Friday 10 July 2015

Lasernya Mulut Dia Bab 7

Tan Sri Hasan meneliti beberapa fail yang dihulurkan oleh Ayris Imani kepadanya. Sebagai sebuah firma guaman mereka ditugaskan untuk membela anak guam di mahkamah dan bertikam lidah dengan hakim untuk memenangi kes yang diwakili.
Ramai yang menganggapnya seorang yang hebat. Seorang peguam yang sentiasa menang bicara. Seorang peguam yang berani bertikam lidah dengan pihak lawan dan berhujah di depan para hakim. Hidupnya penuh dengan kuasa malah glamour kerana kerjayanya ini dilihat hebat dan berpengaruh.
Tetapi disebabkan dirinya yang tamakkan harta dunia membuatkan dirinya jauh tersesat di jalan Allah. Sehingga dia lupa akan besarnya amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang peguam. Kerana duit membuatkan dia lupa tanggungjawab seorang penguam membantu mahkamah mencari kebenaran seterusnya menegakkan keadilan. Sebaliknya dia telah menjadikan kerjayanya sebagai pentas untuk menghukum orang yang tidak bersalah, malah dia telah memutarbelitkan fakta hanya semata-mata mahu kelihatan handal untuk memenangi perbicaraan. Ah, penyesalan ini terlalu dalam.
“ Iman yakin boleh handle kes ini?” tanya Tan Sri Hasan kepada Ayris Imani.
“ Insyaalah ayah,” kata Ayris Imani.
“ Ingat Iman, every action of yours will effect someone life, someone property, someone family. Sentiasalah berkata benar walaupun ia mungkin tidak menguntungkan kes kita,” nasihat Tan Sri Hasan. Dia tidak mahu Ayris Imani mengikuti jejak langkahnya yang pernah tersasar akibat tamakkan harta dunia.
Ayris Imani mengangguk. Dia sedar seorang peguam sepertinya memikul tanggungjawab berat iaitu memberikan hak kepada mereka yang berhak serta meletakkan keadilan di tempat sewajarnya.
“ Ingat Iman, kita sebagai seorang peguam kena sentiasa memperjuangkan kebenaran. Kita wajib mempamerkan akhlak mulia, bersikap amanah dan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan ketetapan hukum syarak, peruntukan perlembagaan dan undang-undang supaya hidup kita sentiasa aman damai dan dirahmati Allah,” nasihat Tan Sri Hasan. Dia tidak pernah jemu menasihati Ayris Imani mengenai amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh mereka sebagai seorang peguam.
Ayris Imani mengangguk lagi. Tan Sri Hasan sememangnya begitu. Tiap kali dia mendapat kes baru, pastinya nasihat yang sama akan diberikan kepada Ayris Imani. Dia tahu apa yang sedang bergayut di hati ayahnya tatkala ini.
“ Jangan jadi macam ayah. Menyesal tak sudah,” kata Tan Sri Hasan lagi. Suaranya kedengaran agak sebak sedikit.
“ Ayah, sudah-sudahlah tu. Jangan asyik mengungkit perkara yang sudah lepas,” kata Ayris Imani. Dia tidak mahu Tan Sri Hasan asyik menyalahkan dirinya lagi.
“ Ayah cuma nasihatkan Iman sahaja. Ayah tak nak Iman menyesal macam ayah. Lagipun ayah tengok Iman dengan staff yang lain garang semacam sahaja,” kata Tan Sri Hasan.
“ Hah dia dah mula dah,” kata Ayris Imani sambil mengosok hidungnya. Dia tahu apa yang mahu diperkatakan oleh bapanya kali ini.
“ Iman tu, tak boleh ke bersabar sedikit,” nasihat Tan Sri Hasan. Tan Sri Hasan tidak boleh menyalahkan Ayris Imani semata-mata. Mungkin juga sikap kasar dan panas baran Ayris Imani itu merupakan kifarah dosa-dosa lampaunya.
“ Dia orang yang buat salah. Macamana Iman tak marah,” kata Ayris Imani membela tindakannya itu. Wajahnya sudah berkerut seribu.
Tan Sri Hasan hanya menggeleng apabila melihatkan kerutan di dahi anaknya itu. Ayris Imani sememangnya begitu. Anaknya seorang yang tegas ketika berada di pejabat. Semua dia mahu kemas dan sempurna. Sehinggakan staf-staf yang berada di bawah Ayris Imani kecut perut dengannya.
“ Mereka itu bukannya budak kecil. Sudah besar. Malah lebih tua dan senior daripada Iman. Cubalah bertoleransi sedikit. Jangan asyik ikut angin Iman sahaja,” nasihat Tan Sri Hasan lagi.
Ayris Imani mendenggus geram.
“ Dah buat salah ayah, tak kan tak marah. Kang lemak pulak!” kata Ayris Imani masih mempertahankan dirinya.
“ Lumrah la tu, Iman. Setiap manusia tak lepas daripada melakukan kesilapan,” ujar Tan Sri Hasan, masih cuba menasihati anak tunggalnya itu.
“ Ni mesti ada yang datang complain kat ayah. Ayah cakap siapa yang complain. Biar Iman ajar dia habis-habisan,” kata Ayris Imani menahan marah. Begitulah sikap Ayris Imani yang pantang di tegur.
“ Tengok tu, baik ke perangai macam tu, Iman? Ayah tak pernah ajar anak ayah begitu. Sejak akhir-akhir ni ayah tengok Iman ni semacam je. Moody Iman melampau-lampau. Ayah tegur sedikit je, tapi sudah mau melenting. Cuba bawa bersabar sedikit,” nasihat Tan Sri Hasan.
Ayris Imani hanya mampu mendenggus lemah. Geram dengan teguran yang diberikan oleh bapanya itu. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa selain daripada hanya mendiamkan diri sahaja.
AYRIS IMANI melangkah keluar dari bilik Tan Sri Hasan dengan perasaan marah. Marah apabila sikap buruknya itu sampai ke pengetahuan ayahnya. Siapa pula yang berani mengadu tentang sikapnya kepada ayahnya itu?
“ You all ni tak reti buat kerja ke? Kenapa bullet stapler ni penuh di lantai?” suara Ayris Imani sudah bergema kuat memenuhi ruang pejabat. Semua staff yang sebentar tadi bukan main riuh terdiam tanpa kata. Senyap sunyi!
“ Ingat syarikat bapa I ni cop duit ke?” marah Ayris Imani lagi.
Semua staff hanya menunduk. Tidak seorang pun yang berani memanggung kepala. Takut nanti menjadi sasaran maki hamun Ayris Imani. Di dalam hati masing-masing menyumpah seranah. Macam tak de motif sahaja wanita bengis ini nak mengamuk sampai kes bullet stapler pun boleh jadi isu?
“ Damia!!! Masuk ke dalam bilik I sekarang juga!!” Ayris Imani menjerit kuat. Memanggil pembantu peribadinya sebelum dia melangkah masuk ke dalam ruang pejabat yang di khaskan untuknya.
Tergopoh-gopoh Damia masuk ke dalam bilik Ayris Imani. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Ayris Imani, dia hanya menundukkan kepalanya. Manakala Ayris Imani pula hanya merenung tajam gadis di hadapannya. Iskh naik seram juga Damia apabila melihatkan wajah menyinga lady bosnya itu.
“ Mana fail yang I mintak tadi?” Keras sahaja suara Ayris Imani.
Damia memberanikan dirinya untuk mengangkat mukanya. Memandang wajah bengis Ayris Imani yang seolah-olah mahu membahamnya hidup-hidup. Iskh macamanalah dia boleh bertahan bekerja dengan bos yang garang macam singa betina ini?
“ Fail mana bos?” tanya Damia takut-takut. Bukannya dia tidak tahu dengan sikap Ayris Imani yang tidak suka dia bertanya itu dan ini. Bagi Ayris Imani sekali dia memberi arahan, Damia perlu melakukannya dengan sempurna.
Ayris Imani mendenggus kasar.
“ Fakta kes yang perlu I bawa ke mahkamah esok!” kata Ayris Imani sambil menepuk meja dengan kuat. Hampir terloncat tubuh Damia dibuatnya akibat terkejut yang amat sangat. Ayris Imani memang sudah melampau!
“ Eeer maafkan saya bos. Saya pergi..”
Belum sempat Damia menyambung bicaranya Ayris Imani sudah pun mencelah.
“ You ni nak kerja dengan I ke tak? Kalau tak nak kerja hantar sahaja surat resign. Senang cerita. Tak payah nak makan gaji buta di sini,” bebel Ayris Imani.
Mata Damia terkulat-kulat mendengar bebelan Ayris Imani. Dia tidak berani melawan dan hanya mampu menadah telinganya yang sudah pun merah menyala.

No comments:

Post a Comment