Hari pertama
persekolahan di tahun baru ini membangkitkan kecerian di setiap wajah pelajar
tingkatan 2 Baiduri. Al maklumlah sudah hampir sebulan mereka bercuti semester.
Mereka sudah merindui dunia persekolahan yang cukup menyerokkan. Apatah lagi
apabila dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan yang sudah lama di rindui.
Suasana riuh
rendah mula menjadi senyap sunyi apabila seorang guru muda masuk ke dalam
kelas. Guru muda yang memakai cermin mata itu tersenyum kepada semua pelajar
tingkatan 2 Baiduri.
“ Nama cikgu,
cikgu Farhana. Cikgu akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu juga
adalah guru kelas kamu pada tahun ini,” kata Cikgu Farhana cukup tegas sekali
kepada anak-anak muridnya.
Semua pelajar
tingkatan 2 Baiduri hanya mendengar. Mereka sudah di didik supaya tidak membuat
bising ketika pembelajaran sedang dijalankan. Sikap menghormati guru sudah di
semai sejak mereka di sekolah rendah lagi.
“ Baiklah,
sekarang saya akan melantik ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kalau sesiapa
ada cadangan boleh kemukan sekarang,” cikgu Farhana yang kecil molek itu mula
menjalankan tugasnya sebagai guru kelas 2 Baiduri. Lantikan ketua kelas dan
penolong ketua kelas adalah bertujuan untuk membantunya mentadbir kelas dengan
lebih efisyen lagi.
“ Saya cadangkan
Mariam Qistina menjadi ketua kelas,” kata Firdaus yang duduk di sudut belakang
kelas. Susun atur kelas telah ditentukan oleh pihak pentadbir di mana dua
barisan sebelah kanan kelas adalah dikhususkan untuk murid lelaki dan dua
barisan seterusnya adalah untuk murid perempuan.
“ Boleh cikgu
tahu siapa yang menyokong?” Tanya cikgu Farhana yang tidak pernah kering dengan
senyumannya.
“ Saya cikgu,”
kata Dora sambil mengangkat tangannya.
Dora adalah
teman paling rapat kepada Mariam Qistina. Dora berasa sangat gembira kerana
tahun ini dia ditempatkan di dalam kelas yang sama dengan Mariam Qistina. Tidak
seperti tahun lepas disebabkan keputusan UPSRnya yang tidak berapa cemerlang
dia ditempatkan di kelas Delima yang merupakan kelas ketiga terpandai manakala
Mariam Qistina di kelas Baiduri iaitu kelas pertama terpandai.
Mariam Qistina
hanya tersenyum apabila namanya di calonkan sebagai ketua kelas mereka.
Sememangnya dia sudah memegang jawatan ini sejak dari tahun lepas lagi. Dia
cukup terharu dengan kepercayaan yang disandarkan oleh kawan-kawannya
kepadanya. Dia berjanji di dalam hatinya untuk melakukan tugas yang telah di
amanahkan oleh kawan-kawannya dengan sebaik mungkin.
“ Bagus. Calon
pertama kita adalah Mariam Qistina. Ada lagi tak cadangan?”
“ Saya cadangkan
Sarah Nur Aisyah,” kata Zana yang merupakan teman baik kepada Sarah.
Sarah terus
memandang kepada Mariam Qistina setelah namanya di calonkan. Dia begitu sakit
hati apabila nama Mariam Qistina tercalon terlebih dahulu daripadanya. Apatah
lagi yang mencalonkan nama musuhnya itu datangnya dari Firdaus, lelaki pujaan
hatinya.
Kali ini dia
ingin mengalahkan Mariam Qistina. Acap kali Mariam Qistina menjadi saingannya
dan sering kali dia di kalahkan. Dia tidak dapat menerima kekalahan itu. Apa
lebihnya Mariam Qistina daripadanya?
“ Calon kedua
Sarah Nur Aisyah. Ada sokongan?”
“ Saya,” kata
Ajmal sekutu kuat Sarah.
Sarah tersenyum
bangga. Dia mempunyai ramai pengaruh yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
Namanya juga lebih popular daripada Mariam Qistina yang dirasakan tidak layak
untuk memegang jawatan tersebut.
Cikgu Farhana
membuka lagi peluang untuk menamakan calon yang dirasakan sesuai untuk memegang
jawatan sebagai ketua kelas namun Firdaus mencadangkan supaya cadangan tersebut
di tutup. Menurut Firdaus lagi hanya dua orang sahaja calon yang betul-betul
sesuai untuk memegang jawatan tersebut iaitu Mariam Qistina dan Sarah Nur
Aisyah. Firdaus juga mencadangkan supaya calon yang kalah secara automatiknya
akan memegang jawatan penolong ketua kelas. Cadangan Firdaus itu di sokong oleh
suara majoroti Tingkatan 2 Baiduri.
“ Baiklah. Di
sini ada dua calon yang betul-betul berkelayakan untuk jawatan ketua kelas
iaitu Mariam Qistina dan Sarah Nur Aisyah. Jadi cikgu minta kedua-dua calon
boleh datang ke depan dan memperkenalkan diri masing-masing,” kata cikgu
Farhana.
Seisi kelas
menepuk tangan apabila kedua-dua calon bangun dari tempat duduk masing-masing
sambil menyorak nama calon yang di sokong mereka.
“
Assalamualaikum. Nama saya Mariam Qistina. Kalau anda rasa saya layak untuk
memegang jawatan sebagai ketua kelas, pilihlah saya dan saya akan menjalankan
tugas yang telah di amanahkan dengan baik dan penuh berdedikasi,” kata Mariam
Qistina cukup yakin sekali.
“ Saya Sarah Nur
Aisyah. Saya rasa anda yang lebih tahu siapa yang layak antara kami berdua.
Pilihlah saya jika anda mahu seorang pemimpin yang penuh berdedikasi. Pilihlah
saya jika anda mahu saya berbakti untuk anda semua. Terima kasih,” ujar Sarah
dengan rasa bongkak sekali.
Sarah menjeling
kepada Mariam Qistina yang berada di sisinya.
Dia begitu sakit hati melihat pesaingnya itu. Kenapa acap kali Mariam
Qistina yang menjadi pesaingnya? Adakah mereka sememangnya di takdirkan untuk
bersaing?
Sarah
sememangnya iri hati kepada Mariam Qistina yang sering mendapat pujian itu.
Tidak kiralah sesiapa yang menemui Mariam Qistina akan memuji kesantunan Mariam
Qistina sedangkan dia tidak pernah mendapat pujian walaupun daripada kedua ibu
bapanya.
“ Kamu sudah
mendengar ucapan calon ketua kelas kamu. Sekarang cikgu minta kedua-dua calon
keluar daripada kelas ini kerana proses undian akan dijalankan sebentar lagi,”
kata cikgu Farhana.
Kemudian
kedua-dua calon tersebut keluar daripada kelas untuk memberi laluan kepada
proses pengundian. Seorang pelajar di lantik untuk mengira undi dan seorang
pelajar lagi di tugaskan untuk mencatatkan kiraan undi di papan putih.
“ Kita akan
mulakan pengundian sekarang. Setiap seorang hanya boleh mengundi sekali sahaja.
Kita mulakan dengan calon Sarah Nur Aisyah. Sila angkat tangan siapa yang
menyokongnya.”
Kelihatan
seorang pelajar perempuan yang dilantik oleh Cikgu Farhana untuk mengira undi
mula menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Kemudiannya jumlah bilangan
undi di catatkan di papan hitam.
“ Seterusnya,
Mariam Qistina. Siapa yang menyokong Mariam Qistina sebagai ketua kelas sila
angkat tangan sekarang.”
Pelajar-pelajar
2 Baiduri yang menyokong Mariam Qistina segera mengangkat tangan. Jumlah
bilangan undi di kira dan dicatatkan di papan hitam.
Cikgu Farhana
melihat ke papan hitam sejenak untuk melihat keputusan pilihan raya yang telah
di buat sebentar tadi. Cikgu Farhana kemudiannya tersenyum sebelum mengarahkan
pelajar memadam keputusan undian tersebut.
“ Baiklah.
Panggil kedua-dua calon masuk ke dalam kelas,” kata cikgu Farhana lagi.
Pelajar-pelajar
kelas 2 Baiduri bersorak dan bertepuk tangan apabila kedua-dua calon masuk ke
dalam kelas. Dada kedua-dua calon berdebar hebat menantikan pengumuman yang
bakal di buat oleh cikgu Farhana. Bagi Mariam Qistina dia tidak kisah jika dia
kalah dalam pencalonan ini kerana baginya kalah atau menang adalah adat
pertandingan. Lagi pun jika dia kalah ini bermakna Sarah lebih layak dan sesuai
untuk memegang jawatan ini. Dia akan menyokong penuh pentadbiran yang akan di
jalankan oleh Sarah kelak.
Berbeza pula
dengan Sarah. Dia menaruh harapan yang tinggi dalam pilihanraya ini. Dia tidak
dapat menerima kekalalahan yang bakal berlaku. Baginya jika dia kalah bermakna
dia sudah menjatuhkan maruahnya di tangan musuhnya. Dia tidak boleh membiarkan
semua perkara itu berlaku padanya. Lagi pun dia sudah mengupah beberapa orang
sekutu kuatnya untuk meraih undi dan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang
mengundinya.
“ Baiklah cikgu
akan mengumumkan ketua kelas kita bagi sesi ini,” kata cikgu Farhana sambil
tersenyum kepada kedua-dua calon yang berada di sebelahnya.
Dada kedua-dua
calon tersebut berdebar hebat.
“ Ketua kelas
kita adalah Mariam Qistina!” Sorak cikgu Farhana.
Kata-katanya itu
di sambut oleh tepukan gemuruh oleh pelajar-pelajar kelas 2 Baiduri. Serentak
dengan itu juga wajah Sarah berubah terus. Namun dia masih cuba menyembuyikan
kelodak hatinya. Dengan terpaksa dia menyalami Mariam Qistina sambil
mengucapkan tahniah. Ah semua itu dilakukan hanya kerana untuk mengaburi mata cikgu
Farhana.
Sesungguhnya dia
amat menantikan saat-saat kejatuhan Mariam Qistina. Dia tidak akan berasa puas
selagi kedudukan dan reputasi Mariam Qistina masih bertahan. Dia akan berasa
puas dan suka hati malah dia akan ketawa berdekah-dekah jika saat itu datang.
Kemudian Cikgu
Farhana menceritakan tentang sejarah penubuhan sekolah mereka yang merupakan
antara sekolah tertua di Malaysia. Seterusnya semua pelajar di minta berdiri
dan menyanyikan lagu sekolah.
Seperti yang
Mariam Qistina sangkakan, tiada aktiviti pembelajaran pada hari pertama
persekolahan. Sebaliknya diganti dengan program orientasi. Objektif program ini adalah untuk membolehkan murid
mengingati nama semua pelajar di dalam kelas mereka. Al maklumlah setiap tahun
kelas para pelajar akan dirombak berdasarkan pencapaian peperiksaan akhir tahun
para pelajar itu sendiri.
Belon yang
berisi air akan dibaling kepada pelajar yang terlupa nama rakan sekelasnya.
Selepas satu jam semua pelajar dapat mengingati semua nama rakan sekelas
mereka. Mariam Qistina terasa begitu seronok sekali dengan aktiviti yang telah
disediakan oleh cikgu Farhana itu. Walaupun begitu dia perasan dengan jelingan
tajam yang sering dihadiahi oleh Sarah setiap kali mata mereka bertembung.
Namun dia langsung tidak memperdulikan jelingan tersebut. Dia berdoa di dalam
hati supaya perkara ini tidak akan terus berpanjangan.
No comments:
Post a Comment