Monday 18 June 2012

Tanpamu Di sisi Bab 12

Danish sengaja pulang lewat. Ingin menunjukkan kesungguhan dan komitmennya kepada tugasan yang telah emak tanggungjawabkan kepadanya sedangkan  di dalam kepalanya berserabut dengan masalah yang masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Daddy...Daddy...” Alya terkedek-kedek berlari mendapatkannya sesampai sahaja Danish di muka pintu. Wajahnya cukup ceria menyambut kepulangan Danish. Sememangnya anak kecil ini memerlukan kasih dan sayang seorang ayah. Danish sedih bila memikirkan nasib Alya yang amat manja dengannya. Danish amat menyesal sebelum ini kerana dia tidak memberi penumpuan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak kecil ini.
Pantas Danish terus mendukung Alya yang baru berusia tiga tahun. Alya terlentok manja dalam dukungan Danish. Kain kurungnya sudah terangkat ke atas apabila terus merangkul Danish begitu.
” Busuknya Alya,” Danish mengusik Alya apabila dia mencium anak kecil itu.
” Lia lum mandi,” ujarnya masih pelat lagi. Namun tidak sukar bagi Danish untuk memahami butir bicara anak kecil itu.
” Eee patutla busuk. Buat  muka kembung sikit?” Pinta Danish yang pernah mengajar Alya begitu. Sepantas kilat Alya menurut dengan mengembungkan mulutnya. Anak kecil itu nampak begitu comel apabila berbuat begitu.
” Pandainya...” Puji Danish yang sudah semakin lebar senyumannya lantas mencium pipi Alya kiri dan kanan.
” Alya....mama suruh Alya mandi kan tadi. Pergi mandi dengan bibik,” tegur Dahlia yang datang dari dapur sambil menatang dulang berisi minuman. Dia meletakkan dulang minuman itu di atas meja lalu menyalami Danish yang masih mendukung Alya.
Alya yang patuh itu menurut kata. Direnggangkan cengkaman kuat pada leher Danish yang terus mengucup dahinya.
” Pergi mandi,” ujar Dahlia yang sudah mendepangkan tangan untuk mengambil Alya daripada dakapan Danish. Lalu diletakkan Alya ke lantai.
Daddy tunggu lia tau. Lia nak mandi,” ujar Alya yang sudah berdiri.
” Okey, daddy tunggu,” janji Danish yang cukup bahagia melayan karenah anak kecil itu.
Terkedek-kedek Alya berlalu pergi dari situ mencari bibik yang berada di dapur untuk di mandikan. Danish dan Dahlia hanya memerhatikan dengan senyuman riang. Hilang masalah yang mereka hadapi di pejabat apabila melayan karenah anak kesayangan mereka itu.  
” Ila dengar mak mengamuk sakan sebab kita terlepas kontrak lagi kali ini,” Dahlia memulakan bicara.
Danish yang sedang duduk di sofa sambil merehatkan badan hanya mengangguk lemah.
Financial report kita teruk,” luah Danish.
Dalam kegawatan ekonomi ini banyak syarikat menghadapi masalah yang sama. Diterukkan lagi apabila syarikat kewangan mengenakan syarat yang ketat untuk memberi pinjaman menyebabkan mereka kekurangan modal untuk menjana pendapatan syarikat.
’ Pada pendapat Ila, kita perlu membuat pengurusan kredit untuk mengurangkan bebanan kredit syarikat. Mungkin juga kita boleh minta bank menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman kita,” cadang Dahlia.
” Hutang kita berjumlah 1.6 billion. Pembayaran semula pinjaman hanya meringgankan sedikit sahaja bebanan hutang kita. In fact kita masih lagi menanggung hutang yang banyak. Unless  kita jual pengangan saham kita yang memang merugikan. Contohnya pelaburan di India tu. I don’t know why ayah bertungkus-lumus menyelamatkan syarikat di sana sedangkan kita sudah kerugian banyak di sana. Malah operasi di sana sering terganggu disebabkan kacau bilau yang sering berlaku di sana,” Danish cuba memberi pandangan.
” Ayah terlalu yakin yang syarikat di India mampu dipulihkan. Ayah sangkakan syarikat di sini mampu memberi suntikan modal untuk menggerakkan semula syarikat di India. Sedangkan sebenarnya ayah tidak sedar masalah kewangan di India yang sebenarnya telah membuatkan kewangan syarikat keseluruhannya terjejas,” terang Dahlia.
” Abang cubalah terangkan keadaan sebenar kepada ayah. Mungkin ayah akan mendengar kata abang. Mungkin dengan cara itu kita dapat menstukturkan semula hutang kita. Apabila prestasi kewangan kita nampak memberangsangkan Ila cadangkan kita keluarkan terbitan waran untuk menjana modal kita di pasaran ekuiti.”
” Sebenarnya Ila dah lama fikirkan tentang ini. Di tambah lagi sekarang ini papan pertama dan papan kedua telah di gabungkan menjadai pasaran utama. Syarat-syarat untuk syarikat disenaraikan telah dilonggarkan. Penggabungan ini serta kelonggaran dari segi peraturan penyenaraian membolehkan syarikat kita berpeluang untuk mendapat modal tambahan daripada pasaran ekuiti,” panjang lebar Dahlia memberi penerangan.
Pengalaman selama tiga tahun melibatkan diri dalam bidang pernigaan membuatkan Dahlia mampu memberikan pandangan bernas. Dia faham dengan keadaan Danish yang masih lagi dalam proses mempelajari selok-belok perniagaan.
” Bernas juga idea Ila ni. Sepatutnya Ila yang patutnya jadi bos. Abang ni bukannya tau apa pun. Silap-silap haribulan makin teruk lagi adalah,” kata Danish seraya merendah diri bercampur malu dengan Dahlia yang dilihat mampu membuat analisis terperinci tentang keupayaan syarikat.
Dahlia tersenyum lebar. Dia perasan semenjak akhir-akhir ini Danish semakin murung. Tekanan demi tekanan yang membelenggu membuatkan Danish sudah semakin hilang keceriaannya. Pusat fikirannya terus menerjah pada sikap Danish yang nampak berubah benar semenjak dia pulang dari Kedah dulu. Jarang benar Danish bermalam di rumah. Kalau pulang disuakan wajah yang murung itu kepada seisi rumah. Perangai Danish ini memeningkan mereka seisi rumah. Mahu di marah rasanya tidak sampai hati melihatkan kemurungan wajah Danish itu. Akhirnya hatinya terus di rundug rawan yang tidak ketentuan.
” Mana boleh, abang kan ketua keluarga,” ujar Dahlia. Sebenarnya Dahlia mahu mengingatkan Danish tentang tanggujawab dan peranan Danish sebagai ketua keluarga.
Danish hanya tersengih apabila di usik begitu. Langsung tidak dapat menangkap maksud tersirat di sebalik kata-kata Dahlia itu. Putaran fikiran terus kepada Zukhrina Syamimi yang hampir seminggu di tinggalkannya tanpa sebarang pesan. Bagaimanakah keadaan isterinya itu saat ini? Bukannya disebabkan sayang tapi kerana Zukhrina Syamimi kini di bawah tanggungjawabnya.

No comments:

Post a Comment