Mariam Qistina membuka
matanya. Dia berasa pelik melihat begitu ramai tetamu yang hadir di rumahnya
hari ini. Adakah mereka sedang mengadakan kenduri kesyukuran? Tetapi peliknya
kebanyakan tetamu yang hadir sedang membaca yasin. Apa yang sedang terjadi di
rumahnya tatkala ini?
Mariam Qistina terlihat
kelibat Irdina yang berlari-lari di sekeliling rumah. Tidak dihiraukan kepada
tetamu yang kusyuk membaca surah Yassin. Segera Mariam Qistina bangun. Dia
ingin mendapatkan mama dan papanya.
Sebaik sahaja perkataan
mama dan papa terlintas dibenak hatinya jantungnya bagaikan terhenti. Badannya
menggigil hebat. Langkah yang sedang diorak terasa semakin lemah. Akhirnya Mariam
Qistina terus terjelopok.
Irdina yang perasan terus
berlari mendapatkan Mariam Qistina. Anak kecil itu masih setia dengan
senyumannya.
” Akak..atuh...” kata
Irdina dalam pelatnya. Dia menunding jari telunjuknya ke arah kakaknya kepada
seorang tetamu yang sedang memerhatikan gelagat mereka.
Tetamu itu terus
mendapatkan Irdina manakala Kak Siti datang membantu Mariam Qistina bangun.
” Kuatkan hati Qis. Kita
sebagai hambaNya kena terima takdir yang telah Allah tentukan kepada kita.
Ingatlah Allah lebih sayangkan mama dan papa Qis. Mari Kak Siti bawa Qis jumpa
arwah buat kali terakhir,” pujuk Kak Siti.
Hujan di hati Mariam
Qistina makin lebat. Airmata yang sudah menjadi sahabat setianya mula menuruni
pipinya yang sudah pucat. Dia memandang Kak Siti supaya Kak Siti faham rasa
hatinya saat ini.
” Mama dan papa mana, Kak
Siti? Qis nak tengok mereka,” kata Mariam Qistina sambil tersedu.
Sebaik sahaja mendengar
perkataan mama dan papa Irdina pula terus melepaskan diri dari pelukan tetamu
tadi dan terus berlari kepada Mariam Qistina.
” tu mama...papa...ma
tidur.....pa pun tidur,” kata Irdina sambil tangannya menunjukkan ke arah dua
kujur tubuh yang sudah ditutup mukanya dengan sehelai kain. Itu kain batik papa
dan mama.
Mariam Qistina terus
memeluk Irdina yang masih tidak mengerti. Tetamu yang hadir di situ terus
menyepikan diri. Ada beberapa orang yang turut menangis kerana simpati. Begitu
juga dengan Kak Siti.
” Jom akak....ita umpa
mama ngan papa..” kata Irdina setelah Mariam Qistina meleraikan pelukannya.
Wajah Irdina masih
begitu. Dia masih tersenyum seperti selalunya. Anak kecil itu masih tidak tahu
bahawa sebenarnya kedua ibu bapanya sudah pergi buat selamanya. Mariam Qistina
semakin pilu.
Irdina terus menarik
tangan kakaknya sambil melangkah ke arah dua jasad yang sedang kaku di
pembaringan.
” Akak..kejutkan
mama..adik nak main ngan mama....” kata Irdina dalam pelatnya.
Mariam Qistina terasa
ingin meraung apabila mendengar bicara Irdina yang nyata tidak mengerti itu.
Ada seorang tetamu yang duduk berhampiran mayat membuka kain yang menutupi
wajah Puan Seri Nor Aini dan Tan Sri Mohd Jamil.
Sekali lagi Mariam
Qistina terus terjelopok di situ.
” Mama...papa....kenapa
begitu cepat Allah nak ambil nyawa mama dan papa? Siapa yang nak jaga Qis?
Siapa yang nak jaga adik ma, pa? Tengoklah Irdina masih tak mengerti apa-apa.
Ya Allah betapa beratnya dugaanMu kepada kami Ya Allah,” tangis Mariam Qistina.
” Mama..bangun ma..” kata
Irdina sambil mengoncang bahu Puan Seri Nor Aini yang kaku.
Pantas Mariam Qistina
mendapatkan adiknya. Dia terus memeluk Irdina entah untuk kali ke berapa.
” Mama dah tak ada dik.
Mama dan papa dah tinggalkan kita buat selamanya,” beritahu Mariam Qistina. Dia
mengelap gugusan airmatan yang sedang laju menuruni pipinya dengan kedua belah
tapak tangannya. Irdina tersenyum lagi membuatkan hati Mariam Qistina tersentuh
hebat.
” Akak tipu....tu
mama...tu papa...” ujar Irdina lagi sambil menunding jarinya kepada kedua jasad
yang sudah kaku.
” Adik....mama dan papa
sudah tiada dik...” kali ini suara Mariam Qistina agak tinggi sedikit. Dia
berasa marah dengan sikap Irdina itu walaupun sebenarnya dia tahu Irdina masih
kecil dan tidak mengerti apa-apa.
” Sudahlah Qis. Irdina
masih tidak faham apa-apa lagi. Dia masih kecil. Qis ajaklah Irdina cium arwah
buat kali terakhir. Selepas ini arwah akan dikapankan dan dikebumikan,”
perlahan suara Kak Siti memberitahu.
Maraiam Qistina terus
mengelap airmatanya yang tidak jemu-jemu meneroka kolam matanya itu. Mengapa
airmatanya ini begitu payah sekali mahu berhenti sedangkan dia ingin mencium
arwah kedua ibubapanya buat kali terakhir?
Mariam Qistina terus
merenung lama wajah kedua ibu bapanya. Tenang sungguh wajah mereka seolah-olah
mereka sedang lena dalam tidur. Memang benar kata Irdina sebentar tadi mama dan
papanya sedang tidur. Tapi kali ini mereka akan tidur buat selama-lamanya. Dada
Mariam Qistina sudah berombak kuat mengepung kepedihan yang sedang bermajarela
saat ini.
” Cium mama, dik,” kata
Mariam Qistina kepada Irdina yang masih
setia disisinya.
Irdina memandang ke
arahnya. Dia kemudiannya tersenyum dan terus menggangguk berkali-kali.
Seolah-olah begitu gembira apabila diberi kebenaran untuk mencium ibu dan
bapannya. Ya sebenarnya Irdina terlalu merindui kedua orang tuanya.
Pantas sekali Irdina
bangun mendapatkan kedua ibu bapanya. Dengan penuh kasih, Irdina terus mencium
dahi kedua ibu bapanya. Kemudian dia beralih pula di kedua belah pipi mereka.
” Adik sayang
mama....adik saaaayang papa,” kata Irdia selepas dia mencium kedua-dua jasad
tersebut.
” Bye..bye
mama...bye...bye papa...adik nak main dengan akak jap..” kata Irdina sambil
melambaikan tangan kepada kedua ibu bapanya. Kemudian dia terus berlari
mendapat Mariam Qistina.
Mariam Qistina langsung
tidak memperdulikan Irdina yang masih tersenyum kepadanya. Dipandang lama wajah
kedua ibu bapanya buat kali terakhir. Sedaya upaya Mariam Qistina menahan
dirinya daripada terus meratap. Dia terus menyeka airmatanya.
Kemudian Mariam Qistina
mengucup lembut kedua-dua belah pipi dan dahi Puan Seri Nor Aini. Kemudian
kucupannya beralih kepada Tan Sri Mohd Jamil dengan perasan kasih.
” Maafkan Qis papa, mama.
Halalkan makan minum Qis dan adik.”
Dia masih tidak puas.
Sekali lagi kedua-dua belah pipi kedua orang tuanya dicium penuh kasih.
” Qis akan jaga adik
dengan baik seperti mana papa dan mama jaga Qis dulu. Berehatlah di sana pa,
ma. Berehatlah daripada ujian dunia.” Kata Mariam Qistina yang sudah semakin
tabah.
No comments:
Post a Comment