Adrian
angkat pistol. Berat. Cuba sasarkan pada titik tertengah yang ada pada papan
berjarak 25m dari tempat dia berdiri. Sasaran dikunci. Perlahan-lahan picu
ditarik. BLAM. Tiga butir peluru menghentam target. Satu daripadanya masuk di
kawasan hitam di ruang tengah. Tapi tidak bull's eye. Adrian
mengeluh lemah.
"Kenapa
dengan kau Ad?" tanya Amri. Melihatkan prestasi tembakan Adrian dia cukup
kecewa. Dia tahu Adrian memang seorang pakar dalam sukan menembak. Mereka
sama-sama terjebak dalam sukan ini ketika sama-sama mengikuti unit berunifrom
PALAPES di universiti dulu. Akibat minat yang mendalam mereka menjadi ahli
kelab menembak di sebuah kelab di Subang.
"Tak
de mood," keluh Adrian sambil mata meliar memandang lapangan menembak.
Rasanya hari ini tumpuannya terganggu dek kerana perempuan liar itu.
Amri hanya
menggeleng. Wajah cemburut Adrian tidak dapat diteka puncanya. Tanpa
memperdulikan wajah cemburut itu dia terus menyediakan pistol dan peluru.
Kemudian memasang sasaran untuk ditembak. Bunyi dentuman mengoncang otak dan
kepalanya. Kalau selalu di sini tanpa alat penutup telinga sudah tentu akan
jadi pekak.
"Selalu
tembakan kau tepat. Dapat bull's eye!"
Adrian
hanya memandang kesan di hujung lapang sasar yang berlekuk akibat dari terjahan
peluru. Dapat dibayangkan jika perempuan liar itu berada di situ tentu hancur
badan terkena peluru yang begitu kuat itu. Adrian menggeleng sendirian. Ah
macam manalah perempuan tu boleh mengaku dia berumur 12 tahun? Gila? Atau
sengaja menambahkan keradangan di hatinya?
"Sebenarnya
aku dah culik orang!" akui Adrian sebaik sahaja Amri selesai menembak.
Memang tembakan Amri tepat. Dua daripada tembakannya mengenai bulls eye.
"Culik
orang? Orang apa? Orang hutan?" tanya Amri. Dia kemudian ketawa sendirian
mendengarkan penerangan yang tidak logik dek akal itu. Namun mata sempat
menangkap jelingan tajam temannya itu. Dia tahu Adrian terasa hati tetapi nak
buat macam mana penerangan temannya itu memang kelakar. Sangat-sangat tak
logik.
"Jom
kita ke cafe."
Adrian
mendenggus geram. Dia terus bangun. Membawa semua peralatan menembaknya untuk
diserahkan ke kaunter. Rasanya hari ini moodnya untuk menembak sudah hilang.
Semuanya angkara perempuan liar tu!
"Kau
ni dah kenapa? Bad mood semacam je," tegur Amri. Dia
terkocoh-kocoh berlari mengikut langkah Adrian. Sepatutnya dia yang angin
dengan Adrian. Sudahlah hampir sejam dia menunggu temannya itu. Baru dua tiga
kali menembak Adrian sudah naik angin semacam.
"Memang
aku tak de mood pun," kata Adrian di hadapan
kaunter utama kelab. Peralatan menembak diserahkan semula sebelum dia
mencoretkan tandatangan di borang yang disediakan. Amri juga turut membuat
perkara yang sama. Selesai semuanya mereka sama-sama melangkah ke kafeteria.
Rasanya lebih tenang mereka bercerita di situ.
"Tell me. Apa
masalah kau sampai kau hilang mood hari ini? Pasal mak tiri kau ke?"
serkap Amri.
Adrian
menggeleng. "Bukan sebab tu lah!" jawab Adrian. Namun ada keluhan
berat yang terluah di bibirnya. Rasa sakit yang tidak pernah hilang mula
merajai jiwanya. Mama, papa, macam mana Ad nak pertahankan hak kita?
"Then?"
"Aku
dah culik orang!" akui Adrian bersungguh-sungguh.
Amri
tergelak kecil. Macam pelik apabila Adrian mengaku sebegitu. Tidak pernah
selama ini ada orang yang mengaku dia buat kerja jahat. Hai..otak Adrian ni dah
tercabut skru ke?
"Kau
ni biar betul. Kau nak buat lawak ke apa ni?" tanya Amri cukup berminat.
Istilah culik itu juga ditafsirkan beberapa kali. Tak mungkin Adrian sanggup
melakukan kerja gila sebegitu! Ah Amri begitu yakin dengan telahannya itu.
"Aku
culik perempuan yang curi beg aku hari tu!” cerita
Adrian dengan nada sedikit kasar.
"Kau culik orang? Kau dah hilang akal ke?" Dia memang tak
percaya yang Adrian sanggup membuat kerja gila sebegitu. Ish budak ni! Dah
teringin sangat nak menginap kat lokap gamaknya.
Rasa
membengkak di hati sukar untuk diredakan. Walau jenuh Amri menasihatinya tetapi
dia nekad dengan tindakannya. Hanya cara ini sahaja membolehkannya mendapatkan
begnya semula.
"Memang aku dah hilang akal sejak budak perempuan tu buat onar dekat
aku! Selagi aku tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku akan kurung dia!"
renggus Adrian.
"Eh apa kau nak buat? Kau jangan buat bukan-bukan Ad! Tu anak dara
orang bukan anak kucing!" tegur Amri. Muka dia sudah cuak semacam. Dia
tahu sangat perangai Adrian yang suka sangat buat perkara mengikut emosi
marahnya. Entah apalah natijah yang bakal gadis itu terima kerana telah
membangkitkan singa jantan ini!
"Kau ingat aku pelahap sangat perempuan liar macam tu? Sorrylah! Aku tak sedesperate tu!"
marah Adrian.
"Kalau keluarga dia cari macam mana?" Memang Amri tak berpuas
hati dengan tindakan Adrian itu.
"Dia budak liar! Entah-entah kalau aku bunuh dia pun tak de siapa
yang tahu!"
Mulut Amri terlopong. Matanya membuntang. Bimbang menyapa dada. Tetapi
dia tahu segala nasihat yang akan diberikan tidak berguna lagi. Adrian terlalu
mengikut kata hatinya. Bagaikan mencurah air ke daun keladi sahaja.
No comments:
Post a Comment