“ Esok awak ikut saya,” kata Datuk
Hisham.
Datin Melisa yang sedang menonton
televisyen berpaling.
“ Ke mana?”
Datuk Hisham memandang ke arah isterinya
yang sedang merenungnya itu. Dia melemparkan senyuman manis. Perkahwinan yang
mereka bina baru menginjak empat tahun. Setelah kematian isteri, Datuk Hisham
menyunting Melisa yang ketika itu janda beranak satu sebagai isterinya. Dia
bersyukur kerana Melisa seorang isteri yang baik dan tidak pernah membezakan
kasih antara anak tirinya dengan anaknya sendiri.
“ Ke press
conference,” jawab Datuk Hisham tersenyum lebar.
Berkerut kening Datin Melisa. Namun
begitu dia dapat meneka sesuatu.
“ Awak menderma lagi ke?” Tanya Datin
Melisa.
Datuk Hisham mengangguk menyebabkan
Datin Melisa mengeluh lemah dengannya.
“ Kali ini saya minta nama saya jadi headline newspaper. Dermawan yang
berhati mulia. Bagaimana sedap tak headlinenya?
Kalau dah gloumour macam ni senanglah saya buat business. Orang lebih mudah
percaya kepada saya.” Beritahu Datuk Hisham yang tersenyum lebar tanpa ada
perasaan malu pada Allah SWT kerana memberi beliau rezeki yang melimpah ruah. Datuk
Hisham lupa bahawa segala yang ada di dunia ini adalah pinjaman sementara oleh
Allah tuhan sekelian alam.
Sudah pasti kali ini makin meningkat
naik namanya setelah terkeluarnya berita tentangnya kelak. Mungkin juga
pelbagai lagi anugerah yang bakal di terimanya setelah namanya meningkat naik. Dalam
diam Datuk Hisham memasang angan.
“ Awak ni menderma untuk mendapat nama
ke atau pahala?” Tanya Datin Melisa yang merasakan niat asal suaminya itu sudah
menyimpang jauh daripada landasan agama.
“ Dua-dua sekali. Apa salahnya kalau
saya membantu orang susah di masa yang sama saya mendapat nama. Bak kata
pepatah sambil menyelam minum air,” kata Datuk Hisham tanpa ada riak
bersalah.
Datin Melisa mencebir.
“ Itu maknanya tak ikhlas, Datuk Hisham
oii..”
“ Alah…awak mana tahu skill orang
berniaga ni. Kalau saya dapat nama awak juga yang tumpang sekaki,” kata Datuk
Hisham yang tetap bertegas dengan pendiriannya.
Datin Melisa hanya menggeleng lemah. Dia
faham benar dengan sikap Datuk Hisham yang selalu merasakan setiap tindakan
yang di ambilnya itu adalah betul.
“KERJAYA jurutera penting dan besar kepada
kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk
projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa
dan kilang? ” Kata Profesor Ridhuan iaitu seorang professor muda yang amat
berketrampilan dalam akademik, sahsiah dan penampilan. Beliau juga merupakan ketua
jabatan Kejuruteraan Awam dan stuktur. Nama professor muda ini juga selalu
terpampang dalam kolum khas di akhbar Sinar Harian yang banyak berkisar tentang
analisis stuktur dan rekabentuk bahan kejutureraan.
Kesemua
pelajar kejuteraan awam dan stuktur begitu tekun mendengar penerangan yang
diberikan oleh Professor Ridhuan. Hari ini adalah hari pertama mereka memulakan
sesi perkuliahan mereka setelah seminggu menjalankan aktiviti orientasi.
Aktiviti yang cukup meletihkan dan memberi tekanan dari segi mental dan
jasmani.
“Malah
tugas kita sebagai jurutera meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan,
penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta
latihan.”
Qisha
yang duduk di barisan hadapan sekali bersama Anisah mengangguk-angguk
mendengarkan informasi yang cukup berguna yang diberikan oleh Profesor Ridhuan.
“Apa
itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan
sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan
itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan
bahan dan sumber semula jadi.”
“Jurutera
ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan jentera atau
terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik
dan kapal terbang. Kita perlu
menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur,
mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan
dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah
baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang
kreatif.“ Ujar Professor Ridhuan dengan penuh bersemangat.
“Ohh…hebat
juga ye professor Ridhuan ini apabila bersyarah…sungguh berkesan dan menarik
minta setiap mahasiswa yang mendengarnya. Kata-kata dan bait yang keluar dari
mulutnya menggambarkan beliau seorang yang berilmu. Patut la ramai mahasiswa
memperkatakan tentang keseronokan sesi pengkuliahan yag beliau berikan,
kajian-kajian penyelidikan dan penulisan beliau juga hebat-hebat belaka seperti
yang dibaca di dalam Akhbar Sinar Harian minggu lepas yang bertajuk Keajaiban
Al-Quran dalam menyumbang kepada sains dan teknologi ”, fikir Qisha dalam
hatinya setelah mendengar mukadimah kuliah professor Ridhuan.
“
Baiklah, sebelum memulakan sesi perkuliahan kita, saya mahukan nombor telefon
salah seorang daripada kamu yang bertindak sebagai wakil pelajar. Kalau ada
apa-apa maklumat yang perlu saya sampaikan, saya akan menghubungi wakil pelajar
ini.”
Seisi
dewan hanya mendiamkan diri. Masing-masing tidak berani untuk menjadi wakil
pelajar kerana bimbangkan tanggungjawab yang bakal di pikul kelak.
Profesor
Ridhuan yang memahami situasi tersebut mula menggunakan kuasa autoritinya
sebagai seorang penyarah.
“
Senang cerita saya melantik kakak yang ada betul-betul di hadapan saya ini.
Siapa nama?”
Qisha
begitu terkejut sekali apabila dengan tiba-tiba Profesor Ridhuan menunding jari
ke arahnya. Dalam keterpaksaan Qisha tersenyum.
“
Nama saya Qisha,” kata Qisha sopan sekali.
Profesor
Ridhuan mengerutkan dahinya.
“
Apa sha?” Tanya Profesor Ridhuan yang tidak dapat menangkap bicara Qisha itu.
“
Qisha! Q-I-S-H-A.” Kata Qisha sambil mengeja namanya.
“
Oh Qisha. Nama orang zaman sekarang ni pelik-pelik dan susah sangat nak
disebut. Tak macam orang dulu-dulu, nama Aminah, Bedah.” Seloroh Profesor
Ridhuan.
“
Prof, nama glamournya Cik Nyet!”
Seorang
mahasiswa lelaki yang duduk di barisan hadapan berkata membuatkan seisi dewan
gamat dengan tawa mereka. Qisha yang sudah merona merah wajahnya hanya sekadar
menahan geram. Semuanya angkara Aqif!
“
Kenapa pula jadi Cik Nyet?” Tanya Profesor Ridhuan yang memberi tumpuan kepada
Qisha. Dia inginkan penjelasan daripada gadis itu. Sebaliknya seorang mahasiswa
lelaki lain pula yang menjawab.
“
Sebab dia pandai buat gaya monyet! Ooo..ooo..” Kata mahasiswa tersebut sambil
menggayakan aksi yang telah digayakan oleh Qisha di hari orientasi dahulu.
Qisha
mendenggus marah. Di jelingnya kepada Anisah yang sudah tersengih melihatkan
lawak antarabangsa yang dibuat oleh mahasiswa tersebut. Begitu juga dengan
Profesor Ridhuan yang sudah berderai tawanya.
Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman syarikat, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan meraikan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
ReplyDeleteUntuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com
Maklumat Peminjam:
Nama penuh: _______________
Negara: __________________
Seks: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
Tempoh Pinjaman: ____________
Pinjaman destinasi: _____________
Nombor telefon: ________
Ibu maria