Tuesday, 21 January 2014

ANDA JUGA BOLEH MENJADI PENULIS

sy mahu berkongsi tip bagaimana mahu menjadi penulis berdasarkan pengalaman sy sendiri. sy rasa semua di antara kita mempunyai bakat menulis. mengapa saya berkata begitu kerana pastinya semua di antara kita belajar menulis karangan bukan? dan ilmu yg kita belajar di sekolah itu adalah ilmu asas untuk kita menulis. dulu semasa sekolah cikgu selalu cakap kepada kita banyak membaca kalau mahu dpt A1 dalam penulisan. dan itulah yg sy lakukan. MEMBACA, MEMBACA, MEMBACA dan kemudian brlah saya menulis. tetapi apa yang perlu di baca? pertama sekali bacalah novel. tgk bagaimana penulis menulis. anda boleh memulakannya dengan membaca karya saya AKU BENCI KAU! kerana ayatnya mudah difahami dan mudah dipelajari...seterusnya bacalah majalah2 dan surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa yang mahu dimasukkan ke dalam cerita anda. hadirilah kuliah2 agama untuk menyelitkan ilmu2 agama dalam cerita anda. hal ini sangat penting kerana elemen pendidikan perlu diterapkan kepada setiap penulisan kita. apatah lagi novel2 cinta sudah menjadi kegilaaan masyarakat masa kini. kenapa tidak kita mengambil kesempatan ini untuk mendidik jiwa manusia supaya lebih dekat kepada penciptaNya. di sini saya suka dgn moto datuk hisyamudin, bos kami di karangkraf, kaya di dunia mati masyuk syurga. di mana dgn penulisan kita ini boleh membawa kekayaaan kepada kita dan seterusnya membawa kita ke syurga bukannya mengheret kita di negara! yakinlah anda boleh menjadi penulis walaupun anda tidak mempunyai asas sastera kerana saya juga tidak pernah belajar sastera. esok saya sambung lagi tips penulisan saya...sebelum melabuhkan tidur selak-selaklah karya terbaharu saya AKU BENCI KAU!

4 comments:

  1. selalunya orang bahasa lagi susah menulis macam saya...hehehe.menulis mungkin boleh tetapi nak kembangkan watak tu yang susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak bg tip tuk kembangkan watak pula..he he..yg penting belajar menulis dulu...

      Delete
  2. boleh sahaja Safia Balqis. umur bukannya penghalang. asalkan ada usaha pasti berjaya. good luck adik

    ReplyDelete