Mariam Qistina memerhati
kedua ibu bapanya memasukkan barang-barang keperluan mereka ke dalam bonet
kereta. Puan seri Nor Aini yang jarang mengikut Tan Sri Mohd Jamil outstation
kerana ingin menemankan Mariam Qistina di rumah mengambil keputusan untuk
mengikut suaminya di saat akhir keberangkatan suaminya itu. Irdina yang tidak
pernah berenggang dengan Puan Seri Nor Aini ditinggalkan dalam jagaan pembantu
rumah.
Mariam Qistina berasa
hairan dengan sikap Puan Seri Nor Aini itu. Akhir-akhir ini Puan Seri Nor Aini
berubah sikap dengan tiba-tiba. Dia mudah sensitif. Mudah benar tersentuh
dengan gurauan Mariam Qistina. Kadang-kadang Puan Seri Nor Aini menangis tanpa
ada sebab munasabah. Selalunya Puan Seri Nor Aini menangis teresak-esak apabila
mencium pipi Mariam Qistina dan Irdina. Puan Seri Nor Aini selalu berpesan
supaya Mariam Qistina menjaga Irdina dengan baik dalam tangisannya itu.
Kini, tinggallah Mariam
Qistina Baqis bersama adiknya iaitu Mariam Irdina yang baru berusia dua tahun dan Kak Siti,
pembantu rumah yang setia bersama keluarga mereka hampir tujuh tahun lamanya. Mariam
Qistina tersenyum mengingati reaksi Puan Seri Nor Aini yang beberapa kali
mencium pipinya dan pipi Irdina. Dia tahu Pn Seri Nor Aini berat hati untuk
meninggalkan anak-anaknya. Dan seperti selalunya Puan Seri Nor Aini akan
berkali-kali berpesan kepada Mariam Qistina untuk menjaga Irdina dengan baik.
Ah, mama mana boleh berenggang dengan mereka.
Masih jelas wajah Tan Sri
Mohd Jamil yang tersenyum lebar melihatkan reaksi Puan Seri Nor Aini di ruang
ingatan Mariam Qistina. Mariam Qistina tahu Tan Sri Mohd Jamil berasa lucu
dengan sikap Puan Seri Nor Aini yang tidak boleh berenggang dengan anak-anaknya
itu. Tetapi Mariam Qistina berasa pelik dengan sikap Tan Sri Mohd Jamil yang
turut mengingatkan Mariam Qistina supaya menjaga Irdina dengan baik selepas
ketiadaan mereka kelak. Namun Mariam Qistina tidak ambil pusing dengan bicara
kedua orang tuanya itu kerana dia tahu mereka berdua akan pulang semula ke sini
setelah urusan perniagaan Tan Sri Mohd Jamil selesai.
Mariam Qistina menjeling
jam di dinding yang sudah mencecah pukul lapan malam. Cepatnya masa berlalu.
Dia bergegas mencapai tuala untuk mandi dan menunaikan solat maghrib. Dia harus
cepat sebelum waktu maghrib berlalu. Kalau Tan Sri Mohd Jamil tahu dia
melambatkan sembahyang pasti dia akan di marahi Tan Sri Mohd Jamil. Tan Sri
Mohd Jamil selalu tegas dalam soal didikan agama. Kata Tan Sri Mohd Jamil dia
tidak mahu anak-anaknya menjadi khalifah yang lalai di dunia kerana menurut Tan
Sri Mohd Jamil dunia hanya dipinjamkan buat sementara untuk menguji ketaatan
kita kepada Yang Maha Esa. Sebagai peminjam, kita hendaklah patuh kepada Allah
dan janganlah kita menentang Allah. Jadilah orang yang mempunyai sifat sami’na
wa ato’na iaitu hamba yang bersifat ’kami dengar dan kami patuh’ kepada tuan
punya dunia ini.
Selesai mandi dan
bersolat, Mariam Qistina segera ke dapur untuk menolong Kak Siti menyiapkan
makan malam. Kelihatan Irdina sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dia tidak
mahu menganggu adiknya yang sedang kusyuk menonton terus sahaja dia ke dapur.Tepat
pukul sembilan malam nanti, dia bercadang untuk menelefon kedua ibu bapanya
kerana di waktu itu dia menjangkakan kedua ibu bapanya sudah sampai di Johor
Baharu.
Tiba-tiba loceng rumahnya
berbunyi. Ah pastinya Pak Long Sahak desis hati Mariam Qistina yang sudah
mendapatkan pintu utama. Dia tahu bapa saudaranya itu terlalu mengambil berat
tentang keluarganya.
Wajah Mariam Qistina
terus kaku apabila melihatkan dua susuk lelaki yang berpakaian uniform polis.
Hatinya berdebar kencang. Pelbagai persoalan menghentak jiwanya mengenai
keberadaan anggota polis di hadapan rumah mereka. Apakah kesalahan jenayah yang
telah mereka lakukan?
” Ini rumah Tan Sri Mohd
Jamil?” Tanya salah seorang anggota polis yang bermisai tebal. Manakala
sahabatnya pula hanya memandang tanpa sedikit pun senyuman menghiasi bibirnya.
Mariam Qistina terus
menggangguk. Lidahnya sudah kelu. Perasaan seram sejuk menyelinap ke seluruh
urat sarafnya. Adakah anggota polis itu mahu menangkap Tan Sri Mohd Jamil?
Apakah kesalahan Tan Sri Mohd Jamil? Tan Sri Mohd Jamil bukannya orang jahat
kenapa mereka mahu menangkap Tan Sri Mohd Jamil? Mariam Qistina cemas sekali.
” Ya, saya anaknya,”
terkeluar jua bait-bait perkataan dari mulutnya. Dia betul-betul dirasuk oleh
ingatan terhadap bapanya. Dia cemas tentang nasib bapanya kelak.
Kedua-dua polis itu
saling berpandangan antara satu sama lain.
” Maafkan saya adik. Adik
ada kakak atau abang yang berumur lapan belas tahun ke atas? Boleh adik panggilkan
mereka?” Kata polis itu lagi.
Mariam Qistina yang
kebinggungan hanya menurut. Dia terus menjerit memanggil nama Kak Siti. Debaran
di dadanya semakin kuat. Tidak sampai dua minit Kak Siti sudah ada bersamanya.
Wajah Kak Siti berubah riak tatkala melihatkan wajah kedua orang anggota polis
di hadapan pintu rumah mereka. Mungkin Kak Siti juga terkejut seperti dirinya
juga.
Mariam Qistina tetap
berada di situ. Sedikit pun dia tidak berganjak. Dia juga ingin tahu tujuan
sebenar kedatangan dua orang polis di rumahnya.
Sekali lagi kedua-dua
orang polis itu berpandangan antara satu sama lain membuatkan dada Mariam
Qistina bagaikan mahu meletup. Dia berdiri kaku bagaikan patung bernyawa.
” Cik, maafkan kami,”
kata polis yang semenjak dari tadi membisu.
Ah sopan benar polis ini
menuturkan bicara sedangkan kelopak dadanya sudah berdendang lagu tanpa irama.
” Sebenarnya kedatangan
kami ke sini untuk memberitahu bahawa Tan Sri Mohd Jamil dan Puan Seri Nor Aini
terlibat dalam kemalangan. Mereka disahkan maut di tempat kejadian,” kata polis
itu.
Terkaku tubuh Mariam
Qistina saat telinganya menangkap bait-bait pilu yang di lontarkan oleh anggota
polis tersebut. Kesebakan yang padu menyebabkan bibir Mariam Qistina terkunci.
Di renung wajah kedua anggota polis itu tanpa berkelip.
” Benarkah?” Tanya Mariam
Qistina yang sudah pucat wajahnya.
Dadanya sebak bagaikan
ledakan yang tiada ruang. Batinnya menjerit kuat pada suratan takdir. Terasa
payah untuk menarik nafasnya sendiri. Dalam sekelip mata dia menjadi yatim piatu.
Pada siapa harus dia sandarkan kesedihan yang menghurung ini?
” Mama, Papa!!!”
Akhirnya Mariam Qistina
gagal mengawal kesedihan yang mengongcang tubuhnya. Dikilas kepada Irdina yang
masih setia menonton dan langsung tidak memahami kemelut yang sedang berlaku
saat ini. Bagaimana harus mereka teruskan kehidupan yang serba mencabar ini
tanpa didikan dan sokongan daripada insan yang bergelar ibu dan bapa? Tidak terduga
sama sekali mereka menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
”Innalillahiwainnailahirajiun, dari Allah kami datang, dan
kepada Allah jua kami kembali.”
Kata Mariam Qistina dalam kesedihan. Dia
semakin lemah. Direnung wajah Kak
Siti yang turut menangis.
” Sabar Qis. Allah lebih
sayangkan mereka. Sabar sayang. Sabar. Jangan menangis lagi,” ucap Kak Siti
yang turut menangis hiba.
Mariam Qistina tidak
peduli dengan bicara Kak Siti itu
terus sahaja dia berlari mendapatkan
Irdina yang masih lagi menonton rancangan kartun kesukaannya. Lalu dia terus
memeluk Irdina dalam sebak yang bukan kepalang. Hatinya makin sebak apabila melihat wajah Irdina yang
masih tidak mengerti. Dalam kewalangan
hati, terasa payah untuk menarik nafasnya sendiri. Pada siapakah harus
dicurahkan kesedihan ini? Aku pasrah terhadapMu Tuhanku.
” Mama dan papa sudah tiada adik. Mereka sudah pergi
meninggalkan kita. Mereka sudah
pergi.” Kata Mariam Qistina dalam tangisannya. Mengertikah Irdina dengan bicaranya saat ini?
” mama...mama...” kata Irdina yang langsung tidak
memahami keadaan sebenar. Ah Irdina masih kecil lagi dan sedang belajar
bercakap. Mana dia tahu tentang kesedihan dan kewalangan hati kakaknya saat
ini.
Kak Siti yang menyaksikan kesedihan Mariam Qistina terus datang dan memeluk mereka dua beradik.
Dia mengerti perasaan Mariam Qistina saat itu.
Kedua ibu bapanya sudah
pergi meninggalkan mereka dua beradik dengan timbunan kenangan. Bolehkah mereka menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran insan yang di panggil mama
dan papa di sisi mereka? Bolehkah Mariam Qistina memikul tanggungjawab
yang terbeban di bahunya?
Bolehkah dia membesarkan Mariam Irdina dengan baik? Mampukah dia mendidik Mariam
Irdina seperti mana mama dan papa mendidiknya dahulu?
Akhirnya Mariam Qistina terkulai dalam pelukan Kak Siti.
No comments:
Post a Comment