Monday 7 July 2014

lagi2 review mentua aku sporting :)

Di review oleh: Junaidah Nadzri
Tarikh review: 25 jun 2014
Tajuk: MENTUA AKU SPORTING
Penulis: RABIHAH NUR RIDHUAN
Novel Terbitan: Buku Prima
REVIEW MENTUA AKU SPORTING,

Novel ini saya mula baca dekat ilham terus minat siap add penulis kat facebook lepas itu terus beli dari penulisnya Rabihah Nur Ridhuan dapat la signature & cenderahati .. hehehe. Ok ini review dari sudut pembacaan saya.

Novel ini start sebelum lahirnya heroin Hannah Sofia, ibu Hannah bernama Hanita dan ayah Kamal. Kerana sikap nak senang ayah Hannah iaitu Kamal sanggup menyuruh isterinya Hanita untuk melayan bos tempat dia bekerja iaitu Mr Robert yang tertarik dengan Hanita , pada mulanya Hanita menolak tetapi setelah dipujuk dia dengan berat hati mengikut kehendak Kamal. Tapi setelah lama melayan Robert, Hanita mula seronok & berpikir lebih baik dia tinggalkan Kamal dan terus hidup sebagai perempuan simpanan Robert. Masa Hanita meninggalkan Kamal dia siap mengaku yang anak mereka iaitu Hannah Sofia itu dia tak pasti samaada Kamal itu bapa padanya atau Robert. Itu membuatkan Kamal jadi benci dan mendera Hannah Sofia. Walaupon Hanita meninggalkan Kamal tapi Kamal yang tak tahu malu tetap meminta duit dari Hanita dan bila Hanita tak mahui memberikan wang padanya dia melepaskan marah kepada Hannah Sofia tapi semasa dia memukul Hannah Sofia yang hamper separuh mati Hanita dating membawa polis untuk menangkap Kamal tetapi Hanita tetap tidak mahu memjaga Hannah Sofia. Oleh kerana kesian jiran makcik norsiah sehingga belajar ke universiti.

Selepas menamatkan pelajaran di universiti Hannah Sofia pulang melawat Mak Cik Norsiah yang dipanggil mak, Kamal muncul untuk membalas dendam, semua harta yang Hanita wasiatkan kepada Hannah Sofia dirampas dan dia menjual Hannah kepada bapak ayam kerana nak Hannah Sofia menjadi pelacur sama seperti ibunya.

Hannah Sofia berjaya melarikan diri dari bapa ayam semasa dalam perjalanan bapa ayam untuk menghantar Hannah Sofia melacur untuk kali pertama. Hannah Sofia menyorok dalam kereta yang diparking iaitu kereta Rayyan. Rayyan tidak menyedari Hannah Sofia menyorok dalam kereta terus memandu sampai ke rumahnya. Apabila Hannah Sofia mahu kereta berhenti dia keluar dari kereta untuk melarikan diri tetapi ditangkap Rayyan yang terus menuduh Hannah Sofia cuba mencuri tetapi nasib Hanna Sofia baik sebab mak Rayyan percayakan dia sehingga beri Hannah kerja sebagai orang gaji.

Oleh sebab difitnah oleh sepupu Rayyan iaitu Hafif membuatkan Hannah Sofia dan Rayyan bersatu tetapi Hannah tidak diiktiraf sebagai isteri sebaliknya dilayan sebagai orang gaji oleh Rayyan tetapi dengan bantuan mak mentua yang sporting Rayyan dan Hannah Sofia bahagia bersama tetapi baru Hannah nak bahagia datang badai mengganggu keharmonian rumahtangga. Rayyan pulak mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada Hannah orang ketiga Irene natasya iaitu bekas tunang Rayyan yang berkomplot dengan ayah Hannah Sofia iaitu Kamal dan Hafif. Masa ini kesian sangat rasa nak belasah aje Rayyan yang percaya bulat ex tunang dia sampai masa Hannah Sofia kena simbah cat merah pon Rayyan boleh percaya cakap Irene Natasya lagi dan banyak menghabiskan masa dengan Irene Natasya sehingga kesihatan Hannah Sofia bertambah teruk dan mengalami keguguran disebabkan cuba mengejar Rayyan yang pergi bersama

Irene Natasya.

Bila P.I yang dilantik Rayyan membongkar perkara sebenar tentang pakatan memisahkan dia dengan Hannah Sofia terduduk Rayyan menyesal tak sudah bila tahu Hannah keguguran kerana dia. Kemaafan yang dipinta dari isteri terlalu sukar untuk digapai tapi dengan campur tangan mentua Hannah banyak memberi dorongan untuk Hannah bertenang dan memaafkan Rayyan.

Irene Natasya mendapat balasan atas perbuatannya pada Hannah Sofia, Hafif sempat membersihkan nama Rayyan kepada datuk mereka sebelum dibunuh dan Kamal juga mendapat balasan yang setimpal.

Best gila tak menyesal beli bukan sekarang cerita cinta biasa banyak pengajaran tentang kepercayaan suami isteri, tentang perasan dendam yang hanya membawa kehancuran.cuma apa yang jadi dekat Irene Natasya sangat menyedihkan harap cik puan penulis buat sambungan cerita Irene Natasya pulak kesian sangat dengan dia yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.
 — with Rabihah Nur Ridhuan.

No comments:

Post a Comment