Tuesday 17 January 2017

CINTA HATI NAYLI (Oh My Doctor) Bab 5

Nafas tipis dilepaskan. Mata pula menjeling kepada Nayli yang sedang melintasinya. Dia pandang langkah gadis itu yang nampak longlai. Letih sangat ke berkurung dalam bilik seharian? Atau sengaja nak raih simpatinya sahaja? Bukannya dia tidak tahu yang Nayli hanya  hanya membuta sahaja di dalam bilik!
Mari duduk sini Nayli, suara Mak Su Salwani menyapa. Adrian ketap bibir lagi. Macam raja! Nak makan pun kena hidangkan! Baru sahaja Adrian mahu membuka mulutnya dia lihat Nayli sudah menggelengkan kepalanya.
"Saya tak nak makan."
Adrian mendenggus kasar. Budak kecik ni memang degil betul! Memang sengaja mahu makan penampar aku gamaknya!
Kenapa? Adrian sengaja mengeraskan suaranya. Biar budak kecik takut sikit dengannya.
Saya tak lapar," jawab Nayli sambil menunduk. Tidak kuasa memandang mata buntang Adrian. Macam nak telannya hidup-hidup.
"Tapi dari semalam lagi Nayli tak makan. Makan sikit ya. Mak su masak speacial untuk Nayli," sedaya upaya Mak su Salwani memujuk. Dia sebenarnya kasihan dengan nasib yang menimpa Nayli. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa. Kalau sudah Adrian kata hitam maka hitamlah jadinya. Tidak ada sesiapa yang boleh menukar keputusan Adrian.
Makan aku kata! tekan Adrian dengan nafas tertahan. Kalau Mak Su Salwani tak ada di sini memang sudah lama Nayli makan penamparnya.
Wajah Nayli berkerut. Menahan sakit di perut yang mencucuk. Arahan Adrian dibiarkan sepi. Seleranya sudah mati dalam keadaan dirinya sebegini. Kepala pula terasa bengang dengan persoalan yang tiada jawapannya.
Aku suruh makan! Kenapa kau degil sangat? Adrian tolak bahu Nayli sedikit kuat cuba memberi ketakutan pada gadis di hadapannya.
Saya sakit perut, pak..Nayli tidak jadi meneruskan bicaranya. Tidak mahu panggilannya sebentar nanti akan membuatkan lelaki itu bertambah berang kepadanya.
Hah? Wajah Adrian sedikit terkejut. Tangannya laju menyapa perut Nayli tetapi cepat ditipis oleh Nayli.
Adrian…” tegur Mak Su Salwani. Dia tidak suka dengan sikap lepas laku Adrian kepada bukan mahramnya.
Sakit sangat ke?
Kali ini Nayli menggeleng dua kali. Biarpun sakit di perut mencucuk tetapi tak kan lah dia nak memberitahunya kepada Adrian pula. Tidak fasal-fasal dikatakannya mengada-ngada pula.
Kalau dah tau sakit perut kenapa tak nak makan? suara Adrian semakin naik satu oktaf. Dia memang pantang dengan orang yang suka menipu ni. Kalau jadi apa-apa masak dia kelak. Lebih-lebih lagi dia tak tahu langsung asal usul gadis itu.
Saya boleh tahan lagi.
Memang kau boleh tahan. Tapi aku ni yang tak tahan. Walau aku culik kau, aku masih ada hati perut. Tak macam kau! Boleh selamba je belasah aku sampai seminggu aku terlantar di hospital! kata Adrian dengan gigi dikacip kemas.
Nayli bagaikan terhenyak padu menerima bicara yang tak ubah bagaikan belati yang sedang membelah hatinya. Benarkah dia begitu? Pantas kepala dia geleng. Tidak mungkin! Tidak mungkin dia sebegitu. Ingin pukul lipas pun dia tak berani inikan pula mahu membelasah orang. Lelaki pulak tu!
Nayli pandang Adrian dari atas ke bawah. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak kanlah badan sado macam ni boleh dia belasah sampai seminggu terlantar di hospital? Ish kuat sangatkah dia? Atau lelaki ini yang lembik?
Saya tak ingat, perlahan Nayli berkata. Matanya sudah bertakung dengan jernihan mutiara. Dia tahu lelaki itu sedang menipunya. Walaupun otaknya berusia 12 tahun tetapi dia masih mampu berfikir dan menganalisis setiap maklumat yang diberikan. Kalau Adrian mahu menipunya sekalipun, agak-agaklah. Biarlah logik sedikit. 
Namun begitu dia tahu, dia pernah melakukan kesilapan terhadap lelaki ini. seba itu Adrian menculiknya. Saban hari kala dia menutup matanya dia mengharapkan bila dia buka mata pada keesokannya, semuanya kembali seperti sedia kala. Ingatannya pulih kembali. Namun harapan hanya tinggal harapan. Dan dia terpaksa menghadapi dosa silamnya tanpa dia sendiri tahu sebabnya.
Tak ingat! Tak ingat! Itu aje alasan kau kan? Tak kan baru berapa hari aku kurung kau, otak kau dah tak betul! jerkah Adrian.
Air mata yang sebentar tadi hanya bergenang sudah membanjiri pipinya. Perlukah dia berterus terang? Mahukah Adrian percaya yang kala ini dia sudah hilang ingatan?
Sudahlah tu Ad. Ad tak kesian ke kat Nayli. Diakan tengah sakit tu, lembut suara Mak Su Salwani menegur. Kasihan dia melihat Nayli yang teruk dimarahi oleh Adrian. Adrian pun satu, kalau dah marah cakap dia macam petir. Dah tak boleh nak cool down langsung!
Saya.. suara Nayli berbaur sendu. Sedaya upaya dia cuba melangkah walau sakit di perut semakin mencucuk. Rasanya sakit di hati lebih parah daripada sakit di perut.
Saya tak nak makan. Saya boleh tahan lagi. Encik tak perlu bimbang, tegas Nayli bersama air mata yang mengalir menuruni pipinya.
Kau makan sekarang sebelum aku makan kau! arah Adrian sambil merengkuh lengan Nayli kasar. Dia memang pantang kalau orang melawannya. Lebih-lebih lagi bila gadis di hadapannya ini melawan rasa tersabar sungguh. Paling dia tak tahan melihatkan air mata itu mengalir.
Untuk apa saya makan encik kalau saya terpaksa hadap semua ini? Dosa yang saya sendiri tak tahu! Sebenarnya saya dah fed up! Fed up nak teruskan hidup lagi! Nayli rentap lengannya daripada cengkaman Adrian. Lebih kasar dan kuat.
Melihatkan kemarahan Nayli, makin mencanak ego Adrian. Pantas Adrian pegang dagu Nayli dengan kuat. Dia tersenyum sinis bila Nayli menyerigai kesakitan. Hujung matanya dapat melihat Mak Su Salwani yang hanya menggeleng dengan tindakannya itu.
Kau perlu terus hidup sebab..wajah Adrian ditunduk sedikit.
Hanya aku yang berhak tentukan bila kau akan mati, kata Adrian sebelum melepaskan cengkamannya.
Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia terus menyakiti tubuh gadis itu. Tapi dia masih ada rasa belas. Ketika ini hati lelakinya begitu luluh saat pandangan mata melihatkan wajah yang berkerut di hadapannya. Dia tahu gadis itu sedang menahan kesakitan yang tidak dapat diluahkan. Apatah lagi wajah sendu itu tidak pernah tidak membuatkan hati lelakinya bergetar.
Kenapa buat saya macam ni? tanya Nayli. Sedikit demi sedikit dia cuba berginjak ke belakang menjauhi Adrian tetapi pantas Adrian menarik pergelangan tangannya. Biarpun sedikit garang tetapi tidaklah sekuat tadi. Digengam perlahan pergelangan tangan halus itu. Lembut! Tetapi kenapa hatinya tidak selembut itu.
Kau yang mulakan permainan ini, Gigi diketap dan rahangnya jelas sedang bergerak. Jiwa lelakinya sedang berperang dengan rasa yang yang dia sendiri tidak pasti apakah ia.
Kau dah lupa yang mulut inilah yang menyuruh orang suruhan kau membelasah aku dulu? Sedangkan aku tak tahu apa dosa aku pada kau!
Nayli terpana. Matanya terbelalak. Kepala digeleng berkali-kali.

Kau yang mulakan permainan ini, Nyali! Dan aku Cuma meneruskannya. Tapi..This time..I'll make sure that I win the games and you will regret for challenge me.
*************************************************
Nota Rabihah
Macam mana kawan-kawan? korang rasa apa yang akan jadi pada Nayli? mungkinkah Adrian akan mengurungnya selama-lamanya? Nak bab seterusnya ke tak? or saya stop kat sini aje? :)

No comments:

Post a Comment