Pak Long Sahak
menghadiahkan penampar di pipi kanan Sarah sebaik sahaja dia masuk ke dalam
bilik disiplin sekolah. Langsung dia tidak memperdulikan pada kelibat Cikgu
Zaidah selaku guru disiplin yang turut berada di dalam bilik disiplin tersebut
selain daripada pelajar-pelajar yang terlibat dalam pergaduhan sebentar tadi.
Tan Sri Mohd
Jamil yang datang bersama Pak Long Sahak terus memperkenalkan dirinya
kepada Cikgu Zaidah dan kemudiannya
mendapatkan Mariam Qistina yang duduk bertentangan dengan cikgu Zaidah. Dia
cukup terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada guru disiplin
sekolah anaknya itu. Lagi mengejutkan apabila mendapat berita bahawa anaknya di
pukul oleh anak Sahak.
“ Kau ni tak
habis-habis nak memalukan abah!” Tengking Pak Long Sahak. Wajahnya bagaikan
ular yang mahu membelit tubuh mangsanya. Dia begitu malu dengan kejadian yang
mengaibkan ini. Sudahlah dia bekerja makan gaji dengan adiknya, Mohd Jamil dan
sekarang anaknya pula mahu menunjuk samseng dengan keluarga adiknya itu. Apa
kata adiknya kelak?
Sarah yang
sedang memegang pipinya hanya menunduk. Pucat wajahnya. Dia begitu malu dengan
kawan-kawannya yang sedang menyaksikan peristiwa ini. Malah dia bertambah benci
apabila melihat wajah Mariam Qistina yang memandang penuh simpati itu. Dia tahu
gadis itu sebenarnya sedang mentertawakannya dan wajah simpati itu hanya untuk
mengaburi mata mereka yang sedang memandang.
“ Kecik-kecik
dah pandai nak tunjuk samseng ya! Kau ni tak sedar diri ke hah? Kau tahu tak
anak siapa yang kau pukul tu? Kau tahu tak duit yang abah guna untuk sara kau
dan abang kau bersekolah datang daripada mana? Kalau tak kerana budi Pak Cik
kau ni dah lama kita sekeluarga hidup merempat! Yang kau pula kenapa nak
bermusuh dengan Qis, sepupu kau sendiri? Memang dasar anak tak sedar di
untung!” Sahak melepaskan geram kepada anak perempuannya itu.
“ Ah persetankan
itu semua. Aku tak pernah makan budi dengan diaorang. Buat apa aku nak agungkan
diaorang!” Marah Sarah yang sudah berlawan mata dengan bapanya. Suaranya juga
sama tinggi dengan suara ayahnya. Tangannya di kepalkan kuat-kuat.
Dia cukup benci
apabila ayahnya mengaitkan tentang budi keluarga musuhnya sedangkan selama ini
dia cukup dengki dengan kemewahan yang dimiliki oleh Mariam Qistina. Kenapa dia
tidak dilahirkan dalam limpahan kemewahan seperti Mariam Qistina?
Semua yang
berada di dalam bilik disiplin itu nyata terkejut dengan sikap Sarah itu.
Kawan-kawan Sarah hanya berpandangan sesama sendiri manakala Cikgu Zaidah dan
Dora mengeleng-gelengkan kepala. Tan Sri Mohd Jamil pula sudah bangun untuk
menenangkan keadaan. Masing-masing tidak menyangka Sarah berani bersikap kurang
ajar terhadap bapanya sendiri. Mariam Qistina mula berasa kasihan dengan Pak
Long Sahak. Sampai hati Sarah bersikap begitu kepada bapa kandungnya sendiri.
Tidak terfikirkah Sarah tentang budi dan pengorbanan bapanya yang bersusah
payah membesarkannya selama ini. Mengapa Sarah begitu tega bersikap kurang ajar
begitu kepada satu-satunya insan yang dipanggilnya bapa?
“ Anak kurang
ajar!”
Sekali lagi
Sarah ditampar oleh Pak Long Sahak. Sarah terus memengang pipinya apabila
ditampar. Setitik demi setitik airmatanya mengalir ke pipi. Wajahnya langsung
tiada riak penyesalan. Dia kemudiannya mendongak dan terus bertentang mata
dengan bapanya. Dia langsung tidak merasa takut dengan bapanya itu.
“ Dua kali kau
tampar aku! Disebabkan perempuan tak guna itu kau sanggup tampar aku! Anak kau
sendiri!” Jerkah Sarah. Dia tidak dapat menerima perbuatan Sahak terhadapnya.
Di manakah maruahnya di hadapan teman-temannya? Mengapa Sahak terlalu
menganggung-agungkan keluarga Mariam Qistina?
Mariam Qistina
berpaling ke sisi. Dia sudah tidak sanggup lagi melihat drama yang dipentaskan
oleh Sarah dan bapanya. Drama yang cukup menyayat hati. Drama yang memberi
pengajaran kepadanya supaya menginsafi diri sendiri.
“ Kurang ajar
punya anak!” Kata Pak Long Sahak seraya menganggat tanggannya sekali lagi.
Tercabar egonya apabila anaknya bersikap kurang ajar begitu kepadanya. Di
manakah maruahnya sebagai seorang bapa apabila anaknya terus-terusan melawan
cakapnya? Dia amat malu bila anaknya sendiri berbicara kasar begitu pada dirinya.
“ Sudahlah abang
Sahak. Jangan terlalu berkeras sangat dengan anak,” kata Tan Sri Mohd Jamil
kepada abangnya itu. Dia cukup kesal dengan apa yang sudah terjadi. Siapakah
yang perlu dipersalahkan. Sahak atau Sarah? Dia sendiri bingung memikirkan
drama yang sedang dipentaskan sebentar tadi.
Di dalam hati
dia berdoa supaya kedua-dua beranak ini ditiupkan kesabaran dan rasa
hormat-menghormati supaya mereka dapat menempuhi hari-hari yang mendatang
dengan hilai tawa bersama.
Cikgu Zaidah dan
semua yang ada di dalam bilik disiplin terus membisu. Masing-masing tidak
berani bersuara. Takut akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah pun keruh.
“ Tapi budak ni
harus diajar! Kalau tidak dia makin kurang ajar!”
“ Pergi
mampuslah kamu semua!” Kata Sarah sambil menunjukkan isyarat lucah kepada
bapanya. Kemudian Sarah terus berlalu tanpa memperdulikan bapanya yang masih
terjerit-jerit memanggil namanya.
No comments:
Post a Comment