“ Aku suruh bunuh dia! Kenapa susah
sangat hah??” Marah seorang wanita yang cukup bergaya walaupun usianya sudah
masuk empat puluhan.
“ Yang kau suruh bunuh ini adalah
manusia bukannya katak! Sabarlah sikit. Kita kena rancang betul-betul sebelum
kita tamatkan riwayatnya,” kata seorang lelaki yang di panggil Richard.
“ Rancang. Rancang! Rancang! Itu je
alasan kau! Sampai sekarang orang tua tu masih lagi bernyawa!”
“ Kau sabar boleh tak? Aku tak nak
disebabkan sikap kita yang tiada perancangan ini kita berdua akan di gantung
sampai mati. Lebih baik kita cari seseorang yang akan dijadikan kambing hitam!”
Buntang biji mata wanita tersebut. Dia
tidak sabar mahu mengetahui perancangan seterusnya. Tidak sia-sia dia
bekerjasama dengan Richard selama ini.
“ Kambing hitam? Siapa?”
Richard tersenyum lebar sambil
mengangkat keningnya.
“ Kita lihat siapa yang kena!” Kata
Richard yang sudah besar ketawanya.
“
HAI Cik Nyet!!” Tegur seorang mahasiswi yang tidak dikenali Qisha.
Sejak peristiwa malam itu, Qisha semakin
glomour. Namanya meletup di seluruh pelosok UKM. Keglamourannya mengalahkan
glomour Mawi sebaik sahaja lelaki itu menjadi juara akademi fantasia. Semua
orang mengenalinya. Tidak kiralah sama ada senior ataupun junior.
“ Nama aku bukan Cik Nyet la! Nama aku
Qisha. Q-I-S-H-A. Qisha!” Kata Qisha sambil mengeja namanya satu per satu.
Dia berasa geram, marah dan benci.
Suka-suka hati je lelaki itu menukar namanya. Penat-penat mak bapanya
memberikan nama yang baik, indah lagi bermakna untuk dirinya tetapi disebabkan
angkara lelaki itu nama itu tidak berguna lagi.
“ Ini semua angkara lelaki itu!” Marah
Qisha.
Sudahlah dia panas dengan bahang
matahari. Kini dia dihangatkan lagi dengan teguran mahasiswi yang sememangnya
sengaja mencari fasal dengannya. Ketika itu semua mahasiswa dan mahasiswi beratur
sambil berjalan berkumpulan dari Kolej Keris Mas ke Dewan Canselor Tun Abdul
Razak untuk aktiviti orientasi bersama pihak universiti.
“ Sabarlah Qisha. Aku dengar nama dia
Aqif.” Kata Anisah.
Qisha pandang kepada Anisah. Wajahnya
berkerut seribu.
“ Bukan nama yang panjang berjela tu
sampai tergeliat lidah aku menyebutnya.” Tanya Qisha semakin geram.
“ Tak. Semua nama diorang malam tu
adalah rekaan semata-mata.”
Qisha menyumpah di dalam hati. Buat
penat je dia menghafal. Malah dia rasakan dipermainkan oleh fasilator sedangkan
masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk tidur dihabiskan untuk pembohongan
yang sia-sia.
“ Diaorang ni memang dah melampau.
Sengaja nak mempermainkan kita.”
“ Itulah yang dinamakan orientasi Qisha.
Inilah satu-satunya peluang untuk mereka kenakan kita habis-habisan. Kononnya
nak balas dendam sebab mereka dulu pun pernah kena seperti mana yang kita kena
sekarang ni.”
Qisha mendenggus. Alasan yang tidak
munasabah langsung. Peluhnya sudah menitik satu per satu. Dia mula penat dengan
perjalanan yang agak jauh. Mereka tidak dibenarkan menggunakan kenderaan
sepanjang minggu orientasi ini. Sakitnya hati apabila mendengarkan jeritan para fasilitator yang memaki mereka kerana
kelembapan mereka berjalan sedangkan para fasilitator pula sedang
bersenang-lenang menaiki motorsikal.
“ Itu namanya tak adil. Patutnya
diaorang balas dendam kepada senior diaorang. Kenapa nak balas dendam kepada
kita yang tak bersalah pula?”Bangkang Qisha dengan muka yang merah menyala.
“ Hei Cik Nyet! Kau berjalan ke kau buat
catwalk kat situ? Cepat sikit! Terhegeh-hegeh.” Marah seorang fasilitator yang
sedang memperlahankan motornya di sebelah mereka.
Qisha mendenggus lemah. Namun tidak
sesekali dia berani melawan kata-kata fasilitator itu. Dia tidak mahu di cop
sebagai junior kurang ajar. Apatah lagi orientasi ini hanyalah sekadar untuk
menguji kesabaran mereka.
Qisha dan Anisah mempercepatkan langkah
mereka. Mereka tidak mahu mendengar makian daripada fasilitator buat kali kedua.
Bingit telinga mereka ini sedangkan kesabaran mereka bagaikan sudah menipis di
tengah terik matahari ini.
“ Tak perlah Qisha, sabarlah. Lagi pun hanya
seminggu sahaja minggu orientasi ini.”
Qisha mengeluh lemah. Hanya Anisah
sahaja yang tidak memanggilnya dengan nama panggilan Cik Nyet. Dia tahu Anisah
faham dengan perasaannya yang sangat bencikan nama tersebut.
“ Satu minggu rasanya bagaikan setahun
bagi aku. Di tambah lagi dengan nama glamour aku yang direka oleh si beruk tu!
Geram betul aku!” Rungut Qisha yang suka-suka hatinya pula memberikan nama
gelaran baru kepada Aqif.
Anisah tersenyum lebar. Ini barulah
dikatakan perlawanan yang adil kalau Aqif juga mendapat nama gelaran tersebut.
Alangkah bagusnya kalau seisi kolej turut memanggil Aqif dengan nama tersebut.
“ Dengar khabarnya perangai dia memang
macam tu. Dia memang suka sakat orang.” Terang Anisah pula.
Qisha pandang Anisah sambil menjuihkan
bibirnya. Kalau boleh dia tidak mahu tahu apa-apa pun tentang lelaki itu.
Biarlah pertemuan mereka semalam adalah pertemuan pertama dan terakhir buat
mereka berdua. Dia mahu melupakan peristiwa yang cukup mengaibkan dirinya itu.
“ Patutlah perangai dia macam pelesit!”
“ Tapi dengar katanya hatinya baik.”
Anisah memberi informasi yang baru
didapatinya daripada beberapa orang teman yang mempunyai hubungan yang baik
dengan fasilitator.
Qisha pandang wajah Anisah bagaikan
tidak percaya. Beria benar sahabatnya itu membela Aqif. Adakah mereka berdua
mempunyai hubungan yang istimewa tanpa pengetahuannya atau Anisah sudah jatuh
hati dengan Aqif.
Tiba-tiba Qisha berasa mahu termuntah
dengan tanggapannya sendiri. Ada ke wanita yang mahu jatuh hati dengan lelaki
yang berperangai seperti pelesit itu?
“ Mana kau tahu semua itu?”
“ Aku dengar cerita-cerita orang je.”
“ Ooo..aku ingat kau pergi interview dia. Mana tahu kau dah jatuh
hati. Beria-ia puji dia.” Perli Qisha pula.
Anisah ketawa kecil.
“ Aku hanya berikan informasi kepada
kau. Mana tahu ianya berguna untuk kau nanti. Oh ya dia juga best student dalam fakulti Kejuruteraan.”
Beritahu Anisah.
“ Fakulti Kejuruteraan? Alamak ingatkan
dah tak mengadap mukanya lepas orientasi ini rupa-rupanya tak! Aduh!”
Qisha rasakan bagaikan mahu pengsan
mendengarkan cerita Anisah itu. Dia dapat bayangkan kehidupan yang bakal
dilaluinya kelak. Pastinya hidupnya ini akan dibayangi oleh Aqif setiap masa.
Malah rasanya nama Cik Nyet itu bakal menjadi nama glamournya di sini sepanjang
tempoh pengajiannya ini.
No comments:
Post a Comment