Tuesday 19 June 2012

Sisa Cinta Kita Bab 5


Puas sudah Qisha mengeladah tong sampah besar yang terdapat di belakang kafeteria. Dia tidak peduli dengan bau busuk yang menusuk hidungnya tatkala ini asalkan dia dapat menjumpai semula jam tangan Aqif itu.
“ Betul ke kau buang jam itu kat tong sampah ni, Qisha?” Tanya Anisah yang turut membantunya mengeledah tong sampah tersebut.
 Pertolongan daripada Anisah cukup mengambarkan budi pekerti Anisah yang sebenarnya. Qisha berasa begitu bertuah sekali mendapat seorang teman sebaik Anisah. Cukup susah untuknya mendapat seorang teman yang sanggup bersusah bersama-sama.
Qisha yang sedang mengeledah terhenti buat seketika.
“ Betul. Aku yakin sangat. Selepas aku mengemas aku buang semua sampah di dalam tong sampah kecil. Kemudiannya aku bawa tong sampah kecil dan buang sampahnya ke dalam tong sampah besar ini.” Cerita Qisha.
“ Aku tak jumpa pun jam tangan kat dalam ni. Betul ke kau buang atau kau tersalah letak?”
“ Kau cubalah cari lagi. Jamnya berwarna silver. Jenama polo tapi aku rasa jam itu jam tiruan. Jamnya dah buruk sedikit. Dah bercalar kat skrinnya.”
“ Kalau dah buruk baik kau ganti baru. Dah tiga kali kita mengeladah tong sampah ni sampai badan aku ni dah bau sampah tapi tak jumpa pun sampai sekarang.”
“ Tak boleh sebab jam tu ada sentimental value kepada Aqif. Aku benar-benar rasa bersalah terhadapnya.”
“ Apa yang sentimental sangat? Aku ingat dia tu keras hati tapi rupanya ada jiwang juga.”
“ Katanya jam itu dihadiahkan oleh teman istemewanya sebelum dia meninggal sebagai pencetus semangatnya. Aku tak tahu nak buat macamana kalau masih tidak menjumpai jam tersebut. Aku benar-benar rasa bersalah. Kalaulah aku tak cuai…”
“ Sudahlah. Tak payah nak salahkan diri. Perkara dah berlaku nak buat macamana lagi.” Nasihat Anisah.
Qisha mengeluh lemah. Tangannya masih setia menyelongkar isi tong sampah tersebut.
“ Jangan-jangan sampah yang kau buang tadi dah di ambil oleh lori sampah.” Kata Anisah membuatkan mulut Qisha terlopong.
“ Macamana ni Nisah? Apa yang harus aku buat?” Tanya Qisha.
Namun begitu tangannya masih tetap menyelongkar tong sampah besar itu sampai separuh daripada isinya sudah dikeluarkan. Bau tengit sudah menjadi aroma yang mula sebati di dalam rongga hidungnya. Sampah yang kotor lagi menggelikan dipegang dengan tangannya tanpa ada sedikit pun perasaan kotor. Semuanya dilakukan demi untuk mendapatkan semula jam milik Aqif. Dia begitu kasihankan Aqif yang bersedih akibat kecuaiannya sendiri.
“ Oiii….Cik Nyet buat apa tu?” Jeritan Aqif membuatkan Qisha dan Anisah berpaling.
“ Mak aiii busuknya korang berdua. Sejak bila pula korang jadi tukang kutip sampah. Iskkhh bukan..tukang selongkar sampah,” kata Wahid yang sudah memicit hidungnya. Aroma busuk itu sudah membuatkan dia berasa mahu muntah. Bagaimana kedua orang gadis di hadapannya ini boleh bertahan dengan bau tersebut?
Qisha sudah bangun menghadap Aqif. Wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan semua ini kepada lelaki itu.
“ Aqif, saya minta maaf. Saya gagal mencari jam awak.”
Serentak dengan itu Aqif dan Wahid ketawa. Ketawa yang kuat bagaikan bicara Qisha itu cukup melucukan tangkai hati mereka. Anisah dan Qisha saling berpandangan.
“ Macamana aku nak cakap ye. Sebenarnya aku dah jumpa jamnya. Ini!”
Aqif menunjukkan jamnya kepada Qisha membuatkan Qisha menarik nafas lega. Hatinya begitu riang sekali. Beban yang digalas sebentar tadi sudah mula reda.
“ Alhamdullillah. Di mana awak jumpanya?” Tanya Qisha yang sudah tersenyum lebar. Begitu juga dengan Anisah.
Aqif dan Wahid ketawa lagi. Qisha semakin pelik dengan sikap mereka berdua itu.
“ Mana ada jam aku hilang.” Jawab Aqif tanpa ada riak bersalah.
Qisha mengerutkan dahinya.
“ Habis tu kau salah letak?” Teka Anisah pula.
Aqif menggeleng sambil mengangkat keningnya kepada Wahid. Mereka berdua sudah tersenyum lebar.
“ Tak! Aku sengaja nak kenakan kau. Lagi pun kau mana pernah ada pengalaman menyelongkar tong sampah begini kalau aku tak buat drama Hindustan ini. Best tak bau tong sampah ni? ” Kata Aqif yang sudah ketawa besar.
Tersirap darah Qisha mendengarnya. Dia betul-betul tidak menyangka Aqif begitu tergamak melakukan perkara sebegini terhadapnya. Perasaan marahnya meluap-luap.
Geram dengan perangai Aqif itu, dushhhh!
Satu sepakan yang maha hebat telah di hadiahkan Qisha betul-betul di betis kering Aqif.



“ AKU tak sangka Maheran, kau sanggup tikam aku dari belakang!!” Marah Datuk Hisham.
Datuk Maheran hanya berwajah selamba. Langsung dia tidak takut dengan kedatangan Datuk Hisham yang bagaikan singa lapar itu. Malah dia sudah lali dengan resam orang yang tidak dapat menerima kekalahan diri lantas menyerang pemenangnya demi untuk memuaskan rasa hati.
“ Adat orang berniaga, setiap peluang yang datang mesti di rebut. Bukankah kau yang ajar aku begitu? Kau dah lupa ke Hisham?”
Datuk Hisham mendenggus.
“ Kau memang berhati busuk!”
“ Salahkah aku membeli saham yang dahulunya dimiliki oleh arwah adik aku sendiri?”
“ Adik? Kalau arwah Mahani masih hidup aku yakin dia sendiri tidak akan mengaku yang kau adalah kakaknya. Kau dah lupa apa yang kau dah lakukan pada dia?” Tanya Datuk Hisham sekaligus cuba menyingkap sejarah lama.
Datuk Maheran menggeleng. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya seolah-olah tuduhan Datuk Hisham itu langsung tidak berkudis di hatinya.
“ Apa yang aku dah lakukan pada dia? Bukankah kematiannya itu satu kemalangan dan polis sendiri sudah mengesahkan hal tersebut. Jadi kenapa kau mahu ungkitkan lagi kisah lama?”
“ Aku tahu Maheran dan aku kenal siapa kau yang sebenarnya. Kau yang rancang semua kemalangan itu. Kau yang mahu Mahani mati!”   
“ Untuk apa aku lakukan semua ini? Dia tu adik aku darah daging aku sendiri!”
“ Sebab kau cemburukan dia. Sebab aku pilih dia bukan kau! Kau memang berhati busuk. Dan sekarang kau mahu rampas syarikat aku pula?. Kau buat semua ini sebab nak balas dendam terhadap akukan? Sebab walaupun Mahani sudah meninggal aku tetap tak pilih kau, bukan?”
Bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Hisham. Tuduhan yang sebenarnya berasas. Dia kenal benar siapa Datuk Maheran sebenarnya.
Serentak dengan itu Datuk Maheran ketawa. Besar benar ketawanya kali ini. Seolah-olah Datuk Hisham sedang membuat lawak antarabangsa kepadanya.
“ Aku tak sangka kau ni perasan juga orangnya. Kau ingat aku masih sukakan kau yang dah kerepot tu? Pleaselah. Aku ni walaupun dah tua masih ada taste,” kata Datuk Maheran dalam hilai tawanya.


No comments:

Post a Comment