahi oleh Adrian. Adrian pun satu, kalau dah marah cakap dia macam petir. Dah tak boleh nak cool down langsung!
Saya.. suara Nayli berbaur sendu. Sedaya upaya dia cuba melangkah walau sakit di perut semakin mencucuk. Rasanya sakit di hati lebih parah daripada sakit di perut.
Saya tak nak makan. Saya boleh tahan lagi. Encik tak perlu bimbang, tegas Nayli bersama air mata yang mengalir menuruni pipinya.
Kau makan sekarang sebelum aku makan kau! arah Adrian sambil merengkuh lengan Nayli kasar. Dia memang pantang kalau orang melawannya. Lebih-lebih lagi bila gadis di hadapannya ini melawan rasa tersabar sungguh. Paling dia tak tahan melihatkan air mata itu mengalir.
Untuk apa saya makan encik kalau saya terpaksa hadap semua ini? Dosa yang saya sendiri tak tahu! Sebenarnya saya dah fed up! Fed up nak teruskan hidup lagi! Nayli rentap lengannya daripada cengkaman Adrian. Lebih kasar dan kuat.
Melihatkan kemarahan Nayli, makin mencanak ego Adrian. Pantas Adrian pegang dagu Nayli dengan kuat. Dia tersenyum sinis bila Nayli menyerigai kesakitan. Hujung matanya dapat melihat Mak Su Salwani yang hanya menggeleng dengan tindakannya itu.
Kau perlu terus hidup sebab..wajah Adrian ditunduk sedikit.
Hanya aku yang berhak tentukan bila kau akan mati, kata Adrian sebelum melepaskan cengkamannya.
Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia terus menyakiti tubuh gadis itu. Tapi dia masih ada rasa belas. Ketika ini hati lelakinya begitu luluh saat pandangan mata melihatkan wajah yang berkerut di hadapannya. Dia tahu gadis itu sedang menahan kesakitan yang tidak dapat diluahkan. Apatah lagi wajah sendu itu tidak pernah tidak membuatkan hati lelakinya bergetar.
Kenapa buat saya macam ni? tanya Nayli. Sedikit demi sedikit dia cuba berginjak ke belakang menjauhi Adrian tetapi pantas Adrian menarik pergelangan tangannya. Biarpun sedikit garang tetapi tidaklah sekuat tadi. Digengam perlahan pergelangan tangan halus itu. Lembut! Tetapi kenapa hatinya tidak selembut itu.
Kau yang mulakan permainan ini, Gigi diketap dan rahangnya jelas sedang bergerak. Jiwa lelakinya sedang berperang dengan rasa yang yang dia sendiri tidak pasti apakah ia.
Kau dah lupa yang mulut inilah yang menyuruh orang suruhan kau membelasah aku dulu? Sedangkan aku tak tahu apa dosa aku pada kau!
Nayli terpana. Matanya terbelalak. Kepala digeleng berkali-kali.

Kau yang mulakan permainan ini, Nyali! Dan aku Cuma meneruskannya. Tapi..This time..I'll make sure that I win the games and you will regret for challenge me.
*************************************************
Nota Rabihah
Macam mana kawan-kawan? korang rasa apa yang akan jadi pada Nayli? mungkinkah Adrian akan mengurungnya selama-lamanya? Nak bab seterusnya ke tak? or saya stop kat sini aje? :)

Monday, 9 January 2017

Oh My Doctor Bab 4

Hubungan dingin mulai retak dan layu dari hari ke hari akibat tragedi lama. Semua yang melihat pasti menyedari perbedaan dalam hubungan mereka yang bagaikan sudah tidak bernyawa lagi. Bahkan tiada kemungkinan untuk mereka mahu mencuba memperbetulkan kesilapan lalu.
"Mak cik ada something nak bincangkan dengan kau." Seperti selalunya tutur bicara Puan Serina dingin sahaja. Bukan dia mahu begitu tetapi Adrian yang memilih sebegitu.
Adrian memandang ruang tamu yang tersergam indah. Memandang ruang tamu ini tidak pernah buat dia rasa tidak selesa. Namun wajah angkuh yang kelihatan nyaman berada di hadapannya membuatkan letak duduk dia panas. Sakit hatinya. Macam mana dia boleh duduk setenang itu sedangkan ramai hati merana angkara perbuatannya?
"Apa dia?" tanya Adrian. Mata dipandang ke sisi. Tidak terdaya memandang wajah tenang yang bagaikan tidak pernah terjadi apa-apa. Sedangkan tangan itulah yang merobek hatinya dengan begitu kejam.
"Mak cik nak jual Aryana Beach & Golf Resort!" kata Puan Serina. Dia ukir senyuman tipis walau air wajah Adrian nampak begitu bengis.
Adrian tersenyum senget. Dada pula terasa mahu pecah dengan permintaan itu.
"What? Mak cik dah gila ke?" Tangan Adrian mengenggam penumbuk. Kemas! Melampau sungguh! Sudahlah mempengaruhi ahli lembaga pengarah untuk menyingkirkannya daripada jawatan CEO dan sekarang mahu menjual satu-satunya aset kesayangannya!
" Aryana Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup dan ini memberikan beban kepada Bumi Hijau. Mak cik rasa hanya cara ini sahaja yang terbaik untuk menyelamatkan Bumi Hijau daripada terus mengalami kerugian," terang Puan Serina lagi tanpa memperdulikan bicara kasar Adrian. Memandang wajah Adrian saja dia sudah dapat agak apa yang bermain dalam kepala anak tirinya.
Aryana Resort membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang dibuat! bentak Adrian. Dia memang dari awal lagi tidak bersetuju apabila Puan Serina mahu menambah satu lagi fasiliti di Aryana Resort iaitu kelab golf. Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentulah tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya.
Aryana akan dijual kepada sebuah syarikat dari luar negara dan mereka akan menjalankan projek pembangunan di sana, terang Puan Serina tanpa memperdulikan bantahan daripada Adrian.
"Sorry! Saya tak akan benarkan!" kata Adrian senafas. Laju dadanya turun naik menahan perasaan yang cukup memeritkan. Ini bermakna tiada lagi 329 challet tradisional yang banyak merakam kenangan manis bersama mamanya di situ kerana pastinya akan dimusnahkan atas alasan pembangunan. Adrian menggeleng. Selagi dia bernyawa dia tidak akan biarkan perkara ini berlaku! Tidak sama sekali.
"Kau kena benarkan jugak Adrian! Bumi Hijau diambang kejatuhan. Kalau kau tak bersetuju kau akan lihat Bumi Hijau lingkup. Mesti kau tak nak semua itu berlaku bukan?" tebak Puan Serina. Dia tersenyum sinis. Sebenarnya dia dan Adrian sama sahaja. Sama-sama tamak untuk mendapatkan Bumi Hijau.
"Tak kan Mak cik tak tahu betapa pentingnya Aryana Resort kepada arwah mama saya? Idea menubuhkan Aryana Resort datangnya daripada arwah mama saya. Dan resort itu membawa seribu kenangan kepada kami sekeluarga. Saya terlalu sayangkan resort itu. Tidak mungkin saya benarkan semua ini berlaku!"
Wajah Puan Serina dipandang tanpa berkelip. Dia senyum sinis sendiri. Berani sungguh Puan Serina mencabarnya sebegitu. Ah walau terpaksa mengadai nyawa sekali pun akan dia lakukan demi Aryana Resort dan Bumi Hijau.
"Mama! Mama! Mama! Kau tak ada nama lain ke yang boleh kau sebut? Kau tahu bukan orang mati tak boleh hidup kembali?"
Adrian mengetap bibir. Marahnya meluap-luap kala mendengarkan bicara ibu tirinya itu.
"Memang mama dah lama mati tapi siapa yang membunuhnya? Dan auntie jangan lupa anak dia masih hidup dan akan mempertahankan apa yang telah diusahakannya selama ini!" tegas Adrian berkata.
"Oh really? Mampu ke?" perli Puan Serina. Sengaja mahu mencabar Adrian. Anak muda di hadapannya kini tidak ubah seperti seekor singa yang kehilangan taringnya. Tiada lagi kekuatan seperti dulu.
Kalau dulu setiap tindakannya akan mendapat sokongan kuat daripada papanya tetapi kini papanya sudah tiada. Malah semenjak kematian papa Adrian, Puan Serina menjalankan misi rahsianya demi untuk meraih sokongan ahli lembaga pengarah. Tidak sukar untuk dia meraih sokongan itu kerana kebanyakan ahli lembaga pengarah tidak berkenan dengan perangai sombong dan panas baran Adrian itu. Puan Serina tersenyum sinis. Tidak lama lagi Adrian akan merasai zaman kejatuhannya.
"Mestilah mampu! Malah untuk menyingkirkan lalat dalam Bumi Hijau sekalipun saya mampu!" kata Adrian sambil mengukirkan senyuman sinisnya. Berpura-pura tenang dengan kata-kata ibu tirinya itu. Setakat tunjuk peha untuk raih sokongan ahli lembaga pengarah, siapa-siapa pun boleh buat!
Adrian! suara Puan Serina berdentum.
"Kenapa? Terasa? Kening Adrian berjongket tinggi. Dia gariskan senyuman sinis. Cukup tajam dan mengilukan pada pandangan Puan Serina. Itulah bukti yang dia ada tetapi malangnya bukti itu sudah hilang dalam beg yang dicuri Nayli dulu.
Buntang biji mata Puan Serina. Mulut pula diketap geram. Perangai Adrian memang tidak pernah berubah. Kalau tidak menyakitkan hatinya memang tidak sah!
"Apa yang kau mengarut ini?"
Adrian hamburkan tawa. Digengam penumbuk sekuat hati. Tidak sangka ibu tirinya terlalu keji.  Sanggup menjalinkan hubungan sulit. Dengan orang kepercayaan arwah papanya pulak tu!
"Mak cik ingat saya akan berdiam diri begitu sahaja? Selagi saya bernyawa Mak cik tak boleh buat apa-apa kepada Aryana Resort! Itu janji saya kepada mama saya dan saya akan tepatinya juga dengan apa cara sekalipun," kata Adrian. Dia sudah bangun. Berlama-lama di sini membuatkan hatinya tidak betah. Air matanya pula galak bertakung di hujung mata. Setiap ruang ada wajah mamanya. Telinga pula tergiang-giang dengan tangisan mamanya.
Kaget dengan tindakan Adrian itu, Puan Serina turut bangun. "Kau jangan jadi bodoh, Adrian!" marah Puan Serina. Matanya tepat memandang wajah anak tirinya.
Adrian tidak peduli. Langkah diayun pantas sekali. Tidak mahu terus berlama-lama berada di sini. Lelah dan cukup menekan perasaannya.
"Setuju atau tidak Mak cik akan usulkan perkara ini dalam meeting bersama board of director. Mak cik yakin mereka jugak turut bersetuju dengan cadangan Mak cik ini. Fikir baik-baik Adrian. Mak cik lakukan semua ini demi untuk kepentingan kau jugak!"
Langkah Adrian terhenti. Bibir diketap rapat. Marah memang dia marah dengan keputusan yang dibuat oleh ibu tirinya.
"Fikir baik-baik Adrian. Kau kena sedar semua yang Mak cik lakukan ini demi untuk memastikan Bumi Hijau tidak bankrup!"
Mata dipejam rapat. Sekelipan bayangan wajah itu menjelma lagi. Wajah yang dibasahi oleh air mata. Wajah penuh penderitaan yang tidak terluah. Bengkak hati Adrian saat mengenangkan wajah itu. Merintih batinnya. Rabak hatinya. Kalaulah..kalaulah dia mampu menghalang semua itu daripada berlaku...
"Saya tak akan biarkan Bumi Hijau jatuh tersungkur!" kata Adrian tanpa memandang ke arah Puan Serina. Dengan perasaan sebak kaki diayun pantas. Dalam minda ligat merencana pelbagai rancangan untuk menyelamatkan Aryana Resort. Biar terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun dia tidak peduli. Asalkan satu-satunya amanat mamanya dapat dijaga dengan baik.
"Mama, Ad akan jaga Aryana Resort seperti nyawa Ad sendiri. Itu janji Ad!"


Sunday, 1 January 2017

OH MY DOCTOR BAB 3

Adrian angkat pistol. Berat. Cuba sasarkan pada titik tertengah yang ada pada papan berjarak 25m dari tempat dia berdiri. Sasaran dikunci. Perlahan-lahan picu ditarik. BLAM. Tiga butir peluru menghentam target. Satu daripadanya masuk di kawasan hitam di ruang tengah. Tapi tidak bull's eye. Adrian mengeluh lemah.
"Kenapa dengan kau Ad?" tanya Amri. Melihatkan prestasi tembakan Adrian dia cukup kecewa. Dia tahu Adrian memang seorang pakar dalam sukan menembak. Mereka sama-sama terjebak dalam sukan ini ketika sama-sama mengikuti unit berunifrom PALAPES di universiti dulu. Akibat minat yang mendalam mereka menjadi ahli kelab menembak di sebuah kelab di Subang.
"Tak de mood," keluh Adrian sambil mata meliar memandang lapangan menembak. Rasanya hari ini tumpuannya terganggu dek kerana perempuan liar itu.
Amri hanya menggeleng. Wajah cemburut Adrian tidak dapat diteka puncanya. Tanpa memperdulikan wajah cemburut itu dia terus menyediakan pistol dan peluru. Kemudian memasang sasaran untuk ditembak. Bunyi dentuman mengoncang otak dan kepalanya. Kalau selalu di sini tanpa alat penutup telinga sudah tentu akan jadi pekak.
"Selalu tembakan kau tepat. Dapat bull's eye!"
Adrian hanya memandang kesan di hujung lapang sasar yang berlekuk akibat dari terjahan peluru. Dapat dibayangkan jika perempuan liar itu berada di situ tentu hancur badan terkena peluru yang begitu kuat itu. Adrian menggeleng sendirian. Ah macam manalah perempuan tu boleh mengaku dia berumur 12 tahun? Gila? Atau sengaja menambahkan keradangan di hatinya?
"Sebenarnya aku dah culik orang!" akui Adrian sebaik sahaja Amri selesai menembak. Memang tembakan Amri tepat. Dua daripada tembakannya mengenai bulls eye.
"Culik orang? Orang apa? Orang hutan?" tanya Amri. Dia kemudian ketawa sendirian mendengarkan penerangan yang tidak logik dek akal itu. Namun mata sempat menangkap jelingan tajam temannya itu. Dia tahu Adrian terasa hati tetapi nak buat macam mana penerangan temannya itu memang kelakar. Sangat-sangat tak logik.
"Jom kita ke cafe."
Adrian mendenggus geram. Dia terus bangun. Membawa semua peralatan menembaknya untuk diserahkan ke kaunter. Rasanya hari ini moodnya untuk menembak sudah hilang. Semuanya angkara perempuan liar tu!
"Kau ni dah kenapa? Bad mood semacam je," tegur Amri. Dia terkocoh-kocoh berlari mengikut langkah Adrian. Sepatutnya dia yang angin dengan Adrian. Sudahlah hampir sejam dia menunggu temannya itu. Baru dua tiga kali menembak Adrian sudah naik angin semacam.
"Memang aku tak de mood pun," kata Adrian di hadapan kaunter utama kelab. Peralatan menembak diserahkan semula sebelum dia mencoretkan tandatangan di borang yang disediakan. Amri juga turut membuat perkara yang sama. Selesai semuanya mereka sama-sama melangkah ke kafeteria. Rasanya lebih tenang mereka bercerita di situ.
"Tell me. Apa masalah kau sampai kau hilang mood hari ini? Pasal mak tiri kau ke?" serkap Amri.
Adrian menggeleng. "Bukan sebab tu lah!" jawab Adrian. Namun ada keluhan berat yang terluah di bibirnya. Rasa sakit yang tidak pernah hilang mula merajai jiwanya. Mama, papa, macam mana Ad nak pertahankan hak kita?
"Then?"
"Aku dah culik orang!" akui Adrian bersungguh-sungguh.
Amri tergelak kecil. Macam pelik apabila Adrian mengaku sebegitu. Tidak pernah selama ini ada orang yang mengaku dia buat kerja jahat. Hai..otak Adrian ni dah tercabut skru ke?
"Kau ni biar betul. Kau nak buat lawak ke apa ni?" tanya Amri cukup berminat. Istilah culik itu juga ditafsirkan beberapa kali. Tak mungkin Adrian sanggup melakukan kerja gila sebegitu! Ah Amri begitu yakin dengan telahannya itu.
"Aku culik perempuan yang curi beg aku hari tu! cerita Adrian dengan nada sedikit kasar.
"Kau culik orang? Kau dah hilang akal ke?" Dia memang tak percaya yang Adrian sanggup membuat kerja gila sebegitu. Ish budak ni! Dah teringin sangat nak menginap kat lokap gamaknya.
Rasa membengkak di hati sukar untuk diredakan. Walau jenuh Amri menasihatinya tetapi dia nekad dengan tindakannya. Hanya cara ini sahaja membolehkannya mendapatkan begnya semula. 
"Memang aku dah hilang akal sejak budak perempuan tu buat onar dekat aku! Selagi aku tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku akan kurung dia!" renggus Adrian.
"Eh apa kau nak buat? Kau jangan buat bukan-bukan Ad! Tu anak dara orang bukan anak kucing!" tegur Amri. Muka dia sudah cuak semacam. Dia tahu sangat perangai Adrian yang suka sangat buat perkara mengikut emosi marahnya. Entah apalah natijah yang bakal gadis itu terima kerana telah membangkitkan singa jantan ini!
"Kau ingat aku pelahap sangat perempuan liar macam tu? Sorrylah! Aku tak sedesperate tu!" marah Adrian.
"Kalau keluarga dia cari macam mana?" Memang Amri tak berpuas hati dengan tindakan Adrian itu.
"Dia budak liar! Entah-entah kalau aku bunuh dia pun tak de siapa yang tahu!"
Mulut Amri terlopong. Matanya membuntang. Bimbang menyapa dada. Tetapi dia tahu segala nasihat yang akan diberikan tidak berguna lagi. Adrian terlalu mengikut kata hatinya. Bagaikan mencurah air ke daun keladi sahaja.