“ Hari ini Datuk ada mensyuarat dengan
Elektron Sdn Bhd mengenai tender di Sungai Chua. Selepas itu Datuk ada
appointment dengan wartawan dari majalah ekonomi,” terang Fatin selaku
setiausaha peribadi Datuk Hisham.
Selaku setiausaha, Fatin
bertanggungjawab untuk banyak perkara. Pada asalnya tugas hakiki seorang
setiausaha adalah menukar tulisan tangan
menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini dengan penggunaan komputer jumlah
masa yang di ambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai
tugas lain mula dilakukan Fatin. Contohnya seperti mengawal belanjawan dan
simpan kira. Kadang-kadang Fatin diberikan tanggungjawab mengatur katering
untuk pelbagai majlis yang di adakan di pejabatnya.
Datuk Hisham mendengar dengan teliti
tugasan yang akan dilakukannya pada hari ini.
“ Ada apa lagi?” Tanya Datuk Hisham.
Fatin melihat buku catatan yang sering
dibawanya untuk mencatat perkara penting yang perlu disampaikan kepada Datuk
Hisham.
“ Oh ya Yayasan An-Nur ada menghubungi
kita. Mereka bertanya sama ada Datuk berminat atau tidak untuk menderma di Yayasan
mereka.”
Datuk Hisham sememangnya cukup dikenali
dengan kemurahan hatinya menderma untuk membantu meringankan bebanan mereka
yang menghadapi kesusahan. Namanya sering terpampang di dada akhbar tentang
keikhlasan hatinya itu. Tetapi ada sesuatu yang tersembunyi yang pihak lain
tidak mengetahui selain mereka yang rapat dengannya tentang tujuannya menderma
sebenarnya.
“ Ada apa-apa keuntungan jika saya
menderma dengan mereka? Saya tak naklah menderma for nothing. Lagi pun bukan senang saya nak cari duit
senang-senang je orang lain dapat.”
Katanya tanpa ada riak bersalah.
Fatin yang sememangnya sudah faham benar
dengan perangai Datuk Hisham itu meneruskan bicaranya.
“ Katanya mereka akan adakan press conference untuk Datuk.”
Sejak dari awal lagi dia sudah
bertanyakan tentang hal itu kepada pihak Yayasan. Dia tahu benar dengan sikap
Datuk Hisham yang tidak akan sesekali menderma kalau tidak diadakan sidang
akhbar tentangnya.
“ Berapa orang wartawan yang di panggilnya?
Kalau setakat seorang dua baik tak payah.”
Kali ini Datuk Hisham mahukan liputan
yang lebih. Biar namanya semakin glomour dan makin di pandang mulia oleh semua.
“ Itu saya tak pasti Datuk.”
Datuk Hisham mengeluh lemah.
“ Awak hubungi semula Yayasan An-Nur.
Beritahu mereka press conference itu
mesti dihadiri oleh ramai wartawan yang membuat liputan penuh tentangnya dan
saya nak nama saya menjadi headline
dalam berita tersebut. Kalau mereka bersetuju saya akan menderma sebanyak
seratus ribu ringgit.”
Mata Fatin bulat memandang Datuk Hisham.
Inilah kali pertama Datuk Hisham memberikan derma sebanyak itu. Nampaknya Datuk
Hisham begitu gilakan glomour. Dia tidak
kisah tentang berapa banyak wang yang dihabiskan asalkan dia mendapat
keuntungan terhadapnya.
“ Seratus ribu? Are you serious Datuk?” Tanyanya ingin mendapatkan kepastian.
Mana tahu Datuk Hisham mengubah niatnya
itu. Lagi pun Datuk Hisham bukannya pemurah sangat. Tidak pernah sekali pun dia
mengeluarkan duit sakunya untuk menderma kepada peminta derma yang datang ke
pejabat mereka. Malah disuruhnya pengawal menghalau mereka.
“
Of course I am. Saya tak kisah menderma banyak duit
asalkan saya juga mendapat keuntungan. Menderma ini tak ubah seperti juga
membuat pelaburan tetapi pelaburan mempunyai risikonya manakala menderma tidak.
Apabila kita menderma ramai orang yang akan kenal kita. Imej kita juga akan di
lihat baik jadi ramai orang yang akan percaya dengan kita. Maka senanglah kita
nak buat bisness kelak.”
Itulah tujuan sebenar Datuk Hisham menderma.
Nampak benar lelaki itu tidak ikhlas untuk membuat kerja amal. Malah dia
mengharapkan sesuatu daripadanya.
“ Kalau setakat menderma pada peminta
sedekah di kaki lima memanglah tak akan dapat untungnya sebaliknya kita juga
yang rugi. Penat-penat kita bekerja senang-senang diaorang yang menadah itu yang mendapat
hasilnya. Entah-entah pendapatan diaorang lebih banyak daripada pendapatan
kita. Saya tak akan sesekali menderma kepada mereka. Walaupun sepuluh sen duit
saya tak akan saya berikan kepada mereka. Buat membazir sahaja.”
Bicara Datuk Hisham itu benar-benar
mencerminkan siapa Datuk Hisham yang sebenarnya. Sememangnya bukan keihlasan
dan keberkatan dari tuhan yang ingin digapainya hasil menderma tetapi kepuasan
untuk riak bagi mencapai apa yang dihajati. Fatin yang begitu terkejut dengan
bicara Datuk Hisham itu hanya mengeluh di dalam hati. Begitulah ragam orang
berada menderma hanya ingin mendapatkan nama bukan pahala.
No comments:
Post a Comment