“ Mana Sarah?’
Tanya Esah setelah melihat Sahak pulang
berseorangan. Pagi tadi suaminya telah menelefon kepadanya dan memberitahu
tentang perangai anak gadisnya yang sudah pandai bertindak seperti samseng.
Namun begitu Esah tidak pernah ambil berat tentang kesalahan yang dilakukan
oleh Sarah itu. Bagi pendapat peribadinya manusia yang lemah akan selalu
ditindas oleh yang kuat. Jadi tidak hairanlah kalau Sarah bertindak sebegitu.
Ini membuktikan anak daranya seorang yang kuat.
“
Entah....merajuk agaknya sebab saya tampar dia tadi!” Kata Sahak langsung tidak
memandang kepada isterinya. Dia menekan alarm
kereta dan kemudian terus menerpa masuk ke dalam rumah.
Esah tersenyum
sendirian. Betullah kepada kata pepatah bapa borek anak rintik. Tiada secarik
pun perasaan risau atau bimbang tentang kehilangan Sarah itu. Malah dia
langsung tidak peduli.
“ Kenapalah
sikap Sarah tak sama seperti Luqman Hakim? Kalau tak senang kerja kita!” Keluh
Sahak sambil melangkah.
“ Luqman Hakim
tu baik sangat. Perangai dia tak serupa macam anak kita tapi lebih mirip dengan
Jamil yang bodoh tolol tu!” Bangkang Esah yang sedang membontoti langkah Sahak.
Senyumannya masih lagi meleret.
“ Yang awak
tersenyum sorang-sorang ni kenapa? Dah sasau ke?” Kata Sahak yang sudah
melabuhkan punggungnya di sofa. Esah juga turut duduk di sebelah suaminya.
“ Eh ke situ
pula awak. Saya teringatkan perangai awak masa muda-muda dulu. Sama macam
perangai Sarah sekarang ni. Ini baru dipanggil anak kita,” kata Esah yang cukup
bangga dengan sikap anak daranya itu.
“ Saya ni
samseng tapi pandai guna otak. Yang anak awak tu tak reti nak guna otak. Ada ke
anak si Jamil tu dia belasah! Jamil tu kan lubuk emas kita!” Kata Sahak
melepaskan kemarahannya.
“ Alaa sekali
sekala apa salahnya. Saya ni sebenarnya dah tak larat nak berpura-pura baik
dengan keluarga diaorang. Kalau tak kerana nak kikis harta diaorang tak ingin
saya nak bermanis muka dengan keluarga Jamil tu. Tambah-tambah dengan Aini tu!
Sombong nak mampus! Mentang-mentang kaya tinggi diri!” Bebel Esah melepaskan
ketidakpuasan hatinya. Sebenarnya dia terlalu iri hati dengan kekayaan yang
dimiliki oleh keluarga adik iparnya itu. Kalaulah dia berada di tempat Puan
Seri Nor Aini alangkah bagusnya.
“ Sabarlah Esah
oiii.... Kita bukannya selama-lamanya bergantung hidup dengan diaorang.
Tunggulah sampai masanya nanti kita akan tunjuk siapa kita kepada keluarga
Jamil!” Kata Sahak dengan bongkak sekali.
Mata Esah
terbeliak besar mendengarkan bicara suaminya itu. Segera dia merapatkan diri ke
sisi suaminya.
“ Awak nak buat
apa?” Tanya Esah tidak sabar sekali.
Sahak tersenyum
lebar melihatkan sikap isterinya itu. Dia tahu Esah mata duitan.
“ Ada la!” Kata
Sahak masih mahu berahsia.
Segera Esah
menyiku lengan Sahak yang duduk di sebelahnya membuatkan wajah tua itu
berpaling ke arahnya.
“ Tak payah nak
berahsia-rahsia dengan saya. Bagi tau sekarang apa plan awak sebenarnya?” Kata
Esah sedikit mendesak kerana ingin mengetahui rancangan jahat suaminya terhadap
adik iparnya itu.
Sahak mendengus.
Dia kenal benar dengan sikap isterinya yang suka memaksa itu. Selagi
kemahuannya tidak dipenuhi pastinya dia terus mendesak.
“ Saya baru
cadang-cadang nak tubuhkan syarikat. Nanti kalau ada tender yang masuk di
syarikat Jamil kita rebutlah. Lagi pun saya yang akan meluluskan semua tender
yang masuk. Senang-senang je kita dapat rebut semua tender di syarikat Jamil!”
Terang Sahak. Jamil sudah memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk
meluluskan tender syarikat. Tidak salah jika dia menggunakan sepenuh
kepercayaan yang diberikan oleh Jamil untuk kepentingan peribadinya. Dia yakin
Jamil tidak akan tahu!
“ Mana awak
dapat duit untuk membuka syarikat sendiri?” Tanya Esah yang sudah tidak sabar
mendengar butir bicara daripada suaminya itu. Dia begitu teruja sekali. Dia
sudah penat hidup dalam kesusahan. Kalau boleh dia mahu menjalani kehidupan
mewah seperti birasnya juga.
Sahak tersenyum.
“ Adalah
sikit-sikit. Lagi pun sebelum ni kan Syarikat Daya Maju sering bagi habuan
kepada saya setiap kali saya meluluskan tender mereka. Duit itulah saya
kumpulkan,” terang Sahak.
“ Mana kita ada
duit nak gajikan pekerja!” Kata Esah masih belum yakin dengan keputusan
suaminya itu.
“ Syarikat ni
tak perlu ada pekerja Esah oooii.”
“ Kalau tak de
pekerja siapa nak buat kerja? Tak kan awak nak saya yang bekerja dengan awak?”
“ Tak perlu.
Kita sub sahaja dengan syarikat lain. Kat situ je kita untung seratus hingga
dua ratus ribu atas angin je.” Balas Sahak cukup yakin sekali apabila
menerangkan niat jahatnya kepada isterinya itu.
Kali ini baru
Esah tersenyum lebar. Dia sudah mula membayangkan kehidupan mereka kelak. Dia
tidak kisah bagaimana suaminya mendapatkan duit asalkan hidup mereka dilimpahi
dengan kesenangan.
No comments:
Post a Comment