Qisha menangis tersedu-sedu di atas
tilam. Hatinya begitu sakit dipermainkan oleh Aqif. Adakah dia hanyalah sekadar
bahan mainan kepada lelaki itu? Dia makin tertekan.
“ Papa…”
Ujar Qisha dalam tangisan yang masih berlagu.
Datuk Hisham yang mendapat panggilan
tersebut berasa semakin cemas mendegarkan nada suara anaknya itu.
“ Qisha, kenapa ni?”
Qisha menangis lagi. Dia bencikan Aqif.
Dia bencikan semua fasilitator di sini. Dia bencikan hari orientasi di sini.
“ Qisha kena buli, papa,” adu Qisha.
Datuk Hisham merenggus kuat. Dia berasa
geram mendengarkan cerita anak tunggalnya itu.
Tercabar kedudukannya sebagai seorang yang cukup di hormati apabila
anaknya sendiri telah di buli. Mungkin mereka belum kenal siapa Qisha yang
sebenarnya.
“ Siapa yang berani membuli Qisha? Biar
papa ajar dia cukup-cukup.”
Ajarlah papa. Ajar Aqif cukup-cukup.
Kalau boleh dia mahu Aqif mendapat pengajaran atas perbuatan jahat yang telah
dilakukannya selama ini. Biar Aqif sedar dan insaf.
“ Senior kat sini. Qisha rasa macam orang
bodoh sahaja apabila dipermainkan begini.”
“ Diaorang ingat diaorang bagus sangat
ke? Siapa ajar mereka membuli orang di hari orientasi. Papa tak akan biarkan
perkara ini berlarutan. Sekarang biar Qisha ceritakan kepada papa apa yang
sebenarnya berlaku.”
Lalu Qisha menceritakan tentang hari
orientasi yang cukup mendera fizikal dan mentalnya itu.
“ Mereka buat Qisha ni sebagai bahan
ketawa mereka. Itu yang membuatkan Qisha semakin sakit hati.” Kata Qisha
mengakhiri ceritanya.
“ Sudahlah Qisha. Papa tak nak Qisha
menangis lagi. Papa akan adukan perkara ini ke pihak atasan.”
“ Tak payahlah papa. Qisha tak nak
perkara ini dipanjangkan lagi.” Ujar Qisha lemah.
“ Kalau macam tu buat apa Qisha nak
mengadu pada papa?” Marah Datuk Hisham yang begitu sakit hati dengan sikap
Qisha yang suka sangat mengalah itu. Sebab itulah anaknya itu senang sangat di
buli.
Qisha hanya mengeluh. Dia cukup terasa
hati dengan bicara bapanya itu. Apa salahnya dia mengadu kesedihan kepada
bapanya sendiri?
“ Tak pe lah papa Qisha ada banyak kerja
nak dilakukan. Lain kali Qisha call
papa lagi.” Kata Qisha melayan rajuk hatinya.
“ KEJAM betul Aqif. Sanggup dia kenakan
kau sebegitu!” Marah Anisah.
Qisha mengeluh lemah. Dia menumpukan
pandangan kepada Anisah yang baru selesai mandi. Kasihan Anisah, tidak
fasal-fasal temannya itu turut terjebak dengan permainan kotor Aqif itu.
“ Tah apa yang dia dengki pada aku
sampai sanggup buat aku begini. Aku rasa macam orang bodoh tau tak Nisah. Aku
sanggup menahan bau busuk dan meloyakan semata-mata untuk mencari barang
dia. Aku ikhlas dan berniat baik tapi
apa yang aku dapat?”
Qisha sudah mula bergenang airmatanya.
Sakitnya hati mengenangkan pembohongan ini. Maruah dan harga dirinya bagaikan
dipermainkan oleh Aqif sesuka hati.
“ Kau rasa aku ni bodoh sangat ke Nisah
sampai jadi bahan gurauan mereka?”
Bayangan duka itu
kembali menerpa di ingatannya. Betapa luluhnya perasaannya saat itu. Dadanya
bagaikan mahu pecah mendengarkan bicara tanpa ada riak bersalah yang keluar
dari mulut Aqif itu. Hinggakan saat ini masih tergiang-giang lagi suara itu di
telinganya.
Anisah melepaskan
nafas. Qisha di pandang penuh simpati. Dia tidak faham mengapa Aqif sanggup
membuli Qisha sebegitu. Memang inikah fitrah dunia, mereka yang baik dan ikhlas
selalu ditindas dan dianiayai dengan mereka berhati dan bernafsu jahat.
” Sabarlah Qisha.
Aku sendiri pelik dengan sikap Aqif itu. Kenapa dia terlebih-lebih sangat
membuli kau? Entah-entah dia sukakan kau kot!”
Lambat-lambat Qisha
menggeleng.
” Bukan begitu
caranya untuk memikat hati seorang perempuan, Nisah.”
Sungguh dia tidak
dapat menerima nasib yang telah menimpanya. Dia tidak mengerti pada layanan
buruk yang ditunjukkan Aqif kepadanya selama ini. Adakah dia hanyalah badut
yang layak diketawakan sewenang-wenangnya oleh lelaki itu. Jahatnya lelaki yang
bernama Aqif itu.
AQIF yang duduk di hadapan cermin
tersenyum sendirian. Dia berasa cukup geli hati dengan junior yang tidak pernah
diketahui nama sebenarnya tetapi dia hanya mengelarnya sebagai Cik Nyet.
Hatinya cukup suka apabila dapat mempermainkan gadis yang kelihatan moden
tetapi sebenarnya naif itu.
“ Hoi..teringatkan Cik Nyet ke?” Jerit
Wahid yang perasan dengan senyuman Aqif itu.
Senyuman Aqif mati secara tiba-tiba. Dia
pandang kepada Wahid yang sedang bersiap untuk ke padang.
“ Apa salahnya kalau aku teringatkan
dia. Dia tu cun juga,” usik Aqif yang tidak pernah kering dengan idea nakalnya.
Wahid mencebirkan bibirnya. Manakala Kamarul
yang berada di hadapan pintu yang kebetulan sedang menunggu Wahid hanya
tersenyum lebar.
“ Kalau macam tu apa lagi tackle lah dia!” Kata Kamarul.
Aqif tersenyum. Dia hanya sekadar
suka-suka. Dia masih belum bercadang untuk menjalinkan hubungan serius dengan
mana-mana wanita.
“ Tunggulah dulu. Aku dah beri tugasan
kepada junior lelaki untuk mendapatkan nombor telefon Cik Nyet.”Beritahu Aqif
bangga sekali.
“ Tak sangka aku kau begitu serius. Aku
ingat kau hanya sengaja mahu mempermainkan dia.” Kata Wahid.
“ Aku suka sakat dia. Nampak cute je budak tu apabila marah.” Terang
Aqif.
“ Cute
cute juga. Tapi bodoh pun ada gak. Ada ke patut dia pergi selongkarnya tong
sampah. Iskhhh….hanya orang gila je yang sanggup buat begitu.”Kata Wahid.
Kamarul mula ternganga mendengar cerita
itu.
“ Iya? Aku tak tahu pun. Kenapa Cik Nyet
selongkar tong sampah? Kau bagi tugasan apa kat dia?”
Aqif ketawa. Kelakar benar apabila
mengenangkan peristiwa itu.
“ Aku tipu dia kononnya jam tangan aku
hilang dan jam tangan itu mempunyai sentimental
value. Dia pula gelabahlah sebabnya dia ingatkan dia yang terbuang dalam
tong sampah.”
“ Sampai macam tu sekali dia sanggup
buat. Baiknya cik Nyet. Aku tak sangka cik Nyet sebaik itu. Susah nak dapat
wanita sebegitu di zaman begini.”
Hati Aqif bergetar hebat apabila
mendengarkan bicara dari Kamarul itu. Ada perasaan indah yang singgah sebentar
di dalam kamar hatinya namun segera dinyah pergi.
No comments:
Post a Comment