Semenjak
daripada peristiwa itu Sarah mula berjinak-jinak dengan cara hidup liar. Dia
mula melepak dengan sekumpulan budak remaja perempuan yang mengelarkan diri
mereka spice girls. Spice girls merokok
di hadapan khalayak ramai dan mendapat duit poket dengan menyeluk saku. Dari
mereka Sarah belajar cara-cara untuk menjadi penyeluk saku professional.
Kadang-kadang mereka mencuri di gedung membeli-belah. Sarah berasa satu
kepuasan yang teramat apabila dia berjaya melakukan perbuatan menyalahi
undang-undang itu. Baginya hidup akan lebih bermakna dengan adanya cabaran.
Tetapi cabaan yang dilaluinya ini adalah satu cabaran yang menyalahi
undang-undang.
Hari ini mereka
bercadang untuk mencuri kasut di sebuah kedai kasut ternama di Malaysia.
Mencuri kasut yang berjenama sudah menjadi rutin bagi kumpulan spice girls. Malah rancangan mereka
tidak pernah sekalipun gagal.
Spice
girls yang terdiri daripada tiga orang remaja wanita
iaitu Dania, Azzah dan Sarah mula masuk ke dalam kedai kasut tersebut.
Mula-mula mereka berpura-pura melihat kasut-kasut yang terdapat di situ.
Mencuba dari satu design kasut ke design yang lain pula. Apabila mereka
berkenan mereka mula memanggil pelayan.
“ Kasut ini
cantik sangat. Ada tak saiz 5 untuk kaki saya?” Tanya Sarah yang sudah pandai
dalam bidang ini manakala kawan-kawannya yang lain hanya mengangguk. Kasut itu
berharga tiga ratus ringgit.
“ Nanti sekejap
ya. Saya pergi tengok kat dalam.” Kata pelayan wanita tersebut dengan senyuman
yang tidak pernah lekang di bibirnya.
Mereka juga
tersenyum. Pelayan wanita itu nampak lembut dan mungkin juga senang untuk
mereka memperbodohkannya. Mereka tersenyum lagi. Bagi mereka pelayan itu amat
mudah untuk dibereskan.
Tidak sampai
lima minit pelayan wanita itu datang dengan sekotak kasut.
“ Cubalah,” kata
wanita itu sopan sekali.
Tanpa
melengahkan masa Sarah mencuba. Kasut itu cantik dan saiznya juga berpadanan
dengan kakinya. Sarah tersenyum lagi kepada pelayan tersebut.
“ Kasut ini terasa
agak kecil sedikit dengan kaki saya. Saya tidak begitu selesa memakainya. Boleh
cik bagi saiz yang lebih besar sedikit?” Kata Sarah yang cukup pandai berlakon.
Dia berpura-pura
mengayakan kasut tersebut di hadapan cermin. Manakala Dania dan Azzah memuji-muji
kecantikan kasut tersebut.
“ Kalau begitu
saya akan dapatkan saiz enam untuk cik,” kata pelayan itu. Kemudian dia terus
beredar ke dalam untuk mencari saiz yang dimaksudkan.
Spice
girls yang sememangnya mempunyai misi tersendiri mula
memandang ke sekeliling. Keadaan yang agak sesak di dalam kedai kasut tersebut
kerana jualan murah memudahkan lagi misi mereka.
Dengan
berhati-hati Azzah mengeluarkan beg plastik yang juga berjenama kedai kasut
tersebut di dalam beg sandangnya. Manakala Sarah sudah memasukkan kasut yang
dicubanya tadi di dalam kotak kasut. Dania pula memandang sekeliling memastikan
keadaan yang sesuai untuk mereka melaksanakan misi penting mereka. Kemudian
Dania mengangguk memberikan isyarat bahawa ‘line
clear’.
Cepat-cepat
Sarah memasukkan kasut tersebut di dalam beg plastik Azzah. Kemudian tanpa
perasaan bersalah mereka terus berjalan keluar.
Tiada siapa yang
datang untuk menahan mereka. Malah alarm
juga tidak berbunyi. Tiada siapa yang menyangka mereka adalah pencuri cilik.
Ketika mereka sudah berada jauh daripada kedai tersebut Sarah terpandang
pelayan wanita itu yang sudah mengeluarkan kasut bersaiz 6 yang dimintanya
sebentar tadi. Dia tahu mereka perlu cepat keluar daripada kawasan
membeli-belah tersebut kerana sebentar lagi pastinya pelayan wanita itu akan
menyedari tentang kehilangan mereka dan juga kasut tersebut.
No comments:
Post a Comment