“ Aku rasa undian tadi tak adil la. Kenapa
setiap tahun Qis je yang menang. Entah-entah dia bayar suruh orang undi dia
tak? Maklumlah dia anak orang kaya,” kata Ajmal sambil menjeling kepada Mariam
Qistina sebaik sahaja loceng rehat berbunyi. Mereka sekumpulan memang berbulu
dengan kejayaan Mariam Qistina.
Mariam Qistina
hanya menyepi apabila mendengarkan perlian pedas daripada kawan-kawannya itu.
Sudah acap kali dia di perli oleh kumpulan Sarah membuatkan dia sudah lali. Dia
sentiasa bersabar kerana baginya sabar itu adalah sebahagian daripada iman dan
iman itu ada di dalam syurga Allah. Tidak kalah bagi seseorang yang suka
mengalah terhadap perkara yag tidak mendatang kebaikan kepada semua orang.
“ Iye lah. Kalau
ikut layak memang confirm Sarah yang
menang. Tapi nak buat macamana ada orang main taktik kotor,” Zana pula
menambah.
“ Kalau aku tahu
macam ini tak ingin aku nak bertanding dengan dia!” Ujar Sarah yang sudah masam
mukanya. Sejak dia menerima keputusan tersebut wajahnya sudah tidak boleh
tersenyum lagi.
Dora yang
mendengar bersimpati dengan nasib Mariam Qistina yang asyik dilemparkan perlian
pedas oleh Sarah and the gang. Dia
sedih dan kecewa dengan sikap iri hati Sarah and the gang.
Dora tahu Sarah
dengki dengan kejayaan Mariam Qistina dan sebab itulah dia mula menghasut
rakan-rakan lain supaya membenci Mariam Qistina. Pelbagai tuduhan yang
dilemparkan oleh Sarah kepada Mariam Qistina. Malah pelbagai kata-kata kesat
turut dilemparkan Sarah kepada Mariam Qistina namun satu pun tidak di balas
oleh Mariam Qistina.
Dora tahu Mariam
Qistina adalah seorang yang penyabar. Kalau tidak masakan Mariam Qistina boleh
bertahan dengan perlian pedas rakan-rakannya itu. Disebabkan sikap penyabar
Mariam Qistina itu jugalah dia disukai oleh ramai orang.
“ Kalau korang
tak puas hati korang pergilah mengadu kepada cikgu Farhana. Tak payah nak
memekak kat sini. Buat sakit telinga je,” kata Dora yang sudah tidak tahan
dengan sikap Sarah and the gang.
Bagaimana Mariam Qistina boleh bertahan sedangkan dia sendiri yang mendengar
sudah mula naik angin? Kalau dia di pihak Mariam Qistina sudah lama dikerjakan
mereka semua secukup-cukupnya.
“ Oooo ada orang
baking rupanya. Berapa dia bayar
dekat kau suruh baking dia?” Tanya
Sarah yang sudah terjengil biji matanya. Hatinya bertambah baran apabila Dora
menyebelahi musuh ketatnya.
Mariam Qistina
yang duduk di sebelah Dora memegang lengan Dora. Dia kemudiannya menggeleng
kepada Dora memberi isyarat supaya Dora tidak melayan Sarah and the gang. Dia takut pertengkaran
kecil ini akan bertambah buruk lagi. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai
Sarah yang suka sangat mencari pasal ini. Selagi Sarah tidak menang selagi itulah
Sarah akan terus bergaduh.
“ Aku tak faham
la dengan kau ni Sarah. Yang kau dengki sangat dengan Qis ni apasal? Dia tak
pernah pun ganggu hidup kau! Nak melawan cakap kau pun tak pernah. Kau je yang
selalu cari fasal dengan dia,” ujar Dora lagi. Dia langsung tidak peduli dengan
nasihat Mariam Qistina sebentar tadi. Dia tidak sanggup lagi melihat Mariam
Qistina terus-terusan di buli oleh Sarah.
Sarah mendenggus
kuat apabila mendengarkan bicara yang begitu berbekas di hatinya. Hatinya panas
sekali.
“ Yang kau pula
menyibuk apasal? Ada aku ganggu hidup kau?” Tanya Sarah lantang sekali. Tatkala
itu hanya ada Sarah, Zana, Ajmal, Mariam Qistina dan Dora sahaja di dalam
kelas. Manakala pelajar-pelajar lain sudah berada di kantin untuk menjamu
selera.
“ Hah itulah
yang aku pelik. Orang tak cari fasal tiba-tiba dia pula cari fasal!” Sokong
Ajmal pula.
Zana yang
bercekak pinggang juga mengangguk kepala mengiakan kata-kata Ajmal itu.
Mariam Qistina
memandang Dora dengan perasaan serba salah. Ibunya selalu berpesan supaya
menjauhkan diri daripada Sarah untuk mengelak daripada tercetusnya pergaduhan
antara mereka. Tetapi malangnya Sarah seolah-olah sengaja mahu mencari fasal
dengannya. Itu yang membuatkan dia mula rasa mahu meradang. Namun dia cuba
menahan sabar.
“ Do…kau tak
payah la nak cari fasal dengan diaorang. Buat bodoh je,” kata Mariam Qistina
dengan suara yang cukup perlahan agar tidak di dengari oleh Sarah and the gang yang berada di barisan
belakang kelas manakala mereka pula berada di barisan paling hadapan kelas.
“ Mana boleh
buat bodoh. Diaorang dah melampau. Kalau kau tak berani biar aku yang kerjakan
mereka ini,” balas Dora pula.
“ Hah apasal
bisik-bisik pula tu? Nak mengumpat kitaorang ke?” Tanya Zana yang perasan
dengan gelagat musuh ketatnya itu.
“ Alah si
pengecut tu nak minta tolong kawannya baking
le tu. Alahai pengecut. Harap badan je besar tapi hati kecil!” Kata Sarah
disambut oleh tawa daripada rakan-rakannya yang lain.
Mariam Qistina
yang sakit hati mula menjeling kepada mereka. Mahu sahaja dia membalas setiap
perlian pedas daripada mereka namun dia terus bersabar. Kata mama sabar itu
adalah separuh daripada iman kerana
sebagai seorang manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan begitu jugalah
dengan dirinya dan Sarah. Cara terbaik mengatasinya ialah dengan bersabar serta
tidak membesarkan kelemahan itu.
“ Kau tengok tu
Qis, diaorang boleh cakap kau pengecut, kau boleh cool lagi,” bisik Dora di telinga Mariam Qistina.
Mariam Qistina
hanya tersenyum lalu berkata,
“ Sabar Do. Sabar
itu separuh daripada iman.”
Dora juga turut
tersenyum apabila mendengarkan kata-kata Mariam Qistina. Memang benar Mariam
Qistina lebih matang daripadanya. Walaupun mereka sebaya namun Mariam Qistina
bijak menangani masalah yang sedang dihadapinya. Tidak dinafikan kalau Mariam
Qistina melayan karenah Sarah and the
gang pastinya akan tercetusnya pergaduhan yang lebih teruk lagi.
Sarah yang
melihat senyuman musuh ketatnya mula sakit hati. Dia merasakan mereka berdua
sedang mempersendakan dirinya. Darahnya mula mendidih. Lalu tanpa menunggu
sesaat pun dia terus mendapatkan Mariam Qistina.
“ Hei apasal kau
tersenyum tadi? Kau mengata aku ke?” Marah Sarah yang sudah menolak Mariam
Qistina dengan tangannya.
Mariam Qistina
nyata terkejut dengan tindakan ganas Sarah terhadapnya. Nasib baik ada Dora
yang sempat menyambutnya. Kalau tidak sudah pasti dia sudah tersungkur di
lantai dan akan di ketawakan oleh Sarah and
the gang.
“ Kenapa dengan
kau ni Sarah? Apasal kau tolak dia tanpa sebab?” Tanya Dora yang semakin berang.
Ajmal dan Zana
juga sudah berada di sebelah Sarah. Kononnya ingin membantu mencetuskan lagi
pergaduhan yang lebih besar.
“ Suka hati
akulah. Yang dia ni kenapa nak sakitkan hati aku?” Kata Sarah yang sudah
membuntangkan biji matanya. Melihatkan wajah Mariam Qistina membuatkan hatinya
semakin meradang. Dia tahu Mariam Qistina berlagak baik dihadapan mereka.
Kononnya dialah Cinderella Malaysia. Ah menyampah betul!
“ Bila masa aku
sakitkan hati kau Sarah?” Tanya Mariam Qistina. Kali ini dia tidak boleh
bersabar lagi. Sarah sudah melampau. Dia juga ada maruah dan harga diri yang
perlu dipertahankan.
“ Ooo ada mulut
rupanya! Ingatkan bisu tadi!” Kata Ajmal sambil menjuihkan bibirnya.
“ Kau orang
berdua boleh tak diam? Biar Qis dengan Sarah je yang bercakap. Biar diaorang
berdua luahkan apa yang diaorang tak puas hati antara mereka!” Nasihat Dora
kepada Ajmal dan Zana.
Ajmal dan Zana
pula hanya mencebikkan bibir seolah-olah mempersendakan kata-kata Dora sebentar
tadi.
“ Apa yang kau
tak puas hati dengan aku Sarah?”Akhirnya Mariam Qistina melemparkan apa yang
sedang terbuku di hatinya.
Sarah tersenyum
mengejek dengan persoalan yang dilemparkan oleh Mariam Qistina kepadanya.
Tahukah Mariam Qistina bahawa sebenarnya hatinya cukup tersiksa melihat
kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh Mariam Qistina?
“ Kau tanya aku
apa yang aku tak puas hati? Sepatutnya kau cermin diri kau sendiri apa yang dah
kau buat sampai aku benci sangat dengan kau!” Kata Sarah sambil bercekak
pinggang.
“ Hah betul tu.
Ada otak tu fikir. Patutnya kau suluh diri kau dahulu!” Sokong Zana manakala
Ajmal turut menganggukkan kepalanya.
Mariam Qistina
mencemikkan mulutnya. Dia langsung tidak nampak di mana salahnya sehinggakan
Sarah bertindak sebegini kepadanya. Bukankah Sarah yang suka mencari fasal
dengannya? Sedangkan dia sendiri sudah banyak kali mengalah dengan Sarah.
Kebanyakan pergaduhan yang tercetus antara mereka disebabkan perasaan iri hati
kepada kejayaan dan usahanya selama ini. Sarah hanya tahu mengutuk, memperlekeh
dan mengumpat di atas kejayaan yang diperolehinya.
“ Minta maaflah
kalau aku mencelah. Selama ini aku tak pernah nampak salah Qis. Bukankah selama
ini kau yang selalu mencari fasal dengan Qis sedangkan Qis tak pernah ganggu
pun hidup kau. Jadi aku rasa lebih baik kau yang cerminkan diri kau bukannya
Qis,” kata Dora.
“ Kurang ajar!”
Marah Sarah.
Dengan tidak di
sangka-sangka Sarah terus menerpa ke arah Mariam Qistina lalu terus menarik
rambut Mariam Qistina. Mariam Qistina yang nyata terkejut terus menjerit dan
cuba menyelamatkan diri. Dia mengerang kesakitan apabila anak-anak rambutnya
terikut-ikut rentak rentapan Sarah sedangkan
rambutnya itu tetap melekat kukuh di kulit kepalanya. Manakala Dora pula
turut dibelasah oleh Zana dan Ajmal.
No comments:
Post a Comment