Tuesday 19 June 2012

Sisa Cinta Kita Bab 3


Pelajar-pelajar baru di tempatkan mengikut kolej masing-masing di dalam dewan Censolor Tun Abd Razak. Setiap kolej mempunyai trademark dan identiti masing-masing yang di ajar oleh fasilitator mereka. Ada yang menonjolkan identiti mereka dengan cara tepuk sorak dan ada juga dengan nyanyian kolej masing-masing. Apa yang menarik apabila melihat pelajar lelaki dari Kolej Rahim Kajai yang dibotakkan kepala semata-mata hanya menunjukkan identiti mereka.
Bagi Qisha, rambut adalah identiti seseorang. Gaya rambut yang di tampilkan oleh seseorang melambangkan siapa diri seseorang itu. Kalau punk sesorang itu akan menampilkan rambut punk. Kalau goth seseorang itu akan menampilkan rambut gothic dan kalau seseorang itu ada gaya ala-ala jambu maka dia akan buat rambut belah tengah.
Tindakan membotakkan kepala semua pelajar baru Kolej Rahim Kajai adalah satu tindakan yang melampau semata-mata mahu menonjolkan identiti kolej tersebut. Kasihan kepada mereka yang menganggap rambut adalah segala-galanya. Tidak fasal-fasal hanya kerana hari orientasi ini mereka terpaksa mengorbankan imej mereka.
Di dalam dewan ini semua pelajar baru di minta untuk menyanyikan lagu Varsity kita, Ilmu, mutu dan budi dan seterusnya bacaan ikrar. Kemudian mereka diperkenalkan dengan Naib Cancelor Universiti dan seterusnya mereka mendengar ucapan dan kata-kata nasihat daripada Naib Canselor.
Hampir dua jam mereka berada di dalam dewan dan akhirnya mereka dibenarkan pulang ke kolej masing-masing untuk makan tengahari dan berehat sebelum menjalankan aktiviti seterusnya pada pukul dua petang.
Seperti mana mereka datang seperti itu jugalah mereka pulang iaitu dengan berjalan kaki di tengah terik matahari pukul dua belas tengahari. Tetapi kali ini mereka di tahan di dataran pavilion. Mereka sendiri tidak faham kenapa mereka di tahan di situ. Sudahlah tengah terik matahari mereka terpaksa berdiri di tengah-tengah dataran itu manakala para fasilitator berlindung di bawah bumbung pavilion. Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“ Bodoh!!! Siapa suruh kamu semua nyanyi slow sangat!!! Lembik macam pondan!” Tengking Aqif.
Qisha yang mendengar hanya mencebirkan bibir. Hanya kerana perkara remeh sebegitu mereka di tahan di bawah terik matahari begini. Adilkah?
 “ Korang tahu tak kitaorang dah malu besar sebab suara korang yang lembik tu! Mana kami nak letak muka hah?” Jerit Kamarul pula.
“ Ah setakat muka korang tu dah cukup tebal tak payah nak malu lagi! Ni kitaorang ni panas tahu tak!! Kepala aku dah macam mahu mendidih ni ada korang kisah?”
Mahu sahaja Qisha menjerit dan memekik kepada para fasilitator yang berada di bawah bumbung pavilion yang duduk sambil berkipas. Amboi sedapnya mereka!
“ Mana kami nak letak muka hah? Jawab sekarang! Jawab!” Jerit Juwita, salah seorang fasilitator perempuan yang mempunyai mulut yang cukup berbisa. Kata-katanya tidak pernah lembut. Suaranya pula bagai tertelan mikrofon. Asyik menjerit sepanjang masa.
Namun tiada seorang pun yang berani bersuara. Semuanya hanya berdiri sambil tertunduk memandang tar. Mungkin semuanya seperti Qisha yang hanya berani berlawan di dalam hati.
“ Apa yang kita nak buat dengan monyet-monyet ini?” Tanya Juwita kepada rakan-rakannya.
Sesesdap hati sahaja si Juwita itu memanggil mereka monyet. Mahu sahaja di cilikan mulut Juwita yang sememangnya dah berbisa itu.
“ Apa lagi, kita jemurlah mereka di sini,” cadang Wahid.
“ Tak kan jemur sahaja. Tak bestlah macam tu!” Kata Aqif.
Qisha bagaikan mahu menjerit mendengarkan ucapan mereka itu sedangkan dia bagaikan sudah mahu pitam dengan terik matahari ini.
 “ Kita nak buat apa lagi?” Tanya Wahid dan Juwita serentak.
Aqif dan Kamarul mengangkat keningnya serentak. Mereka sama-sama tersenyum manakala para junior yang sedang tersiksa semakin berdebar hebat.
“ Sambil berjemur kenalah tiup awan agar awan lindungi matahari. Kalau tidak kasihan mereka berpanas begitu,” kata Aqif.
Bicara Aqif itu disambut oleh tawa daripada semua fasilitator. Seronok benar mereka kerana dapat membuli mahasiswa baru di sini.
Aqif memang bangang. Mahu sahaja Qisha memaki lelaki itu yang sentiasa mempunyai idea jahat untuk mengenakan orang. Ada ke patut di suruhnya mereka meniup awan? Logik ke tak? Atau sememangnya Aqif tidak berakal?
“ Siapa nak jadi anchor?” Tanya Kamarul pula.
“ Siapa lagi cik Nyet lah!” Kata Aqif membuatkan dada Qisha berdebar sakan.
Inilah natijahnya menjadi orang glamor. Tidak fasal-fasal dia pula yang terpaksa menjadi ketua untuk menjalankan satu lagi aktiviti yang tidak berfaedah langsung. Setelah mendengar penjelasan daripada Aqif bagaimana mahu dijalankan aktiviti yang tidak berfaedah ini, Qisha mula mara ke hadapan. Betul-betul menghadap barisan mahasiswa-mahasiwa baru.
“ Ok…semua buat seperti yang saya suruh ye,” jerit Qisha yang sudah tebal mukanya. Dia rasa seperti badut yang cukup hodoh sekali tatkala ini.
“ Baik.” Kata mahasiswa-mahasiswa baru serentak.
“ Semua duduk melutut sekarang. Dongak kepala ke atas.”
Mereka semuanya akur. Semuanya duduk melutut sambil mendonggakkan kepala. Betul-betul menghadap matahari terik. Mata pula sudah tidak mampu untuk dibukakan lagi. Bahang matahari cukup menyakitkan mata.
“ Satu, dua, tiga, tiup.”
Serentak dengan itu mereka semuanya meniup. Tiupan kononnya ke arah awan. Ah memang kerja bodoh! Tidak sangka mereka boleh melakukan kerja bodoh ini beramai-ramai.
Para fasilitator pula hanya tahu ketawa melihatkan kebodohan mahasiswa baru yang hanya patuh melakukan kerja bodoh itu. Sakitnya hati apabila melihatkan mereka yang hanya ketawa bagaikan melihat cerita kelakar yang dipersembahkan oleh Mr Bean.
“ Tak bergerak pun awan! Korang ni tiup awan ke atau tiup benda lain? Tiup lagi!” Jerit Juwita.
Qisha mengeluh lemah. Hatinya sudah bengkak lagi bernanah. Kesabaran yang menipis tetap di pertahankannya. Tak pe hanya seminggu sahaja dia diperbodohkan begini.
“ Satu, dua tiga tiup.”
Mereka bagaikan lembu yang di cucuk hidung. Hanya patuh walaupun sebenarnya perbuatan itu menunjukkan kebodohan mereka. Kebodohan yang tidak mencerminkan siapa mereka sebenarnya. Padahal mereka berada di pusat ilmu yang melahirkan generasi yang bakal mencorakkan masa hadapan negara. Patutkah mereka diperlakukan sebegitu?

1 comment: