Monday 13 January 2014

Di review oleh: Chua Pei Yong

Di review oleh: Chua Pei Yong
Tarikh Review: 22 Oktober 2013.
Tajuk Novel: Aku Benci Kau
Penulis: Rabihah Nur Ridhuan
Terbitan: Buku Prima
Puan Hendon- Dendam terhadap arwah suami dan perempuan menjadikan dia mendidik anak dan cucunya untuk membenci perempuan. Perempuan yang angkuh, tamak,berlagak dan materialistik. Berpakat dengan anaknya untuk membuat cucunya membenci ibu dan perempuan. Hampir migrain saya baca ttg perbuatannya.

Adam- Berjoli dan gemar akan minuman keras, dia merupakan seorang yang menganggap perempuan itu pelacur. Suami yang dayus dan mengasari isterinya sendiri. Sanggup menukar isterinya dengan tender kontrak. Saya rasa nak hempuk dia kat dinding.

Suraya- Orang gaji Adam yang kemudian menjadi isteri. Menurut sahaja arahan suami sehingga berada di wad psikatri.

Hakimah- Sahabat Suraya yang baik. Memang saya suka akan kewujudan Hakimah.

Darius- Anak muda yang berjaya di duniawi, tapi gagal dalam akhlak dan ilmu agama. Mempunyai ego yang tinggi melangit. Rasa macam nak patah riukkan tulangnya.

Adlene Kayra- Pesakit jantung berlubang, Puan Hendon merupakan 'penyelamat'. Anak dan isteri yang soleh. Lebih berani daripada Suraya.

Danish Iskandar- sahabat baik Adlene masa induksi, memberi pertolongan dan semangat pada kawannya.

Rekaan cover depan merah, ada kaitan dengan dendam dan marah. Stetoskop melingkari tali leher, Adlene sebagai doktor yang cuba menyelami dan merubah Darius. Kita tidak pernah terlepas darpada kesilapan, cuma cari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Pengetahuan pesakit tentang sebahagian tugas doktor di bahagian psikatri betul-betul menggambarkan keadaan di sana. Hal ini membuat saya terkenang akan pengalaman bekerja di sana dan mengakui bahawa pesakit mental kebanyakkan berpunca daripada konflik rumah tangga. Tapi saya tak puas hati dengan kematian Adam. Patutnya dia mati dengan lebih ngeri lagi. Darius terlalu senang nak memaafkan Agnes, padahal dia begitu mendendami ibunya. Terima kasih kak penulis yang menghidupkan balik saat-saat saya berkhidmat di hospital.

No comments:

Post a Comment