“
Aqif…Aqif…tu Cik Nyet!” Kata Kamarul sambil menunding jarinya ke arah Qisha
yang sedang duduk bersembang di hadapan foyer Fakulti Kejuruteraan.
Aqif
dan Wahid segera mengalih pandang ke arah yang dimaksudkan Kamarul itu. Mereka
sama-sama tersenyum sambil mengangkat kening masing-masing. Kemunculan Qisha
itu telah mengembirakan hati mereka. Terubat kebosanan mereka yang sebenarnya
sudah letih dengan perkuliahan sepanjang hari ini.
“
Jom kacau!” Kata Aqif yang gemar mencari fasal.
Huluran
maafnya di bilik Encik Arshad suatu masa dahulu hanyalah sekadar untuk
melepaskan dirinya dari hukuman. Keinsafan masih belum timbul dalam dirinya
apatah lagi perbuatan menyakat orang sudah sebati dalam dirinya.
Wahid
dan Kamarul yang sememangnya sebulu dengan perangai Aqif terus mengikut langkah
Aqif yang sedang menuju ke arah Qisha.
“
Hai Cik Nyet. ” Tegur Aqif yang tersenyum sambil menampakkan barisan giginya
yang putih berseri.
Qisha
yang begitu terkejut dengan kehadiran Aqif di situ menghadiahkan jelingan
tajam. Dia bencikan nama Cik Nyet yang diberikan oleh Aqif itu. Disebabkan nama
itu juga dia sudah menjadi bahan ketawa teman-temannya yang lain.
“
Wah..dia menjeling manja!” Kata Aqif kepada teman-temannya.
Kata-katanya
itu disambut dengan hilaian tawa daripada mulut Wahid dan Kamarul.
“
Jom geng nyanyi lagu jeling-jeling paku.”
Bagaikan
lembu di cucuk hidung mereka terus menyanyikan lagu itu. Qisha semakin
menyampah. Macamlah tiada lagu lain yang boleh di dendangkan oleh Aqif and the
gang. Sikap Aqif dan konco-konconya itu langsung tidak mengambarkan
keintelektualan yang dimiliki mereka tatkala ini.
“
Mereka ini sudah melampau!” Kata Anisah perlahan kepada Qisha.
“
Jangan di layan,” jawab Qisha dengan wajah selamba. Sedikit pun dia tidak
memandang kepada Aqif dan konco-konconya yang sedang menyanyi bagaikan sarkas.
“
Boleh tumpang duduk?” Tanya Aqif setelah nyanyian mereka selesai. Aqif sudah
tersengih lebar.
Qisha
memanggungkan kepalanya. Kali ini matanya dan mata Aqif bertentang. Dia lihat
sengihan Aqif semakin lebar sebaliknya Qisha terus membuat muka serius.
“
Duduklah. Lagi pun tempat ini bukannya hak persendirian aku!” Kata Qisha.
Aqif
tersengih lagi sambil mengangkat keningnya kepada teman-temannya. Di dalam hati
dia mendongkol dengan sikap bodoh sombong Qisha itu.
“Siap
kau nanti Cik Nyet!” Kata Aqif di dalam hati sambil melabuhkan punggungnya di
sebelah Qisha. Sengihannya semakin lebar.
“
Aqif, ingat tumpang duduk je jangan sampai tumpang hati pula!” Kata Wahid.
Aqif
dan konco-konconya ketawa lagi. Peliknya tawa mereka itu bagaikan mengejek
Qisha membuatkan hatinya terbakar hangus.
“
Apa salahnya kalau tumpang hati juga,” balas Aqif sambil merenung wajah Qisha
lama. Sengaja mahu mengganggu ketenteraman gadis di sebelahnya.
Anisah
dan Qisha hanya mencebirkan bibir. Meluat benar dengan sikap buruk Aqif dan
konco-konconya.
“
Cik Nyet marah ke?” Tanya mereka serentak.
Qisha
hanya menyepi. Tidak mahu melayan sikap tidak matang mereka itu.
“
Boo layan la…” kata Aqif yang sudah kembali kepada konco-konconya apabila tidak
mendapat respon daripada Qisha.
“
Jom lepak tempat lain,” cadang Anisah kepada Qisha.
Ketika
itu Aqif dan konco-konconya sedang mengacau pelajar junior yang lain. Sememangnya
mereka tidak boleh melihat sesiapa sahaja hidup dengan aman.
“
Buat apa?” Tanya Qisha kembali.
“
Aku menyampah tengok mereka.”
“
Sabarlah. Pandailah aku ajar mereka,” kata Qisha yakin sekali.
Beredar
dari sini bererti dia sudah kalah di tangan Aqif dan konco-konconya. Dia tidak
mahu tewas dengan mereka.
“
Cik Nyet. Nah ambil air coke ini. Kali ini aku belanja kau minum.”
Tiba-tiba
Aqif datang ke tempat mereka dengan meletakkan setin air coke di hadapan Qisha.
Qisha pandang kepada setin air berkarbonat itu dengan perasaan pelik. Tidak
pernah Aqif bersikap begini kepadanya. Kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu
berkelakuan baik kepadanya?
Qisha
pandang kepada Anisah dengan seribu kerutan di dahi. Anisah pula hanya
menjungkitkan bahu tanda tidak mengerti. Ah pastinya ada ‘sesuatu’! desis hati
Qisha lagi.
“
Maaflah aku tak minum air coke,” kata Qisha dengan senyuman paksa. Dia tidak
mahu terus terperangkap dengan permainan Aqif.
Aqif
juga tersenyum. Dia mula rasa tercabar dengan penolakan Qisha itu. Siap kau
selepas ini!
“
Oh tak minum ya. Tak pe biar aku tolong bukakan.”
Tanpa
memperdulikan bicara Qisha itu, Aqif terus mengoncang air tin tersebut sekuat
hati. Kemudian di talanya air tin itu ke muka Qisha lalu di tariknya pembuka
tin itu sekuat hati. Serentak itu juga air gas itu memancut keluar. Pancutan
yang kuat itu menyebabkan ia terkena tepat ke muka Qisha.
“
Oh maafkan aku Cik Nyet!! Maaf…ha ha..” Kata Aqif apabila memerhatikan Qisha yang
bagaikan terkejut beruk apabila terkena pancutan air dari dalam tin tersebut.
Walaupun bibirnya mengucapkan ucapan maaf tetapi tangannya yang sedang memegang
air tin itu masih di talakan ke arah Qisha. Sengaja mahu membiarkan air tin
tersebut membahasahi muka Qisha lagi. Hatinya cukup puas apabila melihatkan
wajah Qisha yang sudah basah dengan pancutan air coke itu.
“
Setan!!!” Jerit Qisha sekuat hati.
Aqif
dan konco-konconya ketawa besar. Malah ketawa mereka di kongsi oleh segenap
mahasiswa yang turut menyaksikan adegan tersebut. Semuanya bagaikan terhibur
dengan kelakuan kurang ajar Aqif terhadap Qisha itu.
Qisha
rasa dirinya dipermainkan. Sampai hati Aqif sanggup memperlakukannya sebegini.
Malah Aqif sudah pandai menjatuhkan maruahnya di hadapan mahasiswa lain.
“
Setan!!!” Ajuk Aqif dan konco-konconya.
Qisha
semakin bengang. Hatinya terbakar hangus. Dendamnya semakin membara. Aqif
memang kurang ajar! Dan Aqif memang patut di ajar!
No comments:
Post a Comment