Nafas tipis dilepaskan. Mata pula menjeling kepada Nayli yang
sedang melintasinya. Dia pandang langkah gadis itu yang nampak longlai. Letih
sangat ke berkurung dalam bilik seharian? Atau sengaja nak raih simpatinya sahaja?
Bukannya dia tidak tahu yang Nayli hanya hanya membuta sahaja di dalam bilik!
“Mari duduk
sini Nayli,” suara Mak
Su Salwani menyapa. Adrian ketap bibir lagi. Macam raja! Nak makan pun kena
hidangkan! Baru sahaja Adrian mahu membuka mulutnya dia lihat Nayli sudah
menggelengkan kepalanya.
"Saya tak nak makan."
Adrian mendenggus kasar. ‘Budak
kecik’ ni memang
degil betul! Memang sengaja mahu makan penampar aku gamaknya!
“Kenapa?” Adrian
sengaja mengeraskan suaranya. Biar ‘budak kecik’ takut
sikit dengannya.
“Saya tak
lapar," jawab Nayli sambil menunduk. Tidak kuasa memandang mata buntang
Adrian. Macam nak telannya hidup-hidup.
"Tapi dari semalam lagi Nayli tak makan. Makan sikit ya.
Mak su masak speacial untuk
Nayli," sedaya upaya Mak su Salwani memujuk. Dia sebenarnya kasihan dengan
nasib yang menimpa Nayli. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa.
Kalau sudah Adrian kata hitam maka hitamlah jadinya. Tidak ada sesiapa yang
boleh menukar keputusan Adrian.
“Makan aku
kata!” tekan
Adrian dengan nafas tertahan. Kalau Mak Su Salwani tak ada di sini memang sudah
lama Nayli makan penamparnya.
Wajah Nayli berkerut. Menahan sakit di perut yang mencucuk.
Arahan Adrian dibiarkan sepi. Seleranya sudah mati dalam keadaan dirinya
sebegini. Kepala pula terasa bengang dengan persoalan yang tiada jawapannya.
“Aku suruh
makan! Kenapa kau degil sangat?” Adrian tolak bahu Nayli sedikit kuat
cuba memberi ketakutan pada gadis di hadapannya.
“Saya sakit
perut, pak..”Nayli
tidak jadi meneruskan bicaranya. Tidak mahu panggilannya sebentar nanti akan
membuatkan lelaki itu bertambah berang kepadanya.
“Hah?” Wajah
Adrian sedikit terkejut. Tangannya laju menyapa perut Nayli tetapi cepat
ditipis oleh Nayli.
“Adrian…” tegur Mak
Su Salwani. Dia tidak suka dengan sikap lepas laku Adrian kepada bukan
mahramnya.
“Sakit
sangat ke?”
Kali ini Nayli menggeleng dua kali. Biarpun sakit di perut
mencucuk tetapi tak kan lah dia nak memberitahunya kepada Adrian pula. Tidak
fasal-fasal dikatakannya mengada-ngada pula.
“Kalau dah
tau sakit perut kenapa tak nak makan?” suara Adrian semakin naik satu
oktaf. Dia memang pantang dengan orang yang suka menipu ni. Kalau jadi apa-apa
masak dia kelak. Lebih-lebih lagi dia tak tahu langsung asal usul gadis itu.
“Saya boleh
tahan lagi.”
“Memang kau
boleh tahan. Tapi aku ni yang tak tahan. Walau aku culik kau, aku masih ada
hati perut. Tak macam kau! Boleh selamba je belasah aku sampai seminggu aku
terlantar di hospital!” kata Adrian dengan gigi dikacip
kemas.
Nayli bagaikan terhenyak padu menerima bicara yang tak ubah
bagaikan belati yang sedang membelah hatinya. Benarkah dia begitu? Pantas
kepala dia geleng. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia sebegitu. Ingin pukul lipas
pun dia tak berani inikan pula mahu membelasah orang. Lelaki pulak tu!
Nayli pandang Adrian dari atas ke bawah. Rasa macam tak
percaya pun ada. Tak kanlah badan sado macam ni boleh dia belasah sampai
seminggu terlantar di hospital? Ish kuat sangatkah dia? Atau lelaki ini yang
lembik?
“Saya tak
ingat,” perlahan
Nayli berkata. Matanya sudah bertakung dengan jernihan mutiara. Dia tahu lelaki
itu sedang menipunya. Walaupun otaknya berusia 12 tahun tetapi dia masih mampu
berfikir dan menganalisis setiap maklumat yang diberikan. Kalau Adrian mahu
menipunya sekalipun, agak-agaklah. Biarlah logik sedikit.
Namun begitu dia tahu, dia pernah melakukan kesilapan
terhadap lelaki ini. seba itu Adrian menculiknya. Saban hari kala dia menutup
matanya dia mengharapkan bila dia buka mata pada keesokannya, semuanya kembali
seperti sedia kala. Ingatannya pulih kembali. Namun harapan hanya tinggal
harapan. Dan dia terpaksa menghadapi dosa silamnya tanpa dia sendiri tahu
sebabnya.
“Tak ingat!
Tak ingat! Itu aje alasan kau kan? Tak kan baru berapa hari aku kurung kau,
otak kau dah tak betul!” jerkah Adrian.
Air mata yang sebentar tadi hanya bergenang sudah membanjiri
pipinya. Perlukah dia berterus terang? Mahukah Adrian percaya yang kala ini dia
sudah hilang ingatan?
“Sudahlah
tu Ad. Ad tak kesian ke kat Nayli. Diakan tengah sakit tu,” lembut
suara Mak Su Salwani menegur. Kasihan dia melihat Nayli yang teruk dimarahi
oleh Adrian. Adrian pun satu, kalau dah marah cakap dia macam petir. Dah tak
boleh nak cool down langsung!
“Saya..” suara
Nayli berbaur sendu. Sedaya upaya dia cuba melangkah walau sakit di perut
semakin mencucuk. Rasanya sakit di hati lebih parah daripada sakit di perut.
“Saya tak
nak makan. Saya boleh tahan lagi. Encik tak perlu bimbang,” tegas
Nayli bersama air mata yang mengalir menuruni pipinya.
“Kau makan
sekarang sebelum aku makan kau!” arah Adrian sambil merengkuh lengan
Nayli kasar. Dia memang pantang kalau orang melawannya. Lebih-lebih lagi bila
gadis di hadapannya ini melawan rasa tersabar sungguh. Paling dia tak tahan
melihatkan air mata itu mengalir.
“Untuk apa
saya makan encik kalau saya terpaksa hadap semua ini? Dosa yang saya sendiri
tak tahu! Sebenarnya saya dah fed up! Fed
up nak teruskan hidup lagi!” Nayli rentap lengannya daripada
cengkaman Adrian. Lebih kasar dan kuat.
Melihatkan kemarahan Nayli, makin mencanak ego Adrian. Pantas
Adrian pegang dagu Nayli dengan kuat. Dia tersenyum sinis bila Nayli menyerigai
kesakitan. Hujung matanya dapat melihat Mak Su Salwani yang hanya menggeleng
dengan tindakannya itu.
“Kau perlu
terus hidup sebab..”wajah Adrian ditunduk sedikit.
“Hanya aku
yang berhak tentukan bila kau akan mati,” kata
Adrian sebelum melepaskan cengkamannya.
Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia terus menyakiti tubuh
gadis itu. Tapi dia masih ada rasa belas. Ketika ini hati lelakinya begitu
luluh saat pandangan mata melihatkan wajah yang berkerut di hadapannya. Dia
tahu gadis itu sedang menahan kesakitan yang tidak dapat diluahkan. Apatah lagi
wajah sendu itu tidak pernah tidak membuatkan hati lelakinya bergetar.
“Kenapa
buat saya macam ni?” tanya Nayli. Sedikit demi sedikit
dia cuba berginjak ke belakang menjauhi Adrian tetapi pantas Adrian menarik
pergelangan tangannya. Biarpun sedikit garang tetapi tidaklah sekuat tadi.
Digengam perlahan pergelangan tangan halus itu. Lembut! Tetapi kenapa hatinya
tidak selembut itu.
“Kau yang
mulakan permainan ini,” Gigi diketap dan rahangnya jelas
sedang bergerak. Jiwa lelakinya sedang berperang dengan rasa yang yang dia
sendiri tidak pasti apakah ia.
“Kau dah
lupa yang mulut inilah yang menyuruh orang suruhan kau membelasah aku dulu?
Sedangkan aku tak tahu apa dosa aku pada kau!”
Nayli terpana. Matanya terbelalak. Kepala digeleng
berkali-kali.
“Kau yang
mulakan permainan ini, Nyali! Dan aku Cuma meneruskannya. Tapi..This time..I'll make sure that I win the
games and you will regret for challenge me.”
*************************************************
Nota Rabihah
Macam mana kawan-kawan? korang rasa apa yang akan jadi pada Nayli? mungkinkah Adrian akan mengurungnya selama-lamanya? Nak bab seterusnya ke tak? or saya stop kat sini aje? :)